Alhamdulillah,dapat baucar..

4:03 PM MUJTAHIDAH SOLEHAH 0 Comments

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ^^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepadamu diiringi dengan rahmat dari ALLAH dan juga barakah dari ALLAH untukmu =)

Segala puji-pujian dirafakkan kepada ALLAH, Tuhan Semesta Alam; serta selawat dan salam (Sollallahu 'alaihi wasallam) ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW (",)

Salam mahabbah fillah, moga kecintaan kita kepada ALLAH dan RasulNYa melebihi kepada yang lain.

Alhamdulillah, dapat baucar buku.. ^_^ Di sini, ana cuma ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat, buku yang ana beli menggunakan baucar buku tersebut. Ana beli 2 buah buku menggunakan 2 baucar tersebut. Mulanya, ana tak tahu nak beli buku apa, sebab ana dah beli buku rujukan semasa semester 1 yang lepas. Kalau nak beli buku untuk degree, tak tahu pula ana akan ambil course apa semasa degree nanti. Jadi, ana beli buku yang boleh tambahkan koleksi perpustakaan rumah ana ^^ Mudah-mudahan bermanfaat buat semua.


Ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al-Quran & As-Sunnah dan Dictionary Of Science.


Ensiklopedia tu tebal.. Mudah-mudahan ana boleh habiskan membacanya ^^

Sekadar coretan diri. Ibrahnya, gunakanlah nikmat yang diberikan oleh ALLAH untuk lebih mensyukuriNYA, mentaatiNYA dan mendekatkan diri padaNYA, ke jalan yang diredhaiNYA. Hitunglah kesyukuranmu bukan kesukaranmu. Siapa yang tidak cukup dengan yang sedikit, tidak akan puas dengan yang banyak.

Wallahua'lam. Yang baik itu datangnya daripada ALLAH, dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri ana sendiri. Siiru 'ala barkatillah. Iman itu turun dan naik, tetapi diri kitalah yang menentukannya! (",)

0 comments:

RUANGAN BORAK-BORAK ...DELETE/NO??

4:28 PM hanun 1 Comments

bismillahhirrahmanirrahiim

merujuk tajuk di ats , kami (iaitu sya dan mujtahidah solehah) telah bersepakat utk tidak membuang ruangan borak-borak. mungkin ada yg tdk bersetuju dgn tindakan ini. tapi,kami jg mempunyai alasan kami yg tersendiri, ribuan terima kasih yg x terhingga diucapkan kepada pengunjung2 setia blog majmuah 9 ini .

setelah ditimbang-tara baik dan buruk akan tindakan ini,kami faham sekirnya ad diantr kalian yg x berpuas hati dgn tndkn kami. mungkin antum berfikir dr sudut lain,dan kami berfikir maslahat dr sudut lain.walau ap pon kmi harap antum dpt trm keputusan kami,..

berikut merupakan sebab yg kmi rsa x patut utk delete fibox :

- ''klo ad yg slh fhm knp owner xwat pape biarkan je??''   tujuan post ini di tulis utk clearkan salah faham yg trjdi antr pengnjg dan owner blog,

- '' xke ap yg pensabotaj tu komen bole menjatuhkan maruah apids n m9, dan brtjuan nak mnjthkn islam???'' kmi jg berpendapat yg pensabotaj blog ni xkan sabotajnye spnjg msa, nnt klo die letih ,die akn stop..=)

-''dakwah boleh je berjalan klo xda fibox..''  so,fibox tu sbgai wasilah utk sahabat  sy yg aktif berblog di sni utk balas kunjgn pngnjg2, bkn sbb dakwah je..harap  faham..

-''bole je letak link pada ruangn komen di post blog..''   satu lagi, sahabt sy berpendapat klo pennjg2 jrg2 utk letak link di ruangn komen

-''bagimn dgn kesucian blog ni??''  sy rs pengunjg2 pon faham dan tahu komen tu bkn dr pihak kmi..

- dan akhir sekali, ni plk hujah dr sye, blog ni mmg blog majmuah tpi trs trg sy bgtau shbt sy yg sorang ni yg rajin update,klo perhatikan post2 semuanya dr mujtahidah solehah..so, even,sahabat2 apids lain berpendapt utk delete seperti saudara adam n saudara hamba Allah..sy perlu aulakan pendapat die jg sbgai 'guardian' blog ni..

***ssghnye yg baik itu dtgnya dr ALLAH dan yg buruk dtgnya dr kelemhan kami sendri..

kepada 'mujtahidah solehah':

syukran jiddan kerana sudi update blog ni, even sahabat2 lain bknnye xde blog sndri, kite pon ad blog sndri cme masng2 ad sbb x update kat sni,,klo kite blog sndri pon liat mau update,,asifah jiddan yg MS..
mungkin berlakunya sabotaj pd blog ni blh membuatkn ahli2 maj 9 lebih alert pd blog ni..kite fhm, awk mst xnak blog ni terkubur cam tu je..sbb tula awk rajin bt 'blogwalking' disamping minat awk berblogging..MS, pasni sy x janji bole update blog ni sokmo,tp sy akn cube..heehe,skjp kite skjp sye..xpela,awk faham2 jela..

sebarang khilaf amatlah dikesali,MS,syukran ye bg sy peluang utk tulis pasal bnd ni di ruangn ni..uhibbuki fillah aidhon.. <3

1 comments:

Mukhayyam di Gunung Nuang

2:38 PM MUJTAHIDAH SOLEHAH 4 Comments




Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH, sahabat-sahabat apa khabar? Moga sihat badan dan iman.. ^^

Apa maksud mukhayyam? Mukhayyam adalah perkataan bahasa Arab, yang bermaksud 'perkhemahan'. Destinasi pilihan kami adalah di Hutan Lipur Gunung Nuang, Selangor. Mukhayyam yang diberi nama TEAM '12 (Together We Achieve More 2012) diadakan selama 2 hari 1 malam, iaitu pada 14 Januari 2012 sehingga 15 Januari 2012 yang lepas. Alhamdulillah, daripada 69 orang pelajar APIDS batch kami, 58 orang yang join mukhayyam ini ^^

Perjalanan dari UM ke Gunung Nuang mengambil masa kira-kira 1 jam. Setelah kami sampai di sana, kami sama-sama mendirikan khemah. Manakala AJK Makanan menyediakan makanan tengah hari. Selepas solat Zohor, game pun bermula. Ada 3 game iaitu  Sehati Berdansa, Tautan Kasih dan Teka-Teki.


Mendirikan khemah







Memasak









Game

'Sehati Berdansa'
-setiap kumpulan (dlm 6 orang) diikat kaki mereka.. ^^ best!


'Tautan Kasih'


'Tautan Kasih'
-setiap kumpulan, kena tutup mata masing2 kecuali leader, dan yang kena tutup mata perlu ber'taut' dengan kwn2 sekumpulannya dengan memegang hujung tisu.


'Teka-Teki'



'Teka-Teki'
Berapa bulan ada 28 hari? Nana tanya.. ^^
Kalau salah, dendanya kena calit muka dengan tepung!


Selepas solat Asar pula, acara diteruskan dengan game 'Catur Manusia' dan 'Dam Manusia'. Seperti dalam cerita Harry Potter (",)


Catur

Diketuai Farid Wajdi




Diketuai Azam



Dam

 Bermulanya permainan!





Pada malam harinya, kami solat Maghrib dan Isyak di bawah kerlipan bintang dan kegelapan malam.. Dekat dengan alam, dekat dengan ALLAH insyaALLAH ^^ Dan ruang antara Maghrib dan Isyak, kami isi dengan mendengar pengisian serta peringatan daripada Furqan, pengarah TEAM '12.


 Solat Maghrib dan Isyak di tapak khemah


 Tazkirah





Selepas solat Isyak, bbq!! ^_^ Tapi.. kena masak dulu! ^^, Setiap orang dapat 2 batang cucuk - sosej dan bebola untuk dimasak oleh masing-masing. Pengalaman.. (",) Nasi goreng telah disediakan oleh AJK Makanan. Selepas makan, sesi taaruf.. Semua orang duduk mengelilingi unggun api, AJK Pengisian memainkan nasyid, dan sesiapa yang di belakangnya ada bola (menandakan nasyid berhenti apabila bola sampai di belakangnya), dialah insan terpilih.. untuk ditanya 3 soalan oleh kawan-kawan. Tidak semua orang yang terpilih dalam game ini.





Lebih kurang 11.15 pm, permainan ditamatkan. Bacaan Al-Mulk mula meniti di bibir masing-masing, doa sebagai penutup majlis, dan masing-masing menuju ke khemah untuk tidur atau urusan-urusan lain. AJK Keselamatan, bertungkus-lumus berjaga malam/menjaga keselamatan kami dengan izin ALLAH. Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH, terima kasih ALLAH, thank you ALLAH, i love you ALLAH ^^

Keesokan harinya (Ahad), seawal 4.30 pagi, kami dibangunkan oleh kawan-kawan untuk bersiap-siap qiamullail, dan seterusnya solat Subuh pabila fajar menjelang. Pagi ini adalah kemuncaknya!! Iaitu aktiviti jungle trekking.. ^^, Sebelum bertolak, kami warm up dahulu dan bersarapan lempeng. Nak daki gunung ni pun, kami ada bawa roti (sarapan) mengikut group untuk dimakan di atas gunung =)


Bermulanya pendakian! ^_^






Subhanallah! Maha Suci ALLAH..
Tadabbur alam






Berhenti seketika.


Perjalanan diteruskan lagi ke..

Siapa gayat jangan tengok!


Subhanallah! Maha Suci ALLAH yang menciptakan langit dan bumi serta seisinya..




 Berehat sambil makan roti (sarapan)







Setelah puas bermain air sungai, kaki diatur untuk pulang ke tapak khemah..turun gunung..


Perjalanan pulang


Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH, mukhayyam ini berjalan lancar..


 Membersihkan tapak khemah


Menunggu bas untuk pulang ke UM





Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH, terima kasih ALLAH ^_^ Setinggi-tinggi penghargaan buat sahabat-sahabat yang berusaha keras untuk melaksanakan dan menjayakan mukhayyam ini, di bawah pengurusan lajnah Kerohanian; serta setinggi-tinggi terima kasih buat sahabat-sahabat yang join mukhayyam ini.. Kehadiran dan kerjasama sahabat-sahabat sangat-sangat menggembirakan hati penulis! ^^

Kepada sahabat-sahabat yang bertungkus-lumus dalam merealisasikan mukhayyam ini, ketahuilah bahawa ALLAH menilai segala amal kita..yang baik mahupun yang buruk.. Dan ALLAH jua sebaik-baik pemberi balasan! Sebagai membalas jasa baik kalian.. Moga setiap amal kebaikan yang kita curahkan, membuatkan kita lebih dekat dengan redhaNYA, dan memberatkan lagi timbangan amal soleh kita di akhirat kelak, amin.


A007
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!


A008
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!



Akhir kata, penulis amat berharap dan berbesar hati jika semua sahabat-sahabat APIDS dapat hadir dalam setiap program APIDS ^^, Dan penulis memohon ribuan kemaafan atas segala salah dan silap, asif 'ala kulli hal. Ilal liqa' insyaALLAH! Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Untuk cerita versi sahabat lain, boleh kunjungi Reaching Loves dan Princess Ladolce~


Nota tambahan: Penulis mengambil masa beberapa hari untuk menyiapkan entri ini dan Alhamdulillah, akhirnya berjaya disiapkan dengan izin ALLAH ^^ Jazakumullah! Terima kasih semua!

4 comments:

Fursan- keinsafan diri.avi

7:50 PM hanun 0 Comments



IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GREATES THE MOST MERCIFUL

selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w

alhamdulillah akhirnya diberikan kesempatan untk jemari menaip di laman blog ni..

untuk entri kali ni,aku nk berkngsi sebuah lagu yg buat aku tercari2 tajuk lagunya..dan akhirnya aku dapat dalam waktu

yg aku sendiri sudah lupa pada kewujudan lagu ni..

tapi,ALLAH telah menemukan aku kepada lagu ni,,mmg syahdu lirik dan lagunya..ditambah lagi dengan nikmat suare yg ALLAH

kurniakan pda mereka,..tak dinafikan lagu ni macam bukan lagu nasyid, tapi liriknya dan melodinya yg membuatkn aku jatuh hati pendengaran pertama


ok..itu sje yg aku nak share pasal lagu yg aku minat..

insyaallah, diberi peluang oleh ALLAH aku coretkan lgi..
hayatilah lirik2 lagu ni..
tapi ayat-ayat cintaNYA lagi power sebagaias-syifa'


pesanan buat dri:

dengar lgu x salah,cuma jgn terlalu kerap yg blh mnybbkn hati mnjdi mati dan kering meskipon lgu tersebut ad unsur ketuhanan
x slh nk dgr, tpi..ayat-ayat cintaNYA lebih berhak utk diberi perhatian..hayati maksudnya ,hayati kalamNYA sbgai tnd cinta Pencipta kita pada dr kita
dan lagu baik amalkan ap yg terkndg dlm ayat2NYA..moh kite sama2 memartabatkan penghayatan dalam al-quran..

x dinafikan aku kerap dgr lgu ni..mga kekerapanku dalam belajar dan mengajii AL-QURAN lbh lagi dr mndgr lgu,,insyaallah..=)

0 comments: