e-Kemasukan

11:30 PM MUJTAHIDAH SOLEHAH 0 Comments

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)


Pada 13/7/2012 yang lepas, pemohon lepasan STPM/STAM/Matrikulasi/Setaraf (Ijazah Pertama) Sesi Akademik 2012/2013 boleh menyemak keputusan permohonan kemasukan ke IPTA, atau keputusan UPU. Buat pemohon yang mendapat tawaran ke Universiti Malaya(UM), sila sahkan tawaran kemasukan anda ke UM di link berikut;
http://www.um.edu.my/kemasukan/  atau
http://kemasukan.um.edu.my/index.php/main/menu

Anda dikehendaki mengesahkan tawaran(secara online) ke UM ini sebelum 20/7/2012. Surat dan dokumen tawaran boleh dicetak mulai 16/7/2012, 12.00 tengah hari.

Selain itu, saya ada mendengar berita di televisyen bahawa surat tawaran rasmi akan mula diposkan ke rumah mulai 16/7/2012.

Di sini saya sertakan link kalendar pengajian di UM sesi akademik 2012/2013 (secara am);
http://myum.um.edu.my/mainpage.php?module=Mesej&show=1&id=311

Terdapat juga senarai URL laman web IPTA (selain UM) untuk cetakan surat tawaran, muka surat 8(pdf), klik ini;
http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/1213_KENYATAAN_AKHBAR_STATUS_KEPUTUSAN_PERMOHONAN_STPM.pdf

Lebih lanjut, klik sini- http://upu.mohe.gov.my/upu.php

Baru-baru ini, saya buka akaun SiswaMaiL saya, terdapat 1 emel daripada akademik@um.edu.my yang berbunyi seperti berikut:


NOTIS PENTING
Pendaftaran untuk Semester I Sesi 2012/2013 akan bermula pada 6 Ogos 2012Semua pelajar diminta untuk menyemak Jadual Pendaftaran  yang akan dipaparkan di laman web http://myum.um.edu.mymulai 30 Julai 2012.

Saya tidak pasti jika ini membantu (buat yang berkenaan).

Wallahua'lam. Mohon maaf atas sebarang maklumat yang kurang/tersalah/lain-lain. Moga beroleh manfaat (^_^)

~bakal mahasiswi UM insyaALLAH (",)~


0 comments:

Fattabiouni - Berwuduk cara Rasulullah

1:59 PM MUJTAHIDAH SOLEHAH 0 Comments

0 comments: