Sherlock Run '13 (2)

12:38 AM MUJTAHIDAH SOLEHAH 0 Comments



Entri lepas: Shelock Run '13 (1)



Pada pagi 23/3/2013, kami bermain explorace. Sahabat-sahabat pernah dengar nama Sherlock Holmes kan? Explorace ini bagi mendapatkan klu siapakah 'pembunuh' bagi kes 'pembunuhan' (boleh lihat video di entri lepas).


Ada 10 checkpoint:


Checkpoint Lisa
- baling selipar (menggunakan kaki) sehingga selipar sampai ke anak tangga yang telah ditentukan



Checkpoint Fauzi
- isi air dalam botol secara berpasangan (menggunakan pipi)



Checkpoint Adibah & Naquibah
- teka lagu yang dinyanyikan (lagu dinyayikan secara humming oleh salah seorang ahli kumpulan dan di dalam mulutnya terdapat serbuk kopi) paling kurang 5 lagu dalam masa yang ditetapkan.



Checkpoint DK
- pilih salah satu kad dan bagi tazkirah!



Checkpoint Diyana
- buat rumah (daripada paku-paku) di atas sebatang paku



Checkpoint Izzati
- terapungkan 3 batang klip kertas di atas air



Checkpoint Naimah
- pindahkan bulatan yang berlainan saiz tersebut ke petak terakhir (dengan memastikan bulatan terkecil mesti terletak di atas sekali/ tak boleh terletak di bawah sekali)



Checkpoint Naeimah
- sambungkan puzzle



Checkpoint Zulfadhli
- tasmi' hafazan



Checkpoint Afiqah
- diberi satu kertas yang mempunyai cerita pendek, kemudian jumlahkan bilangan huruf mengikut kod abjak. Contoh, A = 1, B = 2, C = 3 dan seterusnya.



Kalau berjaya di setiap checkpoint, kumpulan tersebut akan memperoleh klu. Kalau tidak berjaya di sesuatu checkpoint, boleh ulang semula di checkpoint tersebut setelah menghabiskan 10 checkpoint.

Jika kumpulan masing-masing dah decide jawapannya (identiti 'pembunuh'), boleh hantar jawapan kepada AJK Sherlock Run. Kumpulan yang menang berdasarkan siapa yang cepat hantar dan betul jawapannya.

Nak tahu jawapannya? Nantikan majlis penutup Sherlock Run pada entri yang akan datang insha Allah ^_^ Moga Allah redha. Ilal liqa' insha Allah (",)

Bersambung...

0 comments: