Yeay, balik raya!!

3:16 PM MUJTAHIDAH SOLEHAH 0 Comments


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^^,

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH.. =) Maaf ye, ana update entri lambat.

Kuliah terakhir (sebelum aidilfitri) di PASUM berakhir pada 26.8.2011 yang lepas, yakni hari Jumaat. Setelah itu, ramai yang pulang ke rumah, atau kampung halaman, termasuklah ana (",) Dan insyaALLAH, kami akan kembali meneruskan pelajaran pada 5.9.2011. Bagi Universiti Malaya, 4.9.2011 adalah tarikh bagi pelajar degree mendaftar ^^

Seronok kan balik rumah? Lagi-lagi untuk sambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga..sanak saudara.. ^_^

Oleh itu, di kesempatan ini, ana mewakili penulis-penulis di blog ini, ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. KULLU 'AM WA ANTUM ALF AL-KHAIR. MINAL 'AIDEEN WAL FAIZEEN. MAAF ZAHIR & BATIN.

Dan..bagi pihak ana, ana mohon maaf zahir dan batin, dulu, kini, dan selamanya..atas segala hal. InsyaALLAH, ana hulurkan kemaafan buat kalian lillah.

Indahnya hidup dengan Islam.. =)

Bekalan muhasabah diri, BroHamzah - Zero Dosa

Wallahua'lam, ilal liqa' insyaALLAH. Sama-sama kita saling mendoakan sesama saudara islam kita (",) Taqabalallahu minna wa minkum ajma'ieen, amin.

0 comments:

Pelajar UM mengejar Bachelor of Taqwa!

1:19 AM Alshaqina Nana 0 Comments




Strive for madhotillah!

0 comments:

19th Ramadan..

10:00 AM MUJTAHIDAH SOLEHAH 0 Comments



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)

Entri ini, adalah sambungan untuk entri sebelum ini, 15th Ramadan (",) Macam diari pula, ehee~

Bulan Pengampunan

Sebenarnya, ana lebih kepada, hendak berkongsi apa yang ana dapat daripada ceramah yang ana hadiri. Ana kongsikan sebuah hadis di sini..

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharap reda Allah, maka dosa-dosa yang telah berlalu akan diampunkan. Sesiapa yang melaksanakan qiyam Ramadan atas dasar iman dan mengharap reda Allah, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan. Sesiapa yang melakukan qiyam Lailatulqadar atas dasar iman dan mengharap reda Allah, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ana nak highlight,
1) Ù…َÙ†ْ صَامَ رَÙ…َضَان- Sesiapa yang berpuasa Ramadan;
2) Ù…َÙ†ْ Ù‚َامَ رَÙ…َضَان - Sesiapa yang melaksanakan qiyam Ramadan;
3) Ù…َÙ†ْ Ù‚َامَ Ù„َÙŠْÙ„َØ©َ القَدْرِ - Sesiapa yang melakukan qiyam Lailatulqadar.

Ana belajar, waktu untuk qiamullail bermula selepas Isyak. Dan waktu untuk qiyam Ramadan? Bermula sejak solat terawih.. Maksudnya, nak menghidupkan malam-malam Ramadan, bukan terhad pada amalan-amalan qiamullail seperti solat tahajud, dan lain-lain, tetapi solat terawih juga dikira sebagai qiyam Ramadan! Apa lagi, ayuh kita rajin-rajinkan diri untuk solat sunat terawih! InsyaALLAH ^^, (solat Isyak dan Subuh jangan diabaikan dek kerana mengejar yang sunat, seimbangkan..)


Selain itu, komentar ana untuk solat sunat terawih (ini alasan ana pada diri ana supaya mujahadah diri untuk solat sunat terawih), solat terawih cuma di bulan Ramadan..means, kita cuma solat terawih untuk sebulan sahaja, jika nak dibandingkan dengan 11 bulan lain. Juga, ana terfikir.. jika ana tidak solat sunat terawih selepas solat Isyak, agak-agaknya ana isi masa ana dengan perkara apa selepas Isyak? Adakah perkara yang bermanfaat atau tidak? Jadi, insyaALLAH dengan kita solat terawih bersama imam, masa kita terisi dengan perkara yang berfaedah..dengan beribadah kepada-NYA.. Subhanallah.. =)

Apabila berlabuhnya siang hari pada 19.8.2011, kita akan memasuki 10 hari terakhir Ramadan.. Ada apa ye pada 10 malam terakhir Ramadan..?? Ya, na'am..malam yang sangat istimewa..eksklusif pada malam Ramadan je..iaitu?? Lailatulqadar.. atau malam al-Qadr. Allah berfirman mengenai lailatulqadar di dalam Al-Quran. Subhanallah..^^,

Maka, bermulalah sebuah pencarian..pencarian lailah Al-Qadr..mendirikan qiyam Lailatulqadar.. (",)

Tadarus atau Tilawah?


Baiklah, apa beza tadarus dan tilawah? Tilawah Al-Quran- Membaca Al-Quran secara bersendirian. Tadarus Al-Quran- Membaca Al-Quran bersama 2 orang atau lebih (untuk disemak bacaan itu oleh orang lain). Dan di dalam bulan Ramadan ini, kita sangat-sangat digalakkan untuk bertadarus, selain tilawah. Rasulullah sendiri bertadarus bersama malaikat Jibrail pada bulan Ramadan =)

"Nabi s.a.w. menceritakan bahawa Jibrail a.s. membacakan kepadanya al-Quran setiap tahun sekali pada bulan Ramadan, dan pada tahun kewafatan Baginda sebanyak dua kali." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Wallahua'lam. Mudah-mudahan kita masih boleh mengekalkan momentum yang ada, dan istiqamah insyaALLAH! ^_^ Amin.. Ingin sekali kembali kepada-NYA dengan jiwa yang bersih suci dan tenang.. (",)

0 comments:

Gyroscope

12:01 AM MUJTAHIDAH SOLEHAH 0 Comments

0 comments:

Conservation of Angular Momentum

12:00 AM MUJTAHIDAH SOLEHAH 0 Comments

0 comments:

15th Ramadan

11:38 PM MUJTAHIDAH SOLEHAH 0 Comments


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)

Ana terkesan dengan kata-kata seorang senior ana.. "Alhamdulillah, bersyukurlah kita kerana TERPILIH menjadi ahli kepada madrasah (sekolah) Ramadhan untuk tahun ini.."

Ya..di kalangan umat manusia yang kematian adalah satu kepastian, kita masih dibenarkan bernafas oleh ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang untuk menjalani kehidupan ini..kembara hidup sebagai hamba-NYA.. (",)

Dan sekarang, Ramadhan telah sampai ke pertengahannya.. Adakah amalan kita di kala ini sehebat amalan kita sewaktu awal Ramadhan dahulu? Adakah kita berusaha untuk istiqamah sehingga ke hari ini? Ayuh, marilah kita memanfaatkan setiap detik waktu kita dengan amalan-amalan yang disukai-NYA! ^^, Mudah-mudahan kita semakin dekat dan mesra dengan-NYA..

Subhanallah..kita juga bakal memasuki fasa 10 terakhir Ramadhan.. Di mana mengikut jumhur ulama', salah satu malamnya adalah lailah Al-Qadr.. Lailah Al-Qadr adalah lebih baik daripada 1000 bulan! (1000 bulan = 83 tahun 4 bulan).


Bismillah

A001
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (Al-Qadr 97:1)


A002
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (Al-Qadr 97:2)


A003
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (Al-Qadr 97:3)


A004
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (Al-Qadr 97:4)


A005
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (Al-Qadr 97:5)

Wallahua'lam. InsyaALLAH, hajat di hati, ana ingin menyambung entri ini lagi.. (",)

0 comments:

mood periksa

11:08 AM MUJTAHIDAH SOLEHAH 2 Comments


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, minggu ini adalah minggu mid test (1/8/2011 - 5/8/2011). Moga semuanya najah fid dunya wal akhirah. Ya Allah, Dikau jadikanlah hati ini sentiasa subur dengan cinta kepada-MU..(",) Selamat memanfaatkan Ramadhan! ^^,

2 comments: