RuKun SoLaT...^_^

11:41 PM shabab al-Deen 0 Comments

“Sesungguhnya yang pertama kali akan dihisab dari amal perbuatan manusia pada hari kiamat adalah solatnya...”
[Shahih, HR Abu Daud: 964, At-Tirmizi:413, Shahih Al-Jami’:2571 al-Albani]

Kesemua 4 mazhab utama dalam fiqah Islam bersepakat dalam 6 rukun s0lat sahaja iaitu:

1) Takbiratulihram
2) Berdiri bagi yg berkemampuan
3) Membaca ayat al-quran
4) Ruku'
5) Bangkit daripada ruku' & i'tidal
6) Sujud dua kali bagi setiap rakaat

Rukun solat menurut mazhab Syafi'i

1) Niat
2) Takbiratulihram
3) Berdiri bagi yg berkemampuan & utk yg tak mampu boleh duduk, berbaring, terlentang atau dgn isyarat
4) Membaca al-Fatihah
5) Ruku' dgn tamakninah
6) I'tidal dgn tamakninah
7) Sujud dua kali dgn tamakninah
8) Duduk antara dua sujud dgn tamakninah
9) Duduk tasyahud akir dgn tamakninah
10) Membaca tasyahud akhir
11) Membaca selawat ke atas Nabi pada tasyahud akhir
12) Membaca salam yang pertama
13) Tertib

SUMBER : FORMULA SOLAT SEMPURNA (Dr.Zaharuddin Abd Rahman)

"Jika al-fahmu dapat dikuasai maka seorang muslim tidak akan sukar lagi untuk memahami Islam secara menyeluruh..." .Jom beramal ^_^



0 comments:

Kisah Seorang Remaja yang bercita-cita untuk ke Syurga

5:44 PM shabab al-Deen 0 Comments

Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta’labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.


Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha’labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta’labah.
Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha’labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha’labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha’labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.
“A’uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah…”
Rintihan Tha’labah
Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha’labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha’labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.
Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha’labah beberapa hari namun Tha’labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha’labah dan beliau terjumpa Tha’labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.
Umar berkata “Tha’labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu.”
“Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka.” Kata Tha’labah dalam ketakutan yang amat sangat.
Oleh sebab Tha’labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha’labah, Tha’labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha’labah.
Tetapi Ta’labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, “kenapa wahai Tha’labah?”
“Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu,” kata Tha’labah.
“Apa yang kamu mahu Tha’labah?”
“Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah”
Cita-citanya hanya Syurga
“Apa cita-cita kamu wahai Ta’labah?”
“Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku.”
Lalu Rasulullah s.a.w berkata, “wahai Tha’labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu.”
Tidak lama selepas itu, Tha’labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.
Ketika mayat Tha’labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha’labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha’labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.
Sahabat-sahabat bertanya, “wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?”
Rasulullah menjawab, “kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha’labah ke kubur.”
Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha’labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!
Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?
Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.

0 comments:

Badi'uzzaman Said Nursi

1:25 AM shabab al-Deen 0 Comments


PELITA ILMU

Badi'uzzaman Sa'id Nursi Tokoh Pembaharu Islam

Olahan Web Majalah i 

Setelah enam ratus tahun bertapak sebagai sebuah kerajaan agung, sejarah telah menyaksikan detik-detik kemuncak kelemahan Kerajaan Uthmaniyah. Sebenarnya detik yang berlaku di sekitar awal abad ke 14H itu diancam oleh pelbagai serangan dalaman dan luaran secara terancang.

Tahun 1924, merupakan sejarah hitam buat Kerajaan Uthmaniyah apabila Kamal Ataturk menguasai Turki. Sistem Khalifah yang menjadi mercu tanda kekukuhan negara Islam, mansuh akibat pengaruh Barat pimpinannya. Pada ketika itulah muncul tokoh ilmuwan terulung dalam sejarah Turki iaitu Badi'uzzaman Sa'id Nursi. Beliau merupakan seorang pejuang yang berani berdepan dengan musuh Islam. Beliau sanggup mempertahankan agama walau diri diancam dengan pelbagai ugutan dari pihak musuh Islam. Beliau juga menghadapi pelbagai fitnah dan tohmahan dalam mencapai cita-citanya iaitu, menyepadukan ilmu agama dan ilmu sains. Namun itu semua tidak melunturkan semangat beliau untuk terus berjuang.

Beliau pernah ditahan dan dihukum tembak sampai mati. Namun hukuman tersebut dibatalkan. Selain itu, ancaman seterusnya menjadi sasaran komplot bunuh pihak British. Namun kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Melalui pertolongan Allah SWT beliau terpelihara daripada ancaman dan meneruskan perjuangan beliau tanpa rasa gentar. Beliau merupakan orang yang ditakuti tentera Russia ketika Perang Dunia Pertama. Inilah orang yang sanggup meludah ke muka orang British yang menjajah Istanbul. Inilah orang yang berjaya terlepas dari tali gantung sebanyak beberapa kali. Walau bagaimanapun, mereka kemudian mengenalinya juga, terpaksa berkata, "Segala apa yang kami lakukan selama 25 tahun yang lepas tidak berjaya menyekat Said Nursi dari meneruskan kegiatannya"

 

Kuasai Pelbagai Ilmu

Menyingkap kembali permulaan kisah hidupnya, Badi'uzzaman atau nama sebenar Sa'id bin Mirza telah dilahirkan pada tahun 1876 (1294H) di Nurs, Turki. Beliau juga dikenali sebagai Sa'id al-Nursi yang merujuk kepada tempat kelahirannya. Nursi dilahirkan dalam sebuah keluarga petani yang hidup serba sederhana. Ibu dan bapanya berketurunan Kurdis dan mereka dikatakan berasal daripada salasilah keturunan Ahl dl-Bayt. Nursi pernah diberi gelaran Badi'azzaman (Keunggulan Zaman) oleh gurunya, Syeikh Fathu'llah. Namun, Nursi menolak kerana merasakan dirinya belum layak menerima gelaran itu.

Sejak kecil lagi Nursi telah memperlihatkan minatnya untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau sangat gemar menghadiri majlis perbincangan ilmu antara ulama yang sering diadakan di rumah ayahnya. Suasana keilmuan ini memberikan pengaruh yang besar pada jiwa dan pemikiran Nursi. Minatnya itu menyuburkan pemikiran analisis-kritis, dialog, dan perdebatan.

Nursi mula merantau ketika umurnya sembilan tahun dalam usahanya untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan ramai alim ulama termasuk Syeikh Muhammad al-Jalali di Madrasah Bayazid bersempadan Iran. Di bawah bimbingan Syeikh Muhammad al-Jalali, Nursi telah mempelajari dan menguasai kitab-kitab muktabar seperti Jam' al-Jawami, Sharh al-M.awaqif, dan Ibn Hajar. Disinilah bermulanya proses awal perkembangan dan pembentukan pemikiran Nursi.

Keterampilan beliau mula menampakkan ketokohan sebagai seorang ulama, lalu dikenali waktu itu sebagai ulama muda yang hebat. Gabenor Bitlis, Umar Basha sangat mencintai ilmu dan memuliakan ulama. Oleh sebab itu beliau mempelawa Nursi supaya tinggal di kediaman beliau yang mempunyai sebuah perpustakaan besar.

Nursi tidak melepaskan peluang itu demi memenuhi cita-citanya. Umar Basha memberi peluang kepada Nursi untuk mendalami dan menghafal kitab-kitab seperti aI-MataIi, al-Mawaaif, dan al-Mirqat. Dalam tempoh dua tahun di kediaman Gabenor itu, beliau telah berjaya menguasai ilmu al-kalam, mantik, nahu, tafsir, hadith, dan fiqh. Tetapi, minatnya untuk meneruskan usaha memperluaskan ilmu pengetahuan menyebabkan beliau meninggalkan Bitlis.

Dalam pengembaraannya itu beliau menyambut pelawaan Gabenor Hasan Basha untuk berkhidmat di Wan sebagai ulama iaitu pada tahun 1897. Setelah beberapa ketika tinggal di kediaman Hasan Basha, Nursi sekali lagi dijemput untuk tinggal di kediaman Tahir Basha, Gabenor baru di Wan. Ketika berada di Wan, Nursi sempat bertemu dan berdialog dengan tokoh-tokoh ilmuwan moden. Kerana menyedari kelemahannya dalam bidang ilmu moden, mendorong beliau berusaha mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu sains moden seperti fizik, kimia, biologi, ilmu kaji bumi, dan astronomi. Selain ilmu sains beliau turut mempelajari ilmu sejarah, matematik, geografi, dan falsafah moden.

 

Konsep Kebebasan

Setelah menguasai bidang agama dan ilmu sains moden, sekali lagi Nursi diberi gelaran sebagai Badi'uzzaman. Gelaran tersebut diterima bahkan dijadikan sebahagian daripada nama beliau. Pengalamannya semasa menuntut ilmu memberikan kesedaran pada beliau betapa perlunya dilakukan perubahan terhadap sistem pendidikan. Oleh sebab itu, beliau telah bertindak menggabungkan dua cabang ilmu iaitu ilmu agama dan ilmu sains moden yang sebelum itu telah dipisahkan. Nursi berazam untuk mengubah persepsi negatif masyarakat yang berpandangan bahawa ilmu agama dan ilmu sains moden tidak boleh digabungkan.

Pendekatan beliau ini dilaksanakan semasa kerjayanya sebagai seorang guru di madrasahnya yang dikenali sebagai Madrasah Khur Khur. Nursi berpendirian bahawa umat Islam perlu menguasai kedua-dua cabang ilmu tersebut demi masa depan umat Islam seluruhnya. Beliau juga gigih berusaha untuk menubuhkan universiti yang akan dinamakan Madrasat al-Zahra di Timur Turki. Walau bagaimanapun, usaha beliau itu gagal kerana tidak mendapatkan persetujuan daripada golongan yang berpengaruh di Istanbul.

Apabila Turki diisytiharkan sebagai sebuah negara Republik pada 29 Oktober 1923, Turki bertukar wajah menjadi sebuah negara sekular. Kamal Ataturk melaksanakan dasar-dasar pemerintahan berlandaskan fahaman sekularisme yang anti-Islam. Untuk menentang dasar itu, Nursi kemudiannya menyokong pembentukan Parti Demokratik Turki. Harapannya agar dapat melaksanakan pemerintahan yang adil dan sedikit kebebasan diberikan kepada gerakan Islam.

Nursi mempunyai pandangan yang lain tentang konsep "kebebasan" yang dilihatnya sebagai satu keperluan asas. Keperluan ini harus dihormati dalam setiap agama dan bangsa. Namun, konsep "kebebasan" itu tidak sepatutnya disalahtafsirkan memandangkan pengisian maksud "kebebasan" yang tidak selari dengan peraturan Islam. Atas hasrat inilah ketika perisytiharan perlembagaan negara, Nursi berjuang untuk menegakkan corak pemerintahan berasaskan Perlembagaan yang berteraskan kepada syariat Islam.

Walau bagaimanapun, perjuangan suci beliau itu mendapat tentangan daripada golongan yang masih belum memahami kehebatan isi kandungan al-Quran. Nursi berpandangan bahawa kesedaran serta kefahaman yang jelas perlu diusahakan meskipun memakan masa yang panjang. Yang penting isi kandungan al-Quran benar-benar difahami. Beliau menyedari bahawa kekerasan hanya mencetuskan permusuhan dan tidak membawa sebarang kebaikan kepada manusia.

Dalam usaha itu, Nursi menyeru umat Islam agar menilai golongan yang masih ragu-ragu terhadap Islam. Mereka perlu dikenal pasti sama ada dalam kalangan umat Islam mahupun kaum bukan Islam. Mereka yang terlibat itu dianggap sebagai satu golongan yang memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada umat Islam. Beliau sama sekali tidak mahu terus melabelkan mereka sebagai musuh. Melalui kaedah ini, seruan Islam lebih mudah disampaikan dan dapat diterima baik oleh masyarakat.

 

0 comments:

FARDHU 'AIN: SYAHADATAIN

12:42 PM shabab al-Deen 0 Comments









0 comments:

ISLAM LUNTURKAN EGOISME PERKAUMAN

1:44 PM shabab al-Deen 0 Comments

Islam agama sejagat. Ajarannya bukan hanya menganjurkan umat berbuat baik sesama muslim tetapi juga antara bukan muslim. Islam meraikan setiap insan. Individu dan masyarakat bukan Islam mempunyai hak-hak teertentu dan dilindungi selagi tidak memerangi agama Islam.

Iktiraf Hubungan Etnik

Islam mengiktiraf kepelbagaian warna kulit, bangsa dan budaya sebagai  suatu yang positif dan menjelaskan perbezaan ini dijadikan supaya hamba-hambaNya saling kenal-mengenal dan beramah mesra antara satu sama lain. Sebagai seorang muslim, tindakan berunsur perkauman jelas menyalahi agama dan fitrah hamba. Manusia adalah sama di sisi Islam dari segi kemanusiaannya. Tiada seorang pun dinilai berdasarkan warna kulit mahupun lain-lain perbezaan. Sesungguhnya kemuliaan di sisi Allah S.W.T hanyalah berdasarkan ketakwaan kepada Allah.

Sejarah peradaban Islam membuktikan agama melunturkan warna perkauman yang tebal dalam masyarakat jahiliah. Sebelum kedatangan Islam, arab jahiliah terkenal dengan sikap 'assabiyah'(ekstrem suku). Bumi arab sentiasa dipenuhi dengan peperangan antara kabilah dan suku-suku tertentu. Namun, kedatangan Islam menyatukan kesemua kumpulan-kumpulan tersebut menjadi masyarakat yang bertamadun tinggi dalam sejarah dunia. Perkara ini diakui oleh Pensyarah kolej Dar al-Hikmah, Ustaz Zaihan Mahmud. Beliau menegaskan dalam Islam, perkauman tidak menjadi masalah kerana yang mengikatnya adalah perkara yang lebih besar, iaitu agama.

Said Hawwa, iaitu salah seorang tokoh gerakan Islam menyebut perbezaan bangsa, warna kulit, negeri, keluarga dan nenek moyang bukan untuk membeza dan mengasingkan antara satu sama lain. Sebenarnya kelainan itu wujud untuk manusia saling mengenali dan mengasihi. Tambahan pula, kita berada dalam sebuah negara yang mana masyarakatnya bersifat majmuk. Perkara ini tentulah akan menimbulkan perbezaan antara etnik dari segi budaya dan agama. Adapun, setiap individu diberi kebebasan dalam beragama dan berbudaya. Pemerintahan pula perlu dijalankan dengan memenuhi hak-hak rakyat tanpa mengira bangsa dan budaya. Pemimpin perlu mendengar suara rakyat walaupun orang Melayu mendapat kedudukan istimewa seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan .

Islam Garis Panduan

Agama menafikan sebarang pihak yang menjadikan alasan perbezaan etnik untuk tidak berlaku adil. Rasulullah SAW memberi peringatan dalam khutbah terakhir baginda : " Wahai manusia! Ingatlah bahawa Tuhan kamu adalah satu dan bapa kamu adalah satu, ingatlah tidak ada kelebihan bagi orang Ajam ke atas orang Arab dan tidak ada kelebihan ke atas orang berkulit hitam ke atas orang berkulit merah kecuali orang yang bertakwa". Akhirnya kita perlu tahu bahawa Islam menekankan kebebasan beragama dan menghormati agama lain. Namun, Allah SWT memerintahkan umat Islam supaya memberi penjelasan kepada manusia tentang Islam dengan berhikmah agar mereka lebih memahami Islam serta mencintai agama ini. Wallahu a'lam.

(Rujukan : Majalah i bil.129)

0 comments:

Sherlock Run '13 (1)

1:02 AM MUJTAHIDAH SOLEHAH 0 Comments


بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, peperiksaan akhir semester 2 sesi 2012/2013 telah berakhir.

Maka bermulalah cuti semester, sehingga bulan 9 insha Allah.

Dan kini, keputusan peperiksaan juga telah diketahui.

Saya bukan mahu menyentuh mengenai peperiksaan, cuti ataupun keputusan peperiksaan tetapi, saya ingin mengimbas satu kenangan semasa kami di semester 2.. Nak tahu? Jom teruskan membaca =) (kena latih sifat membaca,hehe)

Sherlock Run nama diberi,
23 Mac 2013 memoir diukir;
Hari keluarga buat kami,
Agar ukhuwwah terus mekar.

Setiap batch di dalam keluarga SGPI/SMPIS/SMPITM/APIDS diberi tugas untuk mengendalikan satu projek. Batch saya diamanahkan untuk mengendalikan Family Day. Oleh itu, lahirlah Sherlock Run '13.




Bersambung..

0 comments:

Keep Me True ^_^

2:48 PM fastabiqul khairat 0 Comments




Moga kita semua sentiasa dalam jagaan dan lindungan Allah..
Bittaufiq wannajah bagi sahabat2 yang sedang menduduki peperiksaan akhir semester..
Moga dimudahkan urusan menjawab dan berjaya dengan cemerlang insyaAllah :)

0 comments:

Soft Reminder

9:05 AM MUJTAHIDAH SOLEHAH 0 Comments

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Note:

Ujian HAFAZAN (IXEX 2170)
13/5 -17/5 2013
Juz 29

CTES
22/4/2013 - 9/6/2013

Mengundi
5/5/2013

Love Allah and Rasul ^_^

0 comments:

Jemput hadir! ^^

10:44 AM MUJTAHIDAH SOLEHAH 0 Comments


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

MiTA '13 masih belum berakhir lagi. Jemput meriahkan lagi program ini! ^_^

Setiap jabatan/program yang terdapat di Akademi Pengajian Islam UM membuka booth masing-masing. Sangat best! =) Selain penerangan tentang jabatan/program masing-masing, juga terdapat pelbagai aktiviti dan hadiah yang menarik disediakan ^^




KHAMIS 25/4/2013 

Taklimat Penawaran Program & Perkongsian Terbilang
Masa : 9.00 Pagi – 11.30 Pagi
Tempat : Dewan Kuliah Utama

Bicara al-Quran: Warna dan Peranannya Menurut Al-Quran
Masa : 11.30 Pagi – 1.30 Petang
Tempat : Balai Ilmu

Program Bersama Tokoh Korporat Muslim
Masa : 11.30 Pagi – 1.00 Petang
Tempat : Bilik Seminar 2

Tayangan “Grave of The Fireflies”
Masa : 2.00 Petang – 4.00 Petang
Tempat : Dewan Kuliah Utama

Perkongsian Pengalaman Bekas Pelajar SGPI Peringkat MA/Ph.d & Latihan Industri Korea
Masa : 2.00 Petang – 4.00 Petang
Tempat : Bilik Seminar 2

Cerita Pendek
Masa : 2.00 Petang – 4.00 Petang
Tempat : Balai Ilmu

Simfoni Hiburan Islam
Masa : 8.30 – 11.35 Malam
Tempat : Dewan Kuliah Utama


JUMAAT 26/4/2013

Larian Ilmu Fiqh (Explorace)
Masa : 8.00 Pagi – 11.15 Pagi
Tempat : Sekitar APIUM

Forum: Al-Quran Membuktikan Sains, Atau Sains Membuktikan Al-Quran?
Masa : 8.45 Pagi – 12.00 Tengahari
Tempat : Bilik Seminar 2

Diskusi Ilmiah: Jawapan Terhadap Syiah
Masa : 8.45 Pagi – 11.30 Pagi
Tempat : Dewan Kuliah Utama

Penutup & Penyampaian Hadiah
Masa : 2.30 – 4.30 Petang
Tempat : Dewan Kuliah Utama

 Forum Mega MITA Stairway to Heaven
Masa : 8.30 – 11.35 Malam
Tempat : Dewan Kuliah Utama


Berikut adalah tentatif program bagi hari yang masih berbaki. Ayuh jumpa di sana! ^_^

0 comments:

Dah pertengahan semester!

12:22 AM MUJTAHIDAH SOLEHAH 0 Comments

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ^_^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepadamu diiringi dengan rahmat dari ALLAH dan juga barakah dari ALLAH untukmu =)

Sahabat-sahabat apa khabar? Moga kita istiqamah memperbaharui iman kita.. (",)

Sudah 7 minggu berlalu. Cuti pertengahan semester 2 bakal tiba ke penghujungnya. 15 April 2013 bersamaan 4 Jamadil Akhir 1434H, pembelajaran akan diteruskan..





Bacaan tambahan: Kelebihan Menuntut Ilmu ^_^

Wallahua'alam. Moga bertemu lagi, di dalam redha Allah insha Allah =) Seeru 'ala barakatillah~

0 comments:

Semester 2 bermula!

6:11 PM MUJTAHIDAH SOLEHAH 0 Comments

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 Kaifa halukum? Apa khabar sahabat-sahabat? Apa khabar iman? Moga dalam pemeliharaan ALLAH,amin =)

 18 Februari 2013 yang lepas, bermulalah pengajian semester 2 kami..




 Saya nak berkongsi sedikit apa yang saya dengar daripada pengisian ini. Sahabat-sahabat nak tahu? Teruskan membaca.. ^_^

 Cuba sahabat-sahabat rujuk surah al-Maidah, ayat 2. Allah berfirman:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ 
"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan."

Apa-apa yang baik, bantulah.

Jaminan Nabi; kalau kita tolong orang, insha Allah Allah akan tolong kita.

Bagi yang belajar ilmu usul fiqh, تعاونوا adalah فعل الأمر

Apa yang baik dan elok, anjurkan/ajarkan. =) Siapa yang anjurkan benda baik, dan orang yang mendengarnya buat kebaikan itu; orang yang anjurkan dapat pahala seperti orang yang buat itu, tanpa mengurangkan sedikit pun pahala-pahala mereka (orang yang menganjur dan orang yang buat).

Dapat sedikit ilmu, sampaikan..

Bab 1: Ikhlas dan Niat

Menurut Imam Syaukani, ikhlas adalah ketaatan untuk taqarrub (mendekatkan diri) kepada ALLAH. (secara ringkas)

Ikhlas bermakna kerana ALLAH.

Menghadirkan niat di dalam amalan, perkataan dan hal/keadaan kita.

Mafhum hadis Nabi, "Setiap amalan bergantung kepada niat". Klik sini untuk lihat hadisnya.

Niat adalah wajib. Niat ini bup (boleh faham kan?)

Biarlah kita buat sesuatu dalam keadaan faham =) Tambahan dari saya, bukan bermakna kena tunggu faham baru buat tetapi, buatlah dalam keadaan faham (ada usaha dan latihan).

Sebagai contoh, kita niat ketika takbiratul ihram (solat). Sepanjang kita solat, masih menghadirkan niat. Mudah-mudahan beroleh khusyuk (",)

Namun begitu, meninggalkan perkara-perkara yang dilarang, kita TAK perlu niat.
Tidak perlu 'Sahaja aku tinggalkan zina kerana ALLAH'. Seseorang itu tinggalkan perkara-perkara yang dilarang bukan sebab kebetulan, tetapi sebab nak taat perintah ALLAH Subhanahu wa Taala.

فَهِمْتُمْ؟

Ibadah umpama badan/jasad. Ikhlas pula umpama roh. Oleh itu, tiada ibadah tanpa ikhlas.
Tambahan dari saya, ibadah memerlukan ilmu dan ikhlas.

Kalau kita baca ayat ke-2 surah al-Maidah sehingga habis, ALLAH memerintahkan kita untuk berTAQWA.

Sahabat-sahabat nak berkongsi tentang taqwa? Ayuh kita berdiskusi ilmiah di sini ^^

Wallahua'alam. Apa yang baik itu datangnya daripada ALLAH manakala yang buruk dan kurang itu datangnya daripada diri ini. Wabillahi taufiq wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (^_^)

p/s: untuk lebih kefahaman atau penjelasan, boleh rujuk sendiri kitab Riyadhus Solihin =)

0 comments:

Sports Day

12:18 AM MUJTAHIDAH SOLEHAH 0 Comments

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Segala puji bagi ALLAH =)

10/1/2013 yang lepas, kami yang pengkhususan Bioteknologi dan Biokesihatan dah habis periksa. Manakala 16/1/2013 pula, kami yang pengkhususan SPAS dan Genetik baru habis periksa. Jadi, kami cuti sekarang! ^^,

Entri ini satu catatan lama. Bagi mengimbau satu peristiwa. Dalam mencoret satu kenangan jiwa. Mudah-mudahan mendapat redha-NYA. Boleh jadi pantun tak? Hehe ;)

Pada tarikh 22 Disember 2012, Sports Day kendalian APIDS93 berjalan dengan baik dan lancar, alhamdulillah =) Ada 3 acara yang dipertandingkan iaitu futsal (lelaki), bola jaring (perempuan) dan sukaneka. Sukaneka, ada 2 permainan iaitu ikat kaki dan isi air dalam botol.

Berikut adalah senarai keputusan akhir game ^_^

FUTSAL 
tmpat 1: Alumni
tmpat 2: second year
tmpat3: sembir (first year)

BOLA JARING
tmpat 1: B (first year)
tmpat 2: D (first year)
tmpat 3: E (third year)

SUKANEKA
tmpat 1: second year (L)
tmpat 2: APIDS (P)
tmpat 3: third year (L)


Last but not least, here are some pictures during the day. I took it from facebook ;)

Jazakumullahu khairan kathira (",)


Solat sunat dhuha ^_^


Futsal






sukaneka: ikat kaki


sukaneka: isi air dalam botol


bola jaring

0 comments: