FARDHU 'AIN: SYAHADATAIN

12:42 PM shabab al-Deen 0 Comments









0 comments:

ISLAM LUNTURKAN EGOISME PERKAUMAN

1:44 PM shabab al-Deen 0 Comments

Islam agama sejagat. Ajarannya bukan hanya menganjurkan umat berbuat baik sesama muslim tetapi juga antara bukan muslim. Islam meraikan setiap insan. Individu dan masyarakat bukan Islam mempunyai hak-hak teertentu dan dilindungi selagi tidak memerangi agama Islam.

Iktiraf Hubungan Etnik

Islam mengiktiraf kepelbagaian warna kulit, bangsa dan budaya sebagai  suatu yang positif dan menjelaskan perbezaan ini dijadikan supaya hamba-hambaNya saling kenal-mengenal dan beramah mesra antara satu sama lain. Sebagai seorang muslim, tindakan berunsur perkauman jelas menyalahi agama dan fitrah hamba. Manusia adalah sama di sisi Islam dari segi kemanusiaannya. Tiada seorang pun dinilai berdasarkan warna kulit mahupun lain-lain perbezaan. Sesungguhnya kemuliaan di sisi Allah S.W.T hanyalah berdasarkan ketakwaan kepada Allah.

Sejarah peradaban Islam membuktikan agama melunturkan warna perkauman yang tebal dalam masyarakat jahiliah. Sebelum kedatangan Islam, arab jahiliah terkenal dengan sikap 'assabiyah'(ekstrem suku). Bumi arab sentiasa dipenuhi dengan peperangan antara kabilah dan suku-suku tertentu. Namun, kedatangan Islam menyatukan kesemua kumpulan-kumpulan tersebut menjadi masyarakat yang bertamadun tinggi dalam sejarah dunia. Perkara ini diakui oleh Pensyarah kolej Dar al-Hikmah, Ustaz Zaihan Mahmud. Beliau menegaskan dalam Islam, perkauman tidak menjadi masalah kerana yang mengikatnya adalah perkara yang lebih besar, iaitu agama.

Said Hawwa, iaitu salah seorang tokoh gerakan Islam menyebut perbezaan bangsa, warna kulit, negeri, keluarga dan nenek moyang bukan untuk membeza dan mengasingkan antara satu sama lain. Sebenarnya kelainan itu wujud untuk manusia saling mengenali dan mengasihi. Tambahan pula, kita berada dalam sebuah negara yang mana masyarakatnya bersifat majmuk. Perkara ini tentulah akan menimbulkan perbezaan antara etnik dari segi budaya dan agama. Adapun, setiap individu diberi kebebasan dalam beragama dan berbudaya. Pemerintahan pula perlu dijalankan dengan memenuhi hak-hak rakyat tanpa mengira bangsa dan budaya. Pemimpin perlu mendengar suara rakyat walaupun orang Melayu mendapat kedudukan istimewa seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan .

Islam Garis Panduan

Agama menafikan sebarang pihak yang menjadikan alasan perbezaan etnik untuk tidak berlaku adil. Rasulullah SAW memberi peringatan dalam khutbah terakhir baginda : " Wahai manusia! Ingatlah bahawa Tuhan kamu adalah satu dan bapa kamu adalah satu, ingatlah tidak ada kelebihan bagi orang Ajam ke atas orang Arab dan tidak ada kelebihan ke atas orang berkulit hitam ke atas orang berkulit merah kecuali orang yang bertakwa". Akhirnya kita perlu tahu bahawa Islam menekankan kebebasan beragama dan menghormati agama lain. Namun, Allah SWT memerintahkan umat Islam supaya memberi penjelasan kepada manusia tentang Islam dengan berhikmah agar mereka lebih memahami Islam serta mencintai agama ini. Wallahu a'lam.

(Rujukan : Majalah i bil.129)

0 comments: