Baca3x! Nak promote ni..

12:30 PM MUJTAHIDAH SOLEHAH 61 Comments

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (",)

Dah baca basmalah? Tak rugi baca basmalah utk memulakan setiap perbuatan kita kan..
Sbg ganjaran, pahala dapat, Allah & Rasul-NYA pun sayang.. ^_~
Suka x?

K..post kali ini, khusus pada adik2 lepasan SPM..or yg berada di sekolah menengah..
Adik2 ada cita2 nak masuk universiti x?
Haa.. sebelum tu, ana bahasakan diri ana 'akak' ye? Minta maaf shbt2 majmuah 9..anggap la ana
ni wakil kalian,he..

Bg adik2 yg minat or nak ambil course agama, akak ada cdgn..
atau nak ambil course agama+sains, seperti kami ni..
result spm pun nak keluar dah kan, dan adik2 ada isi borang upu?

Akak nak perkenalkan serba sedikit ttg tempat kami belajar ni,
Berikut butiran-butirannya:

NAMA : AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA NILAM PURI (APIUMNP)

LOKASI: NILAM PURI, KELANTAN.

PROGRAM YG DITAWARKAN:
1) ASASI PENDIDIKAN ISLAM
2) ASASI SYARIAH
3) ASASI USULUDDIN
4) ASASI PENGAJIAN ISLAM DENGAN SAINS

IPT : UNIVERSITI MALAYA

Setakat ni, tempoh pengajiannya(asasi) selama 2 tahun = 4 semester.
Ada kelainan sedikit antara course agama n sains..
Bagi course asasi pend. islam, syariah n usuluddin, mereka belajar di Nilam Puri selama 2 tahun, pastu sambung degree kat UM KL;
manakala bagi APIDS (Asasi Peng. Islam Dgn Sains) pula, 1 tahun belajar di Nilam Puri - utk belajar subjek agama, dan 1 tahun lagi di UM KL - utk belajar subjek sains. Dan degree juga di UM KL.

Bagi yg cintakan Bahasa Arab, akademi ini ada menyediakan subjek Bahasa Arab dlm pengajiannye..

Best tau belajar di sini! n_n

Adik2 tau mcm mana nak check syarat kelayakan masuk ke mana2 ipta yg adik ingini?
Akak x pasti jika link ni betul..tp adik2 boleh try,
sebab masa zaman akak, nak check tu caranye lain sikit.
http://imascu.upu.mohe.gov.my/

Maklumat2 di atas ni berdasarkan sesi kami, sesi 2010/2011..
Jadi, klu ada2 perubahan, minta maaf ye.

InsyaALLAH, hujung bulan 5 ni, kami nak masuk UM KL dah, utk sambung semester 3 n 4.
Doakan kami ye, mana2 sahabat yg bukan tinggal di KL, marilah kita sama2 berhijrah utk mencari redha Allah..


Sekilas di APIUMNP..


pintu masuk ke APIUMNP-pondok pengawal


maktabah(perpustakaan)


Dewan Johor(bhgn bawah) dan maktabah(bhgn atas bangunan)


Bilik Kuliah (Blok A)


~CINTA ALLAH & RASUL-NYA~

61 comments:

  1. Salam alaiki..he he..nk Tanya..utk degree bagi lepasan asasi peng.Islam n sc ni diiktiraf jpa tak? Trima kasih..

    ReplyDelete
  2. ASSALAMUALAIKUM akak... kalau amek asasi pngjian islam dan sains, utk degree blh sambung apa ya ?

    ReplyDelete
  3. > nur zarifah
    Alhamdulillah, diiktiraf jpa =)

    > Bintu Wan
    Masa degree, boleh sambung:
    SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM DAN SAINS (Sains Biokesihatan/ Bioteknologi/ Genetik dan Biologi Molekul/ Sains Pengurusan Alam Sekitar/ Fizik) atau
    SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

    Maaf kerana lambat balas (sebab baru baca).

    Terima kasih atas kunjungan dan persoalannya :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Nak ambik asasi pengajian islam ada detail pasal subjek nye tak? Belajar dlm bahasa arab ke kebanyakannya? Saya tak mahir sangat bahasa arab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subjek pengajian islam ada dalam arab dan bila dah degree ada sebahagian belajar dalam bhasa melayu dan bahasa inggeris. Tapi kebanyakkannya bahasa arab. Tapi bahasa arab yg mudah2 sj.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Wa'alaikumussalam. Adik boleh download file berkenaan program pengajian asasi UM di link ini - https://www.dropbox.com/s/zpaobidhd32nekc/Asasi%20UM%202016-2017.pdf?dl=0
      Dalam file tersebut, ada dinyatakan syarat kemasukan, senarai subjek dll bagi semua program asasi di UM ^_^ Tapi ni bagi sesi kemasukan 2016/2017 jadi, boleh jadi sama bagi sesi 2017/2018 atau ada beza sikit.

      Terima kasih, dan semoga berjaya.

      - Munirah.

      Delete
  5. Asslamualaikum..boleh x nak tanya kalau asasi tu pengajian islam brp markah kne dpt utk layak ambil degree

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Adik boleh rujuk link ini: https://www.facebook.com/Ijazah.Dasar.APIUM/posts/995823923837281
      Link ini ada sertakan link2 bagi syarat kemasukan Sarjana Muda, tapi bagi sesi 2016/2017. Mungkin adik boleh follow up dgn page facebook tersebut bagi sesi kemasukan 2017/2018.

      All the best!

      - Munirah

      Delete
  6. Assalamualaikum akak..saya nak tanya kalau sambung asasi pengajian islam di um..nanti kalau degree boleh tak sambung bidang pendidikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Afifa. Klu nak pendidikan islam, ambil Asasi Pendidikan Islam. Nanti waktu degree, akan boleh pilih nak Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian islam) atau Pendidikan Islam (Pengajian al-Quran). Waktu degree, course ni akan bljr di API dan fak pendidikan UM.
      Klu course kami ni, memang bljr pengajian islam dan sains, semasa asasi dan degree; jadi bljr di UM Nilam Puri dan PASUM (asasi), dan API dan fak sains/sains komputer dan teknologi maklumat (degree).

      Delete
  7. Assalamualaikum.. Akak saya nk tanya
    Bidang kerjaya bagi SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM DAN SAINA. (BIOKESIHATAN)?.. CTH!.. dalam bidang fisioterapi boleh x?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.. Akak saya nk tanya
    Bidang kerjaya bagi SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM DAN SAINA. (BIOKESIHATAN)?.. CTH!.. dalam bidang fisioterapi boleh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam adik Eyka. Maaf atas balasan yang lewat. Masa akak bljr subjek2 sains bioesihatan, tiada subjek berkaitan fisioterapi. Pengajian lebih kepada mengenali manusia dalam konteks biologi seperti fisiology, cellular biology, genetik asas, asas biokimia, histology, asas imunologi, biology hormone dan lain-lain. Jadi akak tak pasti jika subjek2 ini boleh menjadi syarat utk masuk bidang fisioterapi atau tak, kerana kita tidak belajar kaedah terapi tersebut. Tetapi akak yakin klu adik nak sambung bljr bidang fisioterapi, insha Allah boleh, kerana ada background biologi.

      Delete
  9. Assalamualaikum.. Akak.. Saya nk tanya..
    Hrrmmm.. Bidang kerjaya untuk SARJANA MUDA PEGAJIAN ISLAM DAN SAINS(BIOKESIHATAN).. APA EHH?..
    mohon jasa baik akak untuk jawab.. Soalan nih.. Terima kasih banyak2..😁😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam adik Eyka. Bidang kerjaya utk course tersebut agak meluas sbnrnya. Klu nak kerjaya bidang sains, adik boleh mohon kerja lab di hospital/ pegawai sains/ industri tumbuh-tumbuhan (bioactive phytochemical compounds) atau farmaseutikal/ bidang sains forensik.. Tetapi bidang pekerjaan ni juga boleh jadi bergantung kepada pilihan subjek elektif yang dipilih ketika belajar. Klu bidang agama pula, boleh mohon mengajar/ kerja di jabatan agama/ bhgn halal dll.
      Kita ada kelayakan utk mohon kerja2 tersebut, dan yakin rezeki kerja dari Allah :)

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum...klau dari aliran sains tulen mase skola boleh ke nak amik asasi atau diploma pengajian islam? Klau sambung ijazah pengajian islam boleh? Terima kaseh ^^ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, zayn, asal memenuhi syarat berikut https://m.facebook.com/photo.php?fbid=1393685440664479&id=106939346005768&set=pcb.1393686597331030&source=48&refid=13&_ft_=top_level_post_id.1393686597331030%3Atl_objid.1393686597331030%3Athrowback_story_fbid.1393686597331030%3Apage_id.106939346005768
      Sama-sama. Maad atas balasan yang lewat.
      Jemput utk sambung asasi dan ijazah pengajian islam atau islam dan sains :)

      Delete
  13. Assalamualaikum.nak tanya..kalau ambik asasi pengajian islam dan sains..boleh pursue utk bidang senibina ka? mohon jasa baik akak untuk membalas dan terima kasih :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam dik. Untuk asasi pengajian islam dan sains, hanya ada 2 aliran iaitu aliran hayat dan fizik. Jadi, apabila sambung degree pengajian islam dan sains, bidang yang ada juga hanyalah biologi, kimia, alam sekitar, fizik dan teknologi maklumat. Oleh itu, utk peringkat asasi dan degree, tidak berkecimpung dalam bidang senibina.
      Tetapi akak tak pasti jika subjek dalam asasi dan degree pengajian islam dan sains, boleh atau tak menjadi asas/syarat untuk sambung degree atau master bidang senibina.
      Jika pelajar PASUM, mereka ada 3 aliran iaitu hayat, fizikal dan alam bina (sekadar utk makluman adik).

      - kak Munirah

      Delete
  14. Assalamualaikum...boleh tak saye nk sambung degree pendidikan (sains) lepas ambik asasi pengajian islam dan sains

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Bella. Maaf atas keterlewatan. Kalau ikut asasi pengajian islam dan sains (1 tahun) ni, akan sambung terus (cukup syarat masuk degree) ke sarjana muda pengajian islam dan sains (4 tahun). Dah grad, boleh ambil sarjana muda pendidikan (sains) pula.
      Jadi kalau nak terus ambil degree pendidikan (sains), akak cadangkan bella ambil matriks atau asasi lain yang berkaitan. Cepat sikit tempoh masa yg perlu diambil insyaAllah.

      Terima kasih datan sini :)

      Delete
  15. Assalamualaikum...boleh tak saye nk sambung degree pendidikan (sains) lepas ambik asasi pengajian islam dan sains

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum kak. Nak tanye, boleh ke kalau time degree nanti saya nak amik course bahasa arab, tapi asasi saya asasi sains hayat di um?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam dik. Maaf atas keterlewatan.
      Asasi sains hayat di PASUM ke? Kalau ye, boleh insyaAllah :) Asal masa SPM, ada ambil BA. Means kalau kita yg aliran sains (cth, masa SPM, sains tulen agama, then asasi sains hayat) nak pindah ke aliran sastera, tiada masalah. Cuma akak minta adik confirmkan dgn pensyarah misalnya, mudah tak prosedur utk tukar asasi sains hayat ke degree bahasa arab.

      Terima kasih datang sini =)

      Delete
  17. Assalamualaikum kak ..
    sy pelajar SPM2017 masa d skolah , sy aliran sc + subj PQS , PSI , B.ARAB ..

    1. Adakah aliran pendidikan islam di NILAM PURI KELANTAN ni .. asasi PENGAJIAN ISLAM yg kita mohon melalui upu tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Ary. Ye betul tu.
      Ary boleh juga cuba tengok link ini: https://m.facebook.com/apiumkl/posts/1393686597331030

      Semoga berjaya dik =)

      Delete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Degree mmg mreka hntar ke um kl ehh? Um nilam puri tuu hanya asasi ke?

    ReplyDelete
  21. Asalamualaikum,
    Nak tanya kalau asasi saya ambil pengajian islam, boleh tak masa degree ambil degree bahasa arab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waálaikumussalam Intan.
      Sejujurnya, akak tak berapa tahu syarat/kriteria asas bagi memasuki degree Bahasa Arab. Akak akan cuba tanya kawan akak yang ambil degree Bahasa Arab di Fakulti Bahasa & Linguistik UM, pertanyaan Intan ini, insyaAllah =)

      Delete
    2. Intan, jika tanya pendapat akak, akak syorkan Intan lihat syarat2 kemasukan degree Bahasa Arab (bagi universiti yang dikehendaki). Jika di UM, selalunya pelajar asasi pengajian islam akan diserap ke degree pengajian islam juga. Jika dah ambil asasi pengajian islam, dan nak tukar ke degree bahasa arab, akak rasa kena bermula dari asas semula, iaitu sama ada mohon guna keputusan SPM, atau ambil matrikulas/STAM/STPM (ni apa yang akak tahu, akak mungkin tersalah/kekurangan info). Utk lebih kepastian, Intan boleh tanya pendapat pensyarah. Bagi universiti lain, akak tak berapa pasti boleh atau tak, jadi akak syorkan lihat syarat2 kemasukan ke degree bahasa arab mereka.
      Sebagai contoh, syarat kemasukan ke degree di UM bagi sesi 2015/2016 - https://www.um.edu.my/docs/default-source/syarat-kemasukan-bachelor/pindaan-syarat-20152016-(selepas-mesy-tafsiran-syarat)-v7-19-1-2015-aliran-sastera_new.pdf?sfvrsn=2
      Bagi UKM (sesi 2018/2019) - http://www.ukm.my/portal/wp-content/ug/2018/syarat20182019/STPM_Matrikulasi_Diploma_Setaraf.pdf

      Kaedah2 pentadbiran/pengurusan ini bukanlah untuk menyusahkan, cuma untuk memudahkan kerja agar lebih sistematik. Apa2 pun, Intan jangan putus harapan dgn Allah, doa minta Allah bantu :)

      Delete
  22. Asalamualaikum. Untuk program asasi pengajian islam, boleh kongsikan subjek yang akan pelajar ambil sepjg pengajian tersebut. Kalau tidak keberatan diminta email maklumat tersebut
    ke lylaishak@gmail.com

    Terima kasih & Salam Ramadhan



    ReplyDelete
    Replies
    1. Waálaikumussalam Norlela. Berikut link subjek2 yang diambil bagi sesi yang lepas (sesi 2017/2018) - https://m.facebook.com/photo.php?fbid=1393685537331136&id=106939346005768&set=a.202828629750172.49840.106939346005768&source=48
      Akak emelkan juga gambar list subjek tersebut ke emel awak.
      Jika lela ambil course ini pada tahun ini (2018), bermaksud lela ambilan sesi 2018/2019.

      Sama-sama, Salam Ramadan juga :)

      - kak Munirah

      Delete
  23. Assalamualaikum kak. Saya lepasan spm 2017 baru terima tawaran asasi pengajian islam dan sains. Boleh saya tau subjek yg dipelajari dan subjek tersebut belajar dlm bhasa apa, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waálaikumussalam. Tahniah!
      Memandangkan adik lepasan SPM 2017, bermakna adik akan ambil course ini bagi ambilan sesi 2018/2019. Akak cuma ada maklumat utk sesi yang lepas, iaitu sesi 2017/2018, tapi insyaAllah tak berubah sangat.
      Ini link untuk lihat subjek2 yang bakal diambil -
      1) Asasi Pengajian Islam dan Sains (Aliran Sains Fizikal) https://m.facebook.com/photo.php?fbid=1393685537331136&id=106939346005768&set=a.202828629750172.49840.106939346005768&source=48
      2) Asasi Pengajian Islam dan Sains (Aliran Sains Hayat) https://m.facebook.com/photo.php?fbid=1393685860664437&id=106939346005768&set=a.202828629750172.49840.106939346005768&source=48
      Subjek2 tersebut ada yang di dalam BI, BA dan BM.

      - Kak Munirah

      Delete
  24. Salam sis, sya dh grad degree usuludin di unisza thun 2014.. tp rsanya pointer x lpas nk smbung master.. mslh kshtn skit msa bljr dlu.. tp msih sngt minat nk smbung bdng pngjian islam.. ad cdgn x pd sya d nilam puri ni?. Sya mnat dngr suasana trbiyh y msih trjaga di nilam puri.. sya boleh kuasai bhsa arab dan ibgt nk mndalami bidang bhsa arab / syariah undng2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waálaikumussalam saudari Muslimah. Sebenarnya, kampus UM di Nilam Puri akan berpindah ke tempat lain. Jika tak silap saya, semester ini atau awal tahun depan adalah tempoh akhir pelajar2 asasi pengajian islam akan belajar di Nilam Puri, dan selepas ini, mereka akan berpindah di lokasi baru (masih di Kelantan, tapi saya tak ingat nama tempatnya). Kalau nak apply asasi pengajian islam di UM, cuba saudari lihat syarat permohonan bagi semester dan sesi berkenaan (minta maaf, saya tak ingat syarat-syaratnya, kerana ia berubah dari tahun saya ambil asasi). Saudari boleh cuba cari maklumat berkenaan di website atau facebook Akademi Pengajian Islam UM.

      Terima kasih atas minat saudari. Saya doakan yang terbaik ^_^

      - Munirah

      Delete
  25. assalamualaikum akak,boleh akak terangkan dengan lebih details tntng APIDS ni,.. sebab kan sc+ agama.. mksudnya kedua duanya sama banyak ke?or akak boleh ceritakan pengalaman akak? boleh akk beri email/ social media?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Almizah. Yup betul belajar subjek sains dan agama. Ada perubahan kurikulum sedikit dari yg sekarang dgn masa akak belajar. Cth utk APIDS, akak dulu 2 tahun, tapi skrg cuma 1 tahun. Dan utk degree, masa akak, subjek sains dan agama sama banyak, tapi yang sekarang, subjek lebih banyak dari masa akak.
      Almizah boleh hubungi akak di nurulmunirahmunir@gmail.com atau facebook Nurul Munirah Munir.
      Maaf atas balasan yg lambat. Terima kasih sudi nak tanya :)
      - Munirah

      Delete
  26. Akak saya dapat asasi pengajian islam.
    Pastu saya fikir nnti degree nk smbng apa??blh akak bg tahu nnti degree blh smbng apa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf atas balasan yang lewat, Mahirah.
      Kalau Mahirah dapat asasi pengajian islam, nanti masa degree akan bolrh pilih nak bidang syariah atau usuluddin. Usuluddin ada 4 kos iaitu al-Quran dan hadith, sejarah & tamadun islam, akidah & pemikiran islam dan dakwah & pembangunan insan.
      Klu kos syariah, ada 5 pilihan. Boleh rujuk di laman apium.um.edu.my 😊

      Nak pilih tu, boleh je fikir masa belajar asasi, mana yg kita rasa kita minat..insyaAllah.

      Terima kasih bertanya 😃

      Delete
  27. Akak sye dpt asasi pngajian islam di nilam puri kelantan ade temuduge ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang akak tak pasti ada ke tak temuduga, macam takde.

      Delete
  28. salam kak saya nk tnye....klu amik asasi ni di um...wktu degree blh amik course prubatan ker di um

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yg dimaksudkan adalah asasi pengajian islam dan sains, waktu degree tak boleh ambil perubatan, sbb ada kos degree yg dah ditentukan spt Fizik, Biologi, Kimia dll, tapi boleh ambil perubatan selepas habis degree bagi kos ni.
      Tapi klu yg dimaksudkan adlh asasi pengajian islam, kos ni menjurus kepada pengajian islam spt syariah atau usuluddin

      Delete
  29. Susah x belajar kat nilam puri kalau knowledge bahasa arab kita biasa2 je .risau pula x boleh bawa..tapi azam nak belajar bersungguh2

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ok je, sbb nak belajar ni, asal ada minat dan kesungguhan selain bakat. Pensyarah di nilam puri sgt baik dan supportive, tanya je mereka kalau tak faham atau tak boleh catch up apa yg diajar. InsyaAllah 😊

      Maaf ye atas balasan yg lambat.

      Delete
  30. Assalam akak. Kalau masa spm dulu kita tak amik bahasa arab boleh mohon asasi pendidikan islam tu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Ermm..akak tak berapa pasti. Klu tengok syarat permohonan, ada syarat am dan syarat khas. Adik boleh tgk link ni:
      https://apium.um.edu.my/program-asasi-pengajian-islam
      Kalau hanya guna syarat am, macam boleh mohon. Maaf ye dik kalau akak tak membantu sangat.

      Delete
  31. assalammualaikum kak. kalau saya ni dari sekolah biasa bukan sekolah agama boleh tak saya memohon unruk masuk asasi pengajian islam. sebab saya berminat nak belajar agama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Nurul hiqmah. Kalau nak mohon asasi pengajian islam dan sains, boleh, asal lulus SPM dgn 5 kepujian (termasuk BM dan Sejarah) bagi syarat am. Kalau adik nak pamphlet tentang kos ni, boleh emel minta kat akak di nurulmunirahmunir@gmail.com

      Delete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum akak . boleh saya tanyaa .. bidang asasi pengajian islam di kelantan ke ? 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam dik. Haah, asasi pengajian islam UM di Kelantan. Cuma bukan di Nilam Puri dah, sudah berpindah ke bahagian lain Kelantan 😊

      Delete
  34. Assalam kak . bidang asasi pengajian islam di kelantan ke ?

    ReplyDelete