Showing posts with label iman. Show all posts

Santai..


CINTA RASUL



Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ^^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepadamu diiringi dengan rahmat dari ALLAH dan juga barakah dari ALLAH untukmu ^_^

Apa khabar sahabat-sahabat? Redha ALLAH impian kita semua.. (",)

Wahai hati-hati yang dahagakan kasih ALLAH;

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH,
moga pertemuan kita kali ini juga mengundang redha dan kasih sayangNYA, amin.. ^_^

InsyaALLAH, ana akan kongsikan 2 buah cerita. Menggunakan ayat sendiri, jadi jika ada kesalahan dalam kisah versi ana ini, jemput diperbetulkan faktanya ^_^

Kisah 1 : Rasulullah dengan Buah Limau

Suatu hari, ketika Nabi Muhammad SAW berkumpul bersama para sahabatnya, telah datang seorang wanita kafir membawa sebiji buah limau. Wanita kafir itu memberikan buah limau tersebut kepada Baginda, sebagai hadiah.

Kebiasaanya, Nabi akan berkongsi dengan para sahabatnya apabila menerima pemberian dari seseorang. Nabi makan seulas limau, kunyah, dan senyum.. Kemudian, Nabi makan lagi seulas demi seulas limau bersama sebuah senyuman sehingga akhirnya buah limau itu habis dimakan. Setelah itu, Nabi mengucapkan terima kasih kepada wanita kafir tersebut, dan wanita itu pun berlalu pergi.

Para sahabat yang kehairanan, bertanya kepada Baginda, "Wahai Nabi, kebiasaannya kamu akan berkongsi pemberian seseorang kepadamu dengan kami, tetapi mengapa kali ini tidak?" Nabi menjawab, "Wahai para sahabatku, tahukah kamu, bahawa sebenarnya buah limau itu sangat masam. Aku takut jika kamu makan, kamu akan mengenyitkan mata kerana kemasamannya, lalu bertindak sesuatu (sebagai contoh: marah) kepada wanita kafir itu. Aku tidak mahu dia tersinggung hati."

Subhanallah, cantiknya akhlak yang ditunjukkan oleh Nabi! ^_^

Ibrah : Janganlah memperkecil-kecilkan pemberian seseorang, walaupun pemberian itu daripada non-Muslim.


Kisah 2: Rasulullah dengan Pengemis Yahudi Buta


Di sudut pasar (ana tak ingat, di Makkah atau Madinah), terdapat seorang pengemis yahudi buta. Setiap hari, apabila ada orang yang melintas atau melalui di hadapan kawasannya, pengemis yahudi buta itu akan berkata, "Jauhi Muhammad, jauhi Muhammad."

Setiap hari, Nabi akan menemui pengemis yahudi buta itu, dan menyuapnya makan, sehingga Baginda wafat.

Suatu hari, Saidina Abu Bakar menemui anaknya, Aishah r.ha dan bertanya, "Wahai anakku, apakah sunnah Nabi yang tidak aku lakukan lagi?"

Saidatina Aisyah r.ha berkata, "Wahai ayahku, tiadalah segala sunnah baginda yang tidak kamu lakukan, tetapi ada satu lagi sunnah baginda yang tidak kamu lakukan."

"Apakah dia, wahai anakku?" Abu Bakar bertanya.

Aisyah pun memberitahu tentang pengemis yahudi buta itu.

Abu Bakar pun membawa makanan, dan bertemu pengemis yahudi buta itu. Abu Bakar menyuapkan makanan ke dalam mulutnya, dan pengemis yahudi buta itu makan. "Kamu bukan orang yang biasa. Siapa kamu!? Aku tidak susah untuk menelan makanan apabila dengan orang yang biasa memberiku makan (kerana Nabi akan mengunyah makanan itu dahulu sebelum disuapkan kepada pengemis yahudi buta itu-makanan itu lumat, senang untuk dikunyah)." kata pengemis yahudi buta itu.

Abu Bakar tidak dapat menahan sebaknya, lalu menangis dan berkata, "Ya, aku bukanlah orang yang biasa. Orang yang biasa itu telah wafat, dialah Muhammad."

Pengemis yahudi buta itu sangat terkejut, lalu dia mengucapkan syahadah (masuk islam) di hadapan Saidina Abu Bakar.

Ibrah: Contohilah akhlak Nabi. Tidak membalas keburukan dengan keburukan. Sahabat-sahabat nak bagi pengajarannya? Kongsi-kongsikan di sini.. ^_^

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wahai hati-hati yang mengharapkan keredhaan ALLAH;

Selain kita belajar subjek Sejarah (walaupun tak minat), selaklah kembali Sirah Nabi.. Itulah yang sering kita lupa, untuk menghayati perjuangan baginda, mengikuti sunnah baginda, mengingati baginda, mencintai baginda..

Dan, ingat Nabi bukan hanya pada maulidur rasul, atau hari Jumaat sahaja..bahkan usaha untuk tiap-tiap hari, berselawat pada Baginda, atau apabila kita mendengar nama baginda, walaupun sekali sehari. Lama-lama, apabila telah menjadi amalan, bolehlah upgrade (",) Upgrade dari segi memperbanyakkan selawat kepada baginda, dan kepada mengikuti sunnah baginda step by step. Sebagai contoh, contohi akhlak baginda dalam urusan kehidupan.

Alhamdulillah, ALLAH masih bagi kita masa untuk memperbaiki diri. Ayuh sama-sama kita mencintai ALLAH dan Rasul melebihi cinta kepada yang lain. Tanda cinta kepada ALLAH dan Nabi, kita buat perkara yang ALLAH suka, dan tidak buat perkara yang ALLAH murka.

Hadis Nabi:

Daripada Anas bin Malik r.a., bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman; sesiapa yang cintanya kepada ALLAH dan Rasul lebih daripada cintanya kepada yang lain; sesiapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana ALLAH(dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas ALLAH menyelamatkannya(daripada kekufuran), sebagaimana benci akan dicampakkan ke dalam api."
(Riwayat Muslim)


Sebelum ana menangguhkan kalam, ana nak promote novel terbaru dari Dr. Farhan Hadi, bertajuk Kutemu Cinta-NYA.



Wallahua'lam. Muhasabah diri, menjana produktiviti. InsyaALLAH, jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Moga bertemu dalam redhaNYA lagi, amin. Sebarang perkongsian, pembetulan, sangat dialu-alukan. Jazakumullah khoir! (Terima kasih semua!) ^_^

Salam Eidul Adha! ^_^

Waiting For Your Call - Irfan Makki

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh sahabat-sahabat! ^_^

Ermm, ana terdengar nasyid ini pagi tadi..di TV Al-Hijrah. Pada tarikh 6 November 2011, kita di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidil Adha..atau dikenali juga dengan Hari Raya Haji dan Hari Raya Korban. Aidul Adha adalah salah satu daripada hari raya bagi umat Islam, selain Aidul Fitri.

Mari kita duduk sebentar..menyingkap kembali sirah para nabi.

Jika kita menyebut tentang Aidul Fitri, ia adalah hari kemenangan kepada umat islam setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadahan, dan kejayaan kembali kepada fitrah.. Dan apabila kita menyebut tentang Aidul Adha, ia berkaitan ibadah korban..

Aidul Adha.. ia membawa ana mengimbas kembali kisah Nabi Ibrahim dengan Nabi Ismail 'Alaihissalam. Nabi Ibrahim bermimpi bahawa beliau menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Dan mimpi para Nabi merupakan wahyu dari ALLAH SWT. Mari kita hayati (tadabbur) kalimah ALLAH..


A102
Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar". (As-Saaffaat 37:102)


A103
Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami), (As-Saaffaat 37:103)


A104
Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim! (As-Saaffaat 37:104)


A105
"Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. (As-Saaffaat 37:105)


A106
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; (As-Saaffaat 37:106)


A107
Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; (As-Saaffaat 37:107)


A108
Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: (As-Saaffaat 37:108)


A109
"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)


Sahabat ana ada menulis sedikit tentang pengorbanan. Jika sahabat-sahabat sudi, jemputlah baca Nahnu Khalifatullah ~Pengorbanan~

Wallahua'lam, peringatan untuk diri ini jua.

InsyaALLAH, jumpa lagi sahabat-sahabat! ^_^

19th Ramadan..



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)

Entri ini, adalah sambungan untuk entri sebelum ini, 15th Ramadan (",) Macam diari pula, ehee~

Bulan Pengampunan

Sebenarnya, ana lebih kepada, hendak berkongsi apa yang ana dapat daripada ceramah yang ana hadiri. Ana kongsikan sebuah hadis di sini..

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharap reda Allah, maka dosa-dosa yang telah berlalu akan diampunkan. Sesiapa yang melaksanakan qiyam Ramadan atas dasar iman dan mengharap reda Allah, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan. Sesiapa yang melakukan qiyam Lailatulqadar atas dasar iman dan mengharap reda Allah, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ana nak highlight,
1) مَنْ صَامَ رَمَضَان- Sesiapa yang berpuasa Ramadan;
2) مَنْ قَامَ رَمَضَان - Sesiapa yang melaksanakan qiyam Ramadan;
3) مَنْ قَامَ لَيْلَةَ القَدْرِ - Sesiapa yang melakukan qiyam Lailatulqadar.

Ana belajar, waktu untuk qiamullail bermula selepas Isyak. Dan waktu untuk qiyam Ramadan? Bermula sejak solat terawih.. Maksudnya, nak menghidupkan malam-malam Ramadan, bukan terhad pada amalan-amalan qiamullail seperti solat tahajud, dan lain-lain, tetapi solat terawih juga dikira sebagai qiyam Ramadan! Apa lagi, ayuh kita rajin-rajinkan diri untuk solat sunat terawih! InsyaALLAH ^^, (solat Isyak dan Subuh jangan diabaikan dek kerana mengejar yang sunat, seimbangkan..)


Selain itu, komentar ana untuk solat sunat terawih (ini alasan ana pada diri ana supaya mujahadah diri untuk solat sunat terawih), solat terawih cuma di bulan Ramadan..means, kita cuma solat terawih untuk sebulan sahaja, jika nak dibandingkan dengan 11 bulan lain. Juga, ana terfikir.. jika ana tidak solat sunat terawih selepas solat Isyak, agak-agaknya ana isi masa ana dengan perkara apa selepas Isyak? Adakah perkara yang bermanfaat atau tidak? Jadi, insyaALLAH dengan kita solat terawih bersama imam, masa kita terisi dengan perkara yang berfaedah..dengan beribadah kepada-NYA.. Subhanallah.. =)

Apabila berlabuhnya siang hari pada 19.8.2011, kita akan memasuki 10 hari terakhir Ramadan.. Ada apa ye pada 10 malam terakhir Ramadan..?? Ya, na'am..malam yang sangat istimewa..eksklusif pada malam Ramadan je..iaitu?? Lailatulqadar.. atau malam al-Qadr. Allah berfirman mengenai lailatulqadar di dalam Al-Quran. Subhanallah..^^,

Maka, bermulalah sebuah pencarian..pencarian lailah Al-Qadr..mendirikan qiyam Lailatulqadar.. (",)

Tadarus atau Tilawah?


Baiklah, apa beza tadarus dan tilawah? Tilawah Al-Quran- Membaca Al-Quran secara bersendirian. Tadarus Al-Quran- Membaca Al-Quran bersama 2 orang atau lebih (untuk disemak bacaan itu oleh orang lain). Dan di dalam bulan Ramadan ini, kita sangat-sangat digalakkan untuk bertadarus, selain tilawah. Rasulullah sendiri bertadarus bersama malaikat Jibrail pada bulan Ramadan =)

"Nabi s.a.w. menceritakan bahawa Jibrail a.s. membacakan kepadanya al-Quran setiap tahun sekali pada bulan Ramadan, dan pada tahun kewafatan Baginda sebanyak dua kali." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Wallahua'lam. Mudah-mudahan kita masih boleh mengekalkan momentum yang ada, dan istiqamah insyaALLAH! ^_^ Amin.. Ingin sekali kembali kepada-NYA dengan jiwa yang bersih suci dan tenang.. (",)

15th Ramadan


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)

Ana terkesan dengan kata-kata seorang senior ana.. "Alhamdulillah, bersyukurlah kita kerana TERPILIH menjadi ahli kepada madrasah (sekolah) Ramadhan untuk tahun ini.."

Ya..di kalangan umat manusia yang kematian adalah satu kepastian, kita masih dibenarkan bernafas oleh ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang untuk menjalani kehidupan ini..kembara hidup sebagai hamba-NYA.. (",)

Dan sekarang, Ramadhan telah sampai ke pertengahannya.. Adakah amalan kita di kala ini sehebat amalan kita sewaktu awal Ramadhan dahulu? Adakah kita berusaha untuk istiqamah sehingga ke hari ini? Ayuh, marilah kita memanfaatkan setiap detik waktu kita dengan amalan-amalan yang disukai-NYA! ^^, Mudah-mudahan kita semakin dekat dan mesra dengan-NYA..

Subhanallah..kita juga bakal memasuki fasa 10 terakhir Ramadhan.. Di mana mengikut jumhur ulama', salah satu malamnya adalah lailah Al-Qadr.. Lailah Al-Qadr adalah lebih baik daripada 1000 bulan! (1000 bulan = 83 tahun 4 bulan).


Bismillah

A001
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (Al-Qadr 97:1)


A002
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (Al-Qadr 97:2)


A003
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (Al-Qadr 97:3)


A004
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (Al-Qadr 97:4)


A005
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (Al-Qadr 97:5)

Wallahua'lam. InsyaALLAH, hajat di hati, ana ingin menyambung entri ini lagi.. (",)

اللهم بلغنا رمضان



اَللَّهُمَّ بَلِّغْنَا رَمَضَان

Alhamdulillah..Alhamdulillah.. (bunyi tanda mesej masuk handphone)

"Salam! Nama saya Sya'ban. Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda tidak lama lagi bersama isterinya iaitu Rezeki dan kedua-dua anak mereka iaitu Sahur dan Iftar(berbuka puasa). Mereka juga akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat, Barakah dan Maghfirah. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Airlines. Hargailah mereka dan anda akan mendapat pahala yang berlipat ganda, insya-Allah. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak!"

Buat sahabat-sahabat samada yang pernah atau tidak pernah menerima sms ini, anggaplah ana hantar sms ini kepada kalian! ^_^

Semenjak di bulan Rejab lagi, ana dapat merasakan kemeriahan Ramadhan apabila ana berkunjung ke beberapa buah blog..sahabat-sahabat rasa begitu? =)

Pada 17 Julai yang lepas, bertempat di surau Akademi Pengajian Islam UM, ana dan sahabat-sahabat berpeluang mendengar pengisian daripada Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, berkaitan Ramadhan. Ana rasa rugi jika pengisian tersebut ana tidak sampaikan..apatah lagi diamalkan..

Point pertama yang ana dapat adalah, what you see is what you get! Bagaimana kita melihat Ramadhan, itulah yang kita akan dapat. Sebagai contoh, ada yang melihat/menganggap ramadhan sebagai medan kesihatan. Ada juga yang melihat Ramadhan sebagai peluang perniagaan/rezeki. Dan ada juga yang melihat Ramadhan sebagai medan untuk menambah pahala. Tetapi apa yang ingin ustaz tekankan adalah, bulan Ramadhan sebagai satu proses. Proses apa?

Ustaz berkongsi satu analogi.. Katalah kita nak buat kuih bahulu, perlu ada bahan-bahannya,cara nak buat/proses, dan akhir sekali adalah hasilnya..


A183
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2:183)

Ustaz hightlightkan perkataan;

Wahai orang-orang yang beriman! - iman diibaratkan sebagai bahan-bahan nak buat bahulu;
Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, -puasa sebagai cara nak buat/proses kuih bahulu;
supaya kamu bertaqwa. -taqwa sabagai kuih bahulu,yakni hasilnya..

Kalau bahan-bahannya baik, dengan cara proses yang betul, insyaALLAH akan terhasillah kuih bahulu yang sedap, cantik acuannya, dan menyelerakan.. Jikalau sebaliknya? Renung-renungkanlah..dan mari kita sama-sama amalkan dalam kehidupan insyaALLAH! (",)

Seterusnya, ustaz ulas tentang taqwa.. Ustaz datangkan analogi para sahabat iaitu perbualan antara Umar Al-Khattab dengan Ubay Bin Ka'ab r.a..

Ubay bin Ka’ab umpamanya, telah memberi satu analogi yang sangat jelas bila dia ditanya oleh Sayidina Umar r.a, apakah itu taqwa? Dia menjawab; “Pernahkah kamu melalui jalan berduri?” Umar menjawab; “Pernah!” Ubay menyambung, “Lalu apa yang kamu lakukan?” Umar menjawab; “Aku berhati-hati, waspada dan penuh keseriusan.” Maka Ubay berkata; “Maka demikian pulalah taqwa!” (ana rujuk Genta Rasa- Pesan Taqwa)

Ustaz menjelaskan beza antara muslim yang reaktif dengan muslim yang proaktif. Apa bezanya? Reaktif, dia bertindak pada rangsangan, yakni kalau gembira, dia gembira.. kalau marah, dia marah.. Tetapi jika proaktif, dia akan berfikir sebelum bertindak, sebelum mengekspresikan tindakannya..mengikut kesesuaian dan keadaan. Mana yang lebih baik? ^^

Puasa juga, mengajar kita upaya mengawal diri. Kita ada makanan, minuman, tapi kita memilih untuk tidak makan dan minum kerana mentaati perintah ALLAH =) Mengajar kita untuk mengatakan TIDAK pada sesetengah keinginan kita..kerana mentaati ALLAH! (",) Akhir sekali, ustaz memberikan kami assignment.. Wah, ada tugasan tu.. Begini, ustaz kata, bila kamu pergi ke Bazar Ramadhan, belilah makanan yang kamu nak (tapi jangan berlebih-lebih), kemudian, kamu nampak 1 makanan yang kamu suka sangat! Tetapi nak beli, kamu dah ada makanan.. Jadi, tahan diri kamu, dan pulanglah dengan membawa kekecewaan yang disengajakan! Bila kamu pergi ke Bazar Ramadhan lagi, buatlah tugasan itu lagi..insyaALLAH kamu akan dapati kamu mempunyai kawalan diri yang baik! ^_^

Ada banyak lagi yang ustaz kongsikan, tetapi ana terlupa..asifah ye. Sahabat-sahabat dijemput membaca salah satu buku ustaz Hasrizal yang bertajuk 'Transformasi Ramadhan'.



Ana pernah baca tulisan ustaz Zul Ramli, penulis buku 'U-Turn Ke Jalan Lurus' (ana sangat suka baca buku tersebut) di sebuah majalah Anis, ana sangat-sangat berharap dapat berkongsi dengan sahabat-sahabat tulisannya yang berkaitan tentang Ramadhan..sangat-sangat inspiring(bagi ana). Sahabat-sahabat bolehlah ikuti pengisiannya di Ramadhan- Pelampung Ajaib!

Wallahua'lam, moga bermanfaat untuk kita semua! =)
Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ramadhan dan Ikhlas =)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Hidup terasa bahagia walau dilanda ujian pabila hati kita TENANG..
Macam mana nak dapat hati yang tenang?

A028
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar-Ra'd 13:28)

Ana tertarik dengan kata-kata Hilal Asyraf di dalam bukunya, "Kita sering bertanya, apakah kedudukan kita di sisi ALLAH? Sebenarnya, kedudukan kita di sisi ALLAH adalah berdasarkan di mana kita letak ALLAH dalam kehidupan kita.." Adakah ALLAH yang tertinggi di dalam hati kita? Mari sama-sama memuhasabah diri.. =) Nak tau samada kita letakkan ALLAH yang tertinggi dalam kehidupan kita atau tak, lihat AMAL kita..

Cinta ALLAH, ikut Nabi SAW! =)


A031
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (A-li'Imraan 3:31)
A032
Katakanlah (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (A-li'Imraan 3:32)

Erm, tajuk di atas berkaitan dengan bulan Ramadhan kan? Alhamdulillah, semua dah tahu yang bulan Ramadhan bakal berlabuh lagi.. Selalu tak dengar orang tanya, "Dah bersedia untuk bulan Ramadhan kali ini?" Ana tak pasti apa jawapan anda.. Cuma, ana nak sentuh tentang ramadhan dan ikhlas.

Secara ringkasnya, berpuasa di bulan Ramadhan melatih kita untuk ikhlas. Apa kaitannya? Sahabat-sahabat boleh tolong jawabkan? Yang ana tahu, kita memilih untuk berpuasa di bulan Ramadhan kerana mentaati perintah ALLAH. Oleh itu, puasa mengajar kita untuk tidak makan dan minum di bulan puasa bukan kerana tiadanya makanan atau minuman untuk dijamah tetapi, kita tetap juga berpuasa kerana mentaati ALLAH.. Cantik kan islam ni? Setiap apa yang kita buat adalah kerana ALLAH.. untuk menggapai redha ALLAH.. =) Mari kita belajar untuk ikhlas dari sekarang! Dan ikhlas memerlukan pengorbanan..mujahadah..barulah terasa manisnya iman! =)

Tambahan sedikit, puasa mengajar kita untuk berkata TIDAK pada sesetengah keinginan kita..bermakna belajar untuk mengawal diri! Kerana mentaati perintah ALLAH.. =) ALLAH Maha Melihat, Maha Mengetahui..

Ana cadangkan, sahabat-sahabat jenguk link ini- Lautan Rabbani~ Ramadhan dan Secebis Tentangnya. InsyaALLAH moga kita beroleh pencerahan =)

Wallahua'lam, moga bermanfaat untuk diri ana dan kita semua =)
Ila mardhotillah, amin.

p/s: Ana ada ziarah sebuah blog sahabat ana, dan ana tertarik dengan vote berikut..

.::Bagaimana mahu memelihara hati agar sentiasa ikhlas?::.

Sentiasa bersifat tawadhu' dan niat melakukan sesuatu hanya kerana ALLAH

ALLAH - HE always be there ^^,

Judul : Always Be There
Album : thank you ALLAH
Munsyid : Maher Zain
http://liriknasyid.com


Allahuakbar… (x6)

If you ask me about love
And what I know about it
I’ll answer will be .....

It’s everything about Allah
The pure love to our soul
Who (have) created of you and me,
The heaven and whole universe
The One that made us hold and free
The Guardian of His True believers

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promises to you
He’ll always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promises to you
He’ll always be there

He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in our little heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you He’ll always be there ...

Could bring the sun from the darkness
Into the light
Subhanallah
Capable of everything
Should never feel afraid of anything
As long as we follow His guidance
All the way through a short time
We have in this life
Soon it’ll all be over
And we’ll be in His heaven
And we’ll all be fined

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promises to you
He’ll always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promises to you
He’ll always be there
He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in our little Heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you He’ll always be there

Allahuakbar(x12)



Sebenarnya, ana nak ingatkan diri, yang kita ini adalah hamba ALLAH..

A162
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
(Al-An'aam 6:162)

Moga setiap langkah kehidupan kita, adalah semata-mata kerana-NYA, dengan cara Nabi Muhammad SAW.. Ikhlas niat, azam, berusaha bersungguh-sungguh + doa + pergantungan harap hanya pada ALLAH, tawakkal dan seterusnya redha akan ketentuan-NYA sama ada baik atau buruk.. InsyaALLAH =)

Wallahua'lam, upgrade blog, upgrade iman!
~CINTA ALLAH & RASUL-NYA~

Tersentak!


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^

Ini kisah di suatu petang.. bersama keluarga di rumah.

Pada petang itu, ibu ana mengajak ana makan waffle yang ayah ana beli pada hari sebelumnya. Jadi, ana nak panaskan waffle dalam microwave.. (dah sejuk sebab simpan dalam peti ais),
Microwave di rumah ana ada masalah sedikit yakni, kalau kita nak panaskan lauk, microwave itu tidak akan berhenti..(timer microwave rosak) jadi, kami perlu tutup suis plug bila agak-agak lauk tu dah panas..

Dan waffle ni pula, tidak boleh dipanaskan lama-lama, nanti waffle tu jadi keras! (tak boleh nak digigit langsung, pengalaman ana..memang kami sekeluarga gelak masa tu)
Masa ana panaskan waffle tu..agak-agak nak tutup suis plug, tiba-tiba microwave tu berhenti!
Ana gembira sangat masa tu..lalu terus berkata kepada emak,
"Mak, microwave ni berhenti sendiri la!" ^^,

Ayah ana ada ketika itu,
"Mana boleh berhenti sendiri, DENGAN IZIN ALLAH," kata ayah.
Apabila mendengar sahaja kata-kata ayah itu, memang ana sangat-sangat tersentak!
Tersentak kerana memang benar kata-kata ayah itu..
Ana terdiam tidak berkata apa-apa..

Benar,seperti yang kita imani, segala-galanya berlaku dengan izin ALLAH.. Masa tu apa yang ana rasa, ana tahu yang segala perkara yang berlaku adalah dengan izin ALLAH, tetapi ana tidak mengamalkan apa yang ana tahu itu pada lisan dan amal.. Allah..

Muhasabah diri..mudah-mudahan coretan kisah ini membuka mata hati dan akal.. dalam mendekatkan diri kepada ALLAH dengan mematuhi syariat-NYA dan mengikuti sunnah Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, dan berakhlak dengan akhlak islamiyah kepada sesama manusia.. Hablum minallah wa hamblum minannas (jaga hubungan dengan ALLAH dan hubungan dengan manusia).

Wallahua'lam, wabillahi taufiq wal hidayah,
فِي اَمَانِ الله
-Dicatat pada: 27.5.2011-

Suka Hadis?


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^^,

كَيْفَ حَالُكَمْ ؟ كَيْفَ إِيْمَانُنَا ؟
Kalian apa khabar? Iman kita pula bagaimana khabarnya?
Ana,alhamdulillah sihat.. Iman? Tanyalah hati kita.. Mudah-mudahan hari ini lebih baik daripada semalam dan seterusnya..insyaALLAH yang terbaik kerana ALLAH! ^_^

Sahabat-sahabat suka hadis? Kalau jawapannya adalah ye! atau ya! atau na'am!, Alhamdulillah..(",)
Marilah kita beramal dengan Al-Quran dan As-Sunnah! (n_n)

Bila ana online, insyaALLAH antara blog yang ana akan lawati adalah Suka Hadis dan Koleksi Hadis Nabi & Penggerak Muslimin.
Apa kata sahabat-sahabat pun menjenguk ke sana?
Kalau yang dah pernah pergi ke dua buah blog itu, jom kita lihat entrinya yang terbaru! ^_~

Wallahua'lam, wabillahi taufiq wal hidayah,
ilal liqa' insyaALLAH.. (hingga ketemu lagi insyaALLAH).
~CINTA ALLAH & RASUL-NYA~

Akhirat dan Dunia

“Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai kerisauannya maka Allah SWT akan memperkayakan hatinya dan harta benda dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk dan hina dan sesiapa yang menjadikan dunia sebagai kerisauannya Allah SWT akan menjadikan kemiskinan terbayang-bayang di hadapannya dan dia akan diselubungi kesusahan. Dia tidak akan mendapat di dunia lebih daripada apa-apa yang telah ditakdirkan”.
Dipetik dari kitab at-Targhib, hadis riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi.

Wallahua'lam. Ambillah iktibar darinya.

Credit to cik nunaa. Jazakillah ya ukhti.

Indahnya Molekul Ais Ciptaan Allah SWT

Indahnya Molekul Ais Ciptaan Allah SWT


“(Begitulah) perbuatan Allah                                                                     yang membuat tiap-tiap sesuatu dengan kukuh”….

Adakah di antara Anda yang mengetahui apa lukisan dekoratif yang indah ini ? Sebahagian dari kita mungkin menyangka bahawa lukisan ini adalah hasil karya pelukis yang memang berbakat. Gambar ini bukanlah sebuah lukisan, melainkan salah satu ciptaan Allah Yang Maha Kuasa.

Gambar ini adalah bahagian kecil dari molekul ais yang dibesarkan ratusan kali ganda. Para ilmuan yang menemui reka bentuk  partikel ais yang sangat indah ini mengatakan, di dunia ini sejak awal penciptaan alam ini  sehingga sekarang ini tidak pernah ditemui dua partikel ais  yang menyamai diantara satu dengan yang lain. Setiap partikel ais berbeza reka bentuknya dari yang satu dengan yang lain, padahal semuanya terbentuk daripada sumber  air yang sama. Maha Suci Allah yang telah berfirman:

(صنع الله الذي أتقن كل شيء)! النمل 88

“(Begitulah) perbuatan Allah yang membuat tiap-tiap sesuatu dengan kukuh”
Dikirim dalam Indahnya Molekul Ais Ciptaan Allah SWT
Web-Web penting:
http://www.islamweb.net/flash/index.htm
Blog Buku Ahmad deedat dengan percuma:
http://www.al-maktabeh.com/403.html


http://peribadirasulullah.wordpress.com/islam-sains/#comment-2226-blog asal

subhanallah

http://www.youtube.com/watch?v=aexYsdCplMI&feature=player_embedded

2002 Duka Himpunan Kisah-Kisah Menyayat Hati (2)

Sambungan...

Kisah 3 : Anak Kecil Yang Takut Api Neraka

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil itu menangis maka dia pun berkata: "Wahai anak kecil, kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu. "Wahai pak cik, saya telah membaca ayat Al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam neraka."

Berkata orang tua itu. "Wahai anak, janganlah kamu takut sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam neraka."

Berkata anak kecil itu. "Wahai pak cik, pak cik adalah orang yang berakal, tidakkah pak cik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali mereka akan meletakkan ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka meletakkan kayu besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis: "Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

****************************************************************************

Sebelum ana mengakhiri kalam, ana nak kupas serba sedikit ttg sifat 'ZUHUD'.
Ingat lagi x post sebelum ini, ada kisah yg bertajuk 'Dermawan yang Zuhud' ?
Baiklah..


Erti zuhud:
Menjadikan dunia sebagai keperluan hidup yang sederhana kerana menghampirkan diri kepada ALLAH.


Dalil:

Firman Allah:

"Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan perdagangan dari mengingati ALLAH dan mendirikan sembahyang serta mengeluarkan zakat. Mereka takut pada suatu hari di mana hati dan penglihatan akan bergoncang" (Surah An-Nur, ayat 77)


عن أبي العباس سهل بن سعد الساعدي رضى الله عنه قال : جاء رجل اٍلى النّبيّ صلّى الله عليْه وسلّم فقال : يا رسول
الله! دلّنيْ على عمل اٍذا عملته أحبّنى الله وأحبّنى النّاس. فقال: ازْهدْ فى الدّنيا يحبّك الله وازْهدْ فيْما عنْد النّاس يحبّك النّاس
( حديث حسن, رواه ابن ماجّه وغيره)

Ertinya: Dari Abi al-'Abbas Sahil bin Sa'ad as-Saa'adi ra. katanya: Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: Ya Rasulullah! Tunjukkanlah kepadaku satu amalan yang apabila aku kerjakan, aku dikasihi oleh Allah dan manusia. Maka Rasulullah bersabda: Hendaklah zuhud pada dunia nescaya engkau dikasihi Allah dan engkau zuhud pada apa yang ada di sisi manusia nescaya engkau dikasihi oleh manusia.



Koleksi buku2 boleh dijadikan rujukan dan tauladan,insyaALLAH.

2002 Duka Himpunan Kisah-Kisah Menyayat Hati

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh sahabat2ku sekalian.
Di sini,ana ingin mencatit 2 buah cerita daripada tajuk buku di atas..
Tiba-tiba hati ini ingin menerima pengisian dalam bentuk cerita,yg boleh kita ambil ibrahnya,
moga kita sama2 dpt menghayati cerita2 ini dan diamalkan serta disampaikan kpd saudara islam yg lain,insyaALLAH.. (^_^)

Kisah 1 : MENAHAN LAPAR SEMALAMAN KERANA MENGHORMATI TETAMU

Seorang telah dtg menemui Rasulullah SAW dan telah m'ceritakan kpd baginda ttg kelaparan yg sedang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu Rasulullah SAW tidak mempunyai sesuatu apa makanan pun pd diri baginda mahu pun di rumahnya sendiri untuk diberikan kpd orang itu. Baginda kemudiannya b'tanya kpd para Sahabat :

"Adakah sesiapa di antara kamu yg sanggup melayani org ini sbg tetamunya pd malam ini bg pihak aku?"

Seorang dari kaum Ansar telah menyahut :

"Wahai Rasulullah SAW, saya sanggup melakukan spt kehendak tuan itu."

Orang Ansar itu pun telah membawa org tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kpd isterinya seraya berkata :

"Lihatlah bahawa org ini ialah tetamu Rasulullah SAW. Kita mesti melayannya dgn sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yg ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yg ada di dalam rumah kita."

Lalu isterinya menjawab :

"Demi Allah! Sebenarnya daku, tidak ada menyimpan sbrg makanan pun, yg ada cuma sedikit, itu pun hanya mencukupi utk makanan anak-anak kita di dalam rumah ini."

Orang Ansar itu pun berkata :

"Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makan kpd mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dgn tetamu ini di samping jamuan makanan yg cuma sedikit ini, dan ketika kami mulai makan engkau padamkanlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidak akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya."

Rancangan itu telah berjalan dgn lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata utk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dgn peristiwa ini Allah SWT telah berfirman yg bermaksud :

"Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekali pun mereka dalam kesusahan" (Al-Hasyr : 9)

Kisah 2 : DERMAWAN YANG ZUHUD

Diriwayatkan bahawa sahabat Rasulullah SAW iaitu Abu Bakar ra. telah mendermakan hartanya ke jalan Allah sebanyak 40,000 dinar dgn cara sembunyi dan mendermakan 40,000 dinar lagi dgn cara terang-terangan.

Abu Bakar Siddiq ra. telah membelanjakan semua hartanya ke jalan ALLAH sehingga tidak ada apa-apa dan beliau tidak pernah keluar dari rumah beliau selama 3 hari kerana sudah tidak ada lagi walaupun sehelai kain untuk dipakai.

Satu hari Rasulullah SAW telah pergi ke rumah Abu Bakar Siddiq, baginda telah melihat keadaan Abu Bakar Siddiq, maka baginda pun pergi ke rumah puterinya Siti Fatimah. Setelah menceritakan hal ttg Abu Bakar Siddiq ra. maka Siti Fatimah merasa sedih kerana ia juga tidak m'punyai apa-apa utk membantu Abu Bakar Siddiq ra.

Sewaktu perkahwinan Ali ra. dgn Fatimah, Rasulullah SAW telah mengundang Abu Bakar Siddiq ra, Umar ra, Utsman ra. dan Usamah ra. utk membawa perbekalan Fatimah ra. Antara barang-barang yg mereka bawakan ialah alat penggiling, alat penumbuk gandum, kulit yg disamak, sebuah bantal, sebuah kendi dan sebuah piring.

Apabila Abu Bakar ra. melihat barang2 ini maka beliau menangis lalu berkata: "Ya Rasulullah SAW, inikah perbekalan perkahwinan Fatimah?" Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Wahai Abu Bakar ini pun sudah cukup byk bagi orang yg masih ada di dunia."

Siti Fatimah keluar sbg pengantin dgn memakai pakaian dari bulu yg mana pakaian Siti Fatimah itu mempunyai tampal sebanyak 12 tampalan jahitan.

Setelah Rasulullah SAW keluar dari rumah Fatimah dgn resah, maka Fatimah pun mengambil bantal yg diberikan oleh Rasulullah SAW di hari perkahwinannya beserta dgn kain yg ditenun dgn tangannya sendiri,lalu diberikan kpd pembantunya supaya diserahkan kpd Abu Bakar Siddiq ra. dan memberikan sedikit pesanan.

Sebaik sahaja pembantunya sampai ke rumah Abu Bakar Siddiq maka ia pun menyampaikan pesanan yg dipesan oleh Siti Fatimah: "Sesungguhnya kami telah mengetahui apa-apa yg telah engkau lakukan terhadap hak-hak ayah(Rasulullah) dan sesungguhnya kami tidak mempunyai apa-apa kecuali sebuah bantal yg dihadiahkan oleh ayahku di hari perkahwinanku dan sehelai kain ini."

Setelah pembantu itu menyerahkan bantal dan kain tersebut maka Abu Bakar ra. pun segera memakai kain tersebut tanpa dijahit tetapi dilekatkan dgn duri-duri kurma supaya kain itu tidak tersingkap, ia berbuat demikian kerana beliau sgt rindu benar utk melihat baginda Rasulullah SAW, beliau berjalan menuju ke rumah Rasulullah SAW hanya dgn kaki yg tidak berkasut.

Setelah dia menziarahi Rasulullah SAW maka pada malam itu turunlah malaikat Jibrail menemui baginda Rasulullah SAW dgn berpakaian sama seperti yg dipakai oleh Abu Bakar ra.

Rasulullah SAW terkejut melihat akan keadaan Jibrail as. lalu berkata: "Wahai saudaraku Jibrail,aku belum pernah melihat kamu berpakaian begini sblm ini." Lalu berkata Jibrail as: "Wahai Rasulullah SAW, engkau melihat saya berpakaian seperti ini adalah sesungguhnya para malaikat di langit pun,berpakaian seperti ini juga, ini adalah kerana cinta mereka kpd Abu Bakar ra. dan untuk menyesuaikan dgn dia."

Berkata Jibrail as. lagi: "Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya Allah SWT mengirim salam kpd engkau dan berfirman pada engkau, katakan kpd Abu Bakar apakah dia rela kepada-KU sebagaimana AKU rela kepadanya."

Kemudian Rasulullah SAW memberitahu berita yg disampaikan oleh Jibrail as. kepada Abu Bakar ra. Sebaik saja beliau mendengar berita tersebut sambil menangis Abu Bakar berkata: "Ya Tuhanku,aku telah rela kepada-MU dan Engkau telah rela kepadaku," sebanyak 3 kali.

Begitulah kezuhudan dan sifat dermawan bersatu dalam diri Abu Bakar Siddiq sehingga menerima salam drpd Allah SWT.

***InsyaALLAH post kali ini akan bersambung dgn sebuah cerita lagi,bi iznillah***

Hati gelap

Petikan penulisan ummu anas(cth bukunya bangkitlah anak-anakku)..

Moga Allah tunjuki sebaik-baik perkataan untuk menghuraikannya.

Tentu kalian telah sedia maklum, maksiat adalah lawan taat. Kita bicarakan di ruang ini dalam sudut amalan kita terhadap Allah.
Setiap diri mukmin sewajarnya berhati-hati dalam setiap langkahnya agar tidak terperangkap di dalam melakukan maksiat.
Kerana maksiat akan memberi kesan buruk dalam kehidupan dan merosakkan segala amalan;
  1. Tidak beroleh ilmu bermanfaat.Ilmu adalah cahaya yang Allah SWT letakkan ke dalam hati. Sedangkan maksiat memadamkan sinar ilmu.Imam Malik pernah menasihatkan Imam Syafie:"Saya mengetahui Allah telah meletakkan cahaya dalam hatimu. Jangan engkau padamkan dengan kegelapan maksiat."
  2. Sukar beroleh rezeki yang berkat.Pada hakikatnya ketakwaan seorang hamba akan membawa kepada kemurahan rezekinya. Sedangkan meninggalkan takwa akan mendorong kepada kefakiran dan kemiskinan sebenar.
  3. Kerunsingan dan kesepian hati.Hati seorang yang melakukan maksiat tiada kedamaian . Dipenuhi kerunsingan dan keresahan. Walau tertompok harta kekayaan kepadanya, tetap juga dia gelisah dan tidak merasai kebahagiaan.
  4. Mendapat banyak kesulitan.Orang yang tidak bertakwa dan sentiasa melakukan maksiat akan berhadapan dengan pelbagai kesukaran dan kebuntuan dalam urusan hidupnya.
  5. Kegelapan hati.Perbandingan ini menggambarkan hatinya tertutup dari beroleh dan menerima pertunjuk ke jalan kebenaran. Jika ditunjuki jalan kebenaran, hatinya menolak dan terus ingkar.
  6. Melemahkan hati dan badan.Kekuatan diri mukmin terletak pada hatinya yang sihat dan disinari cahaya kebenaran.Sedangkan hati yang bermaksiat, gelap, rosak dan lemah. Dari itu anggota badan orang yang bermaksiat juga terjejas kekuatannya. Telah terbukti sekian lama diri yang gagah tapi hati bermaksiat tidak dapat mengalahkan diri kerdil yang teguh dan taat hatinya.
  7. Kehilangan taat.Dosa dan maksiat yang dilakukan menghalang diri dari terus taat. Sekiranya sudah tiada ketaatan, terputuslah jalan-jalan kebaikan dalam diri seseorang.
  8. Memendekkan umur dan mengikis keberkatan.Umur seseorang dikurangi dan menjadi pendek jika keberkatan hidupnya berkurangan. Keberkatan umur itu pula terletak pada hati yang sihat dan baik. Bermakna hati yang hidup, memberi hayat pada jasad. Jika hati mati, hidup jasad juga tidak membawa erti yang baik.
Sedapatnya hindarilah maksiat. Dan berlaku taatlah kepada Rabbmu, agar sentiasa disianari kebaikan seperti yang diucapkan oleh Abdullah bin Abbas:

"Sesungguhnya kebaikan itu memberi cahaya kepada wajah, sinar pada hati, kelapangan pada rezeki dan kekuatan pada badan. Serta kecintaan ramai orang terhadap dirinya. Ada pun maksiat dan perbuatan buruk memberi warna hitam pada wajah, kegelapan dalam hati, kelemahan badan,kekurangan rezeki dan rasa benci orang ramai kepadanya."

Sehubungan dengan hal ini, renungilah cebisan kisah berikut;

Seorang ulama sufi bernama Ibrahim Adham telah didatangi seorang lelaki yang terlalu lama melakukan berbagai-bagai maksiat yang berat. Lelaki itu mengadu kepada Ibrahim Adham, “Aku seorang pendosa yang sukar dan tak mungkin dapat keluar dari lembah maksiat. Ajarlah aku sesuatu yang boleh menyelamatkan dan memberhentikan aku dari lembah maksiat.”

Ibrahim Adham menjawab: “Kalau kamu boleh berpegang dengan lima perkara ini, nescaya kamu dijauhkan dari dosa dan maksiat":
  1. Jika akan melakukan maksiat, cari jalan Allah tidak melihatmu.
  2. Jika akan membuat dosa, jangan sesekali makan rezeki Allah.
  3. Jika masih berbuat dosa, jangan tinggal di bumi Allah lagi.
  4. Jika malaikat maut datang mencabut nyawa sebelum taubat,
  5. Tolaklah dia dan jangan biarkan nyawa kamu dicabut.
  6. Jika tiba-tiba malaikat maut mencabut nyawamu ketika melakukan dosa dan kemudian malaikat Malik akan memasukkan kamu ke neraka, mintalah hidup lagi untuk bertaubat menampal dosa.

Orang itu berubah wajah menjadi pucat, terlalu takut dan menginsafi dosa-dosanya. Sejak hari itu, orang-orang yang mengenalinya, mendapati lelaki itu menjadi ahli ibadah yang terhindar dari perbuatan-perbuatan dosa.

Sebagai kesimpulan, iman yang terisi di hati kalian perlu sentiasa disuburkan.
Ianya akan menjadi pengawal kuat dan umpama cahaya menerangi semua sudut hidup kita. Nanti dosa terpadam dan hati hilang gelapnya.
Lalu terbit sinar terang yang menyuluh pemiliknya menghayun langkah di jalan kebenaran. Hinggalah seterusnya terbit hubungan dan ikatan yang kuat dengan Allah.
Di sinilah bermula langkah kepada jalan menuju kebahagiaan hakiki yang makmuran hidup insan sejagat.


Wallahu’alam.
Ummu Anas
p/s:sape nk bace artikel dye..minx kat sye ye:) smoga bermanfaat:)