Apa khabar?

10:10 PM MUJTAHIDAH SOLEHAH 0 Comments

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di sini ^_^ Ermm, sebenarnya, ana cuma nak khabarkan keadaan terbaru kami di sini (PASUM). Minggu ini adalah minggu kedua kami menduduki final exam. Doakan kami ye! ^_^ Buat sahabat-sahabat yang berkunjung di blog kami ini, ana minta maaf kerana tidak dapat membalas kunjungan ke blog sahabat-sahabat ='( InsyaALLAH, ada masa, ALLAH izinkan kita untuk bertemu lagi di alam penulisan dakwah ini.

Akhir kalam, teruskan perjuangan sahabat-sahabat dalam menyebarkan keharuman islam, mengajak manusia ke arah mentauhidkan ALLAH, insyaALLAH. Moga ALLAH kira penulisan kita ini sebagai amal soleh, dan juga sebagai salah satu usaha untuk memperoleh redha-NYA, amin. Ilal liqa' wa ma'as salamah! (",)

0 comments:

Haruman itu..

10:04 PM MUJTAHIDAH SOLEHAH 5 Comments


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^

Salam mahabbah fillah.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Dan selawat serta salam yang berterusan buat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, Rasul yang tercinta.

Bertemu lagi kita di laman Tinta Dai'e ini, alhamdulillah =) Sahabat-sahabat apa khabar? Sama-sama kita saling mendoakan satu sama lain..

Haa, gambar di atas tu, bunga apa ye? Masa ana mula-mula terima, ana tak kenal bunga ini. Rupa-rupanya, bunga ros.. Pertama kali ana lihat rupa sebenar bunga ros (jika tidak silap).

Sebenarnya, bukan ana seorang yang dapat bunga ros itu. Sahabat-sahabat APIDS muslimat yang lain, masing-masing dapat sebatang bunga ros; ada yang dapat ros putih, dan ada juga yang dapat ros pink.

Siapa ye yang bagi kami bunga ros itu? Ahaa.. bunga ros itu adalah hadiah daripada salah seorang sahabat kami, Wan Nur Syamimi. Selalunya, mindset masyarakat kini, pemberian bunga ros adalah di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Namun sebaiknya, yang lebih menjaga syara' perhubungan, boleh je bagi bunga ros antara perempuan dengan perempuan especially kepada sahabat atau ibu. Sweetnya! ^_~ Atau antara suami dengan isteri (",)

Selain itu, apabila ana merenung pokok-pokok, atau tumbuh-tumbuhan, ana rasa malu kepada mereka. Yang ana tahu, tumbuh-tumbuhan sentiasa berzikir kepada Allah. Mereka tunduk patuh kepada Allah, taat akan-NYA. Lalu bagaimanakah diri ini? Merenung diri yang terkadang alpa dari mengingati-NYA.. astaghfirullahal'azim.. Untuk lebih perkongsian, klik di sini.

Wallahua'lam. Maafkan salah silap diri ini, dan ambillah manfaat daripada perkongsian ini, insyaALLAH. Moga bertemu dalam redha Allah, amin ^_^

5 comments: