Showing posts with label FaTayaT MukMiNaT~. Show all posts

InGaTan PadA SahAbaT


Salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW
bernama Al-Qamah ada berpesan kepada
anaknya dan sekali gus memberi garis
panduan mengenai ciri-ciri sahabat yang
baik. 

Kata Al-Qamah: #8220;Wahai anak ku,
kiranya kamu berasakan perlu bersahabat
dengan seseorang, maka hendaklah kamu
pilih orang yang bersifat:

1.Dia akan membalas baik jika kamu
rapat dengannya. 

2.Dia akan berusaha menolong kamu jika
kamu bermasalah. 

3.Dia akan memelihara dan melindungi
kamu jika kamu berbuat bakti kepadanya. 

4.Dia akan melindungi kamu jika dia
melihat sesuatu yang tidak baik pada
diri kamu. 

5.Setiap kebaikan yang kamu hulurkan
akan dihargai dan dibalas, malah dia
akan menyebut kebaikan itu.


Moga ukhuwah ini terus diredhaiNya^^


6.Dia akan cuba meringankan beban kamu
jika kamu ditimpa bencana dan berusaha
menghindarinya. 

7.Dia akan membantu kamu menjayakan
setiap perancangan kerja kamu. 

8.Dia akan mengalah jika berlaku
perselisihan faham demi menjaga
persahabatan. 

9.Jika kamu mempunyai masalah tetapi
tidak memberitahunya, dia akan berusaha
untuk mengetahui dan memahaminya lalu
diberikan pertolongan. 

10.Jika kamu berkata sesuatu kepadanya
dia sentiasa mengiakannya. 


Sungguhpun begitu, kita boleh bersama-sama 
berusaha menjadi
individu yang memiliki sifat-sifat
di atas. Semoga persahabatan dan
persaudaraan sesama kita sentiasa
berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah
Islamiah(n_n)

mengenang memori semalam^_^

11 Januari 2011

Assalamualaikum shbt2 mukminat sekalian..
InsyaALLAH kita akan berkumpul lagi di dalam taman2 syurga..(majlis yg mengingati ALLAH).

Fatayat mukminat utk minggu ini,

Tarikh : 11/1/2011 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Musolla

Pentazkirahnya..

Aqidah/Ibadah/Akhlak - Rozeeda
Isu Semasa/Sirah - Afiqah Matnor
Wanita/Potret Mujahidah - Nurfahana

Shbt2 yakin kan yg sebaik2 perancang itu hanyalah ALLAH SWT..kan? Saya dimaklumkan yg afiqah matnor dan 6 org lagi shbt xdpt hadir..

Akhir kalam,jgn lupa ye bawa buku 'Piawaian Hijab'.. Klu x dibincangkan dalam fatayat mukminat pun,bacalah utk diamalkan ye sahabat2 yg dikasihi krn ALLAH.. Hidup kita ini hanyalah semata2 utk ALLAH,krn ALLAH..
"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk ALLAH, Tuhan Seluruh Alam" (Al-An'am : ayat 162)

Wallahua'lam. ~CINTA ALLAH & RASUL-NYA~

4 Januari 2011

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.

InsyaALLAH,kita akan meneruskan agenda Fatayat Mukminat,jika tiada aral melintang..
yang bermatlamatkan redha ILAHI semata-mata,ameen..

Tarikh : 4/1/2011 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Musolla muslimat

Pentazkirah2nya..(alhamdulillah)

Aqidah/Ibadah/Akhlak - Aimilea
Isu Semasa/Sirah - Wan Nur Syamimi
Wanita /Potret Mujahidah - Rahmah

Jazakumullah atas kerjasama antunna sekalian.. Moga ALLAH redha ^_^
p/s : Jgn lupa ye bawa buku 'Piawaian Hijab'

21 Disember 2010

Assalamualaikum w.b.t. sahabat2 mukminat sekalian..
Klu ana menulis ni,insyaALLAH semua dah tahu kan sebab apa? (^_^)

Baiklah,Fatayat Mukminat seterusnya utk makluman dan tindakan kita semua..

Tarikh : 21 Disember 2010
Masa : 8.30 pagi dah start tau..bukan baru berkumpul..peringatan utk diri ana jugak!
Tempat : Musolla muslimat

Nama2 pentazkirah yg bertuah..

Aqidah/Ibadah/Akhlak -Naquibah
Isu Semasa/Sirah - Atiqah Zulkifli
Wanita/Potret Mujahidah - Atikhah Abu Bakar

Dan x lupa juga..buku 'Piawaian Hijab' utk panduan kita
semua,insyaALLAH..ILA MARDHOTILLAH!

'Ala kulli hal,syukran kathir wa asifah. ~CINTA ALLAH & RASUL-NYA~




14 Disember 2010

Bismillahirrahmanirrahim.
Fatayat Mukminat berikutnya..

Tarikh : 14 Disember 2010 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bangku coklat di dtrn blok B (klu cuaca cerah); musolla (klu cuaca mendung)

Nama2 pentazkirahnya..

Aqidah/Ibadah/Akhlak - Ili Nabilah
Isu Semasa/Sirah - Hani Husniani
Wanita/Potret Mujahidah - Norshahida

PERHATIAN!
Spt biasa,antunna dikehendaki membawa buku 'Piawaian Hijab' dalam memperkukuh kefahaman kita,ameen..

'Ala kulli hal,syukran kathir wa asifah. ~CINTA ALLAH DAN RASUL-NYA~

10 Disember

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang =)

Fatayat Mukminat utk minggu ke-5 pembelajaran di apiumnp akan diteruskan..ila mardhotillah pastinya matlamat kita,ok? Ikhlaskan hati,sama2 kita mendekatkan diri kita kpd Allah.

Tarikh : 10/12/2010 (Jumaat)
Masa : 8.30 am
Tempat : Masjid Kampung Laut

Nama2 pentazkirah,harap bersedia;

Aqidah/Ibadah/Akhlak - Syuhadiah
Isu Semasa/Sirah - Noraziah
Wanita/Potret Mujahidah - Aimilea

PERHATIAN!
Buat makluman dan tindakan antunna,sila bawa buku 'Piawaian Hijab' utk dibedah bg manfaat kita bersama,insyaALLAH.

Jazakumullah atas keprihatinan antunna dalam memberi rohani kita makanannya,ameen.

Nama Pentazkirah

Fatayat Mukminat berikutnya,bertarikh 30 nov 2010:

Aqidah/Ibadah/Akhlak -Izzah Farhanah
Isu Semasa/Sirah -Noraziah a.k.a azie
Wanita/Potret Mujahidah -Aimilea

Jazakumullah..

SURAT CINTA dari Allah SWT


Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan

berharap engkau akan berbicara kepada KU, walaupun

hanya sepatah kata meminta pendapatKU atau bersyukur

kepada KU atas sesuatu hal yang indah yang terjadi
dalam hidupmu hari ini atau kemarin ......

Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan
diri untuk pergi bekerja .......

AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap, AKU
tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan
menyapaKU, tetapi engkau terlalu sibuk .........

Disatu tempat, engkau duduk disebuah kursi selama lima
belas menit tanpa melakukan apapun. Kemudian AKU
Melihat engkau menggerakkan kakimu. AKU berfikir
engkau akan berbicara kepadaKU tetapi engkau berlari
ke telephone dan menghubungi seorang teman untuk
mendengarkan kabar terbaru.

AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan AKU
menanti dengan sabar sepanjang hari. Dengan semua
kegiatanmu AKU berfikir engkau terlalu sibuk
mengucapkan sesuatu kepadaKU.

Sebelum makan siang AKU melihatmu memandang
sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara
kepadaKU, itulah sebabnya mengapa engkau tidak
menundukkan kepalamu. Engkau memandang tiga atau empat
meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu berbicara
dan menyebut namaKU dengan lembut sebelum menyantap
rizki yang AKU berikan, tetapi engkau tidak
melakukannya .......

masih ada waktu yang tersisa dan AKU berharap engkau
akan berbicara kepadaKU, meskipun saat engkau pulang
kerumah kelihatannya seakan-akan banyak hal yang harus
kau kerjakan.

Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV, engkau
menghabiskan banyak waktu setiap hari didepannya,
tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati acara yg
ditampilkan. Kembali AKU menanti dengan sabar saat
engkau menonton TV dan menikmati makananmu tetapi
kembali kau tidak berbicara kepadaKU .........

Saat tidur, KU fikir kau merasa terlalu lelah. Setelah
mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, kau
melompat ketempat tidur dan tertidur tanpa sepatahpun
namaKU, kau sebut. Engkau menyedari bahwa AKU selalu
hadir untukmu.

AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari.
AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar
terhadap orang lain. AKU sangat menyayangimu, setiap
hari AKU menantikan sepatah kata, do'a, fikiran atau
syukur dari hatimu.

Keesokan harinya ...... engkau bangun kembali dan
kembali AKU menanti dengan penuh kasih bahwa hari ini
kau akan memberiku sedikit waktu untuk menyapaKU
........ Tapi yang KU tunggu ........ tak kunjung tiba
........ tak juga kau menyapaKU.

Subuh ........ Zuhur ....... Asar .......... Maghrib
......... Isya' dan Subuh kembali, kau masih
mengacuhkan AKU ..... tak ada sepatah kata, tak ada
seucap do'a, dan tak ada rasa, tak ada harapan dan
keinginan untuk bersujud kepadaKU ..........

Apa salahKU padamu ....... wahai UmmatKU????? Rezeki
yang KU limpahkan, kesihatan yang KU berikan, harta
yang KU relakan, makanan yang KU hidangkan, anak-anak
yang KUrahmatkan, apakah hal itu tidak membuatmu ingat
kepadaKU ............ !!!!!!! Percayalah AKU selalu
mengasihimu, dan AKU tetap berharap suatu saat engkau
akan menyapa KU, memohon perlindungan KU, bersujud
menghadap KU ...... Yang selalu menyertaimu setiap
saat .........



Fatayat Mukminat is start to begin!


Alhamdulillah,penuntut2 apiumnp semester 2 dan 4 bg sesi 2010/2011 telah bermula sejak 7 nov yg lepas.. Memulakan semester baru dgn perasaan berkobar-kobar dan berdebar-debar,x gitu? ^_^
Sebelum ana menjelaskan tujuan ana menulis post ini,ana terlebih dahulu ingin memperkenalkan kpd muslimat majmuah 9 khususnya,exco dakwah dan kerohanian majmuah 9 di bawah seliaan mas'ulah baru kita,Fadzlina bt Aziz...
  1. Nurul Munirah Binti Munir
  2. Izzah Farhanah Binti Musa a.k.a Farah
  3. Nor Suliana Binti Mustafa
  4. Aimilea Binti Taim

InsyaAllah,jika kalian mempunyai apa2 masalah atau cadangan berkaitan bidang tugas kami ini,bolehlah disalurkan kepada salah seorang yg disebutkan di atas.. Pemberitahuan ini hanyalah buat pengetahuan antunna sekalian, harap sama2 mendapat manfaatnya,=]

Dan spt mana yg diketahui muslimat maj 9,Fatayat Mukminat adalah salah satu agenda di bwh seliaan exco dakwah dan kerohanian. Oleh itu,kami rasa bertanggungjawab utk membuat yg terbaik bg kebaikan kita bersama,kebaikan dan kebahagiaan yg hakiki fiddunya wal akhirat,ameen..

يسرني أن أقول نبدأ "فتيات المؤمنات" في هذا الأسبوع , يوم الثلاثاء , 23 نوفمبر , ان شاء الله Setelah ana mengumpul pendapat mengenai segmen2 di dalam fatayat mukminat,sama ada nak dikekalkan atau dibuat pembaharuan,ana memutuskan utk mengekalkan segmen2 yg sedia ada,kerana tajuk2 yg sedia ada ini merangkumi semua aspek,insyaAllah. Spt mana yg telah kita sepakati,fatayat mukminat adalah pada stp hari selasa,8.30 pagi.. dan tempat? Tak ditentukan secara spesifik.. Ada siapa2 yg mempunyai cdgn nak buat di mana utk minggu ni? Hari Selasa,23 Nov ini..

Jadual bg yg akan mengisi fatayat mukminat ini,ana x siap lagi. Tp ana akan sertakan nama2 yg akan menyampaikan pengisian bg hr selasa ini iaitu pada 23 nov ini.. InsyaAllah,ana bercadang utk menyiarkan nama2 yg akan menyampaikan tazkirah dlm fatayat mukminat di blog ini stp minggu,jika berkesempatan,selain menyediakn jadual secara manual.

  1. Aqidah/Ibadah/Akhlak -Fatimah Hanun

  2. Isu Semasa/Sirah -Mazni

  3. Wanita/Potret Mujahidah- Afiqah Matnor

Utk pengetahuan,ana menggunakan sistem undian bg menentukan giliran pentazkirah. Ana asifah 'ala kulli hal. Wallahua'lam =)

LaGu FataYaT MukmiNaT: RemaJa IsLam BanGkiTLaH!

Remaja Islam Bangkitlah
Album : fatayat mukminat


Seruan mulia terdengar
Menyeru kalian remaja islam
Tinggalkan kotor hidup jahiliyah
Sambutlaaah...
Bersih hidup dalam naungan tata dan syariah
Pribadi remaja nan tegar
Perkuat iman hadapi zaman
Mulia remaja bersama islam
Sambutlaah..
Bersih hidup dalam naungan tata dan syariah

reff.1..
Jangan ikuti gaya hidup jahiliyah
Merosak raga jiwa serta agama
Merosak pribadi keluarga negara
Ayuh luruskan dengan islam
Citra remaja islam agung nan mulia
Kuat aqidah patuh terapkan syariah
Bersama berdakwah merindukan khilafah
Ayuh bangkitlah remaja islam 2x

nanana.. nanana..

*lagu tema bagi liqa' fatayat mukminat kita.. insyaallah cuba hayati, dan hafal.. moga Allah merahmati kita semua..

iSLaM mEnGaNgKaT daRjaT waNiTa

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

untuk permulaan.. fatayat mukminat yang diilhamkan oleh saudari farhana al-shaqina ini membawa maksud remaja-remaja perempuan yang beriman. peranan blog ni sebagai wasilah dan medium untuk kita berkongsi idea dan ilmu yang berkaitan dengan kehidupan seharian sebagai seorang muslim. medium ini tidak terhad kepada ahli fatayat mukminat sahaja, tetapi juga saudara seislam yang lain. oleh itu, sama-sama lah kita mengambil ibrah dan menambah kepada apa yang kurang disamping tujuan kita menuju redha Allah. InsyaAllah..

tajuk permulaan bagi post2 yang lain-lain ialah berkaitan dengan wanita  hal ini diberi penekanan kerana pengetahuan orang ramai mengenai darjat wanita seringkali diabaikan. tetapi Islam telah mengangkat darjat wanita disisi agama setinggi dan setaraf dengan lelaki dan wanita juga tidak lagi ditindas seperti zaman jahiliyah yang mana wanita-wanita golongan tersebut langsung tidak memberi nilai kepada mereka.


terdapat 4 point utama di sini yang mana islam telah mengangkat darjat wanita disisi agama:
1) mengutamakan ibu atas bapa
* seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?" Baginda menjawab, "Ibumu!" Lelaki itu terus bertanya, "kemudian siapa?" Nabi s.a.w menjawab, "Ibumu!" lelaki itu bertanya lagi,"kemudian siapa?" Nabi s.a.w menjawab,"Ibumu!" sekali lagi dia bertanya, "kemudian siapa?" Nabi s.a.w menjawab."Ayahmu!" (Riwayat al-bukhari dan Muslim)
2) anak perempuan menjadi penyelamat di akhirat
* "sesiapa yang menanggung dua anak perempuan, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi tirai pencegah baginya daripada api neraka." (Riwayat al-Bukhari) begitu juga bagi mereka yang mempunyai seorang atau lebih anak perempuan.
3)amal soleh wanita diiktiraf oleh Allah sebagaimana amal soleh lelaki diiktiraf
* "sesiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun." (Surah al-Nisa' 6:124)
4) hak wanita diiktiraf
* Umar al-Khattab r.a, berkata, "pada zaman jahiliyah kami tidak menghargai wanita walau sedikit pon. tetapi tatkala Islam datang dan Allah menyebut-nyebut tentang mereka, barulah kami sedar bahawa mereka mempunyai hak ke atas kami."
oleh itu, buka mata, buka minda.. Allah telah meninggikan darjat kita, oleh itu, jangan lah kita sendiri merendahkan darjat kita di mata orang lain..
wallahu'alam [^_^]