Showing posts with label BuLeTiN FaTaYaT. Show all posts

Jadilah Bidadari Dunia dan Akhirat! ^_~

Salam 'alaikum pencinta2 ALLAH sekalian.

Haa, tgk tajuk di atas tu, apa yg terlintas di fikiran sahabat2?
Mcm pelik je.. Bukan ke yg selama ni kita tahu, para lelaki sering dijanjikan ALLAH akan mendapat bidadari yang cantik di syurga nanti?

“Sesungguhnya orang-orang bertakwa berada di tempat yang aman. Di dalam taman-taman dan mata air-mata air. Mereka memakai sutera halus dan sutera tebal (duduk) berhadap-hadapan.
Demikianlah dan Kami jodohkan mereka kepada bidadari-bidadari bermata jeli”.
(QS. Ad-Dukhan 51-54)

Lalu, bagaimana dgn wanita?


Selalunya kita akan memikirkan "lalu bagaimana dgn wanita?", akan tetapi..

Pernahkah terlintas dalam hatimu ya ukhti, saudariku muslimah untuk menjadi bidadari di dunia dan di akhirat nanti?. Pernahkah kau membayangkan betapa cantik dan anggunnya ia, menjadi incaran dan simpanan hamba-hamba Allah yang soleh dan bertakwa. Pernahkah engkau mengangankannya? Pernahkah engkau mengimpikannya? Tidakkah hatimu tergerak untuk segera meraihnya? Sesungguhnya bidadari dunia adalah para wanita yang solehah, memurnikan ibadah hanya untuk-Nya semata, hatinya selalu takut dan terikat dengan Rabb-Nya, mentaati-Nya dalam keadaan sendirian ataupun di hadapan manusia. Sosok yang merindukan keredhaan Allah dan Rasul-Nya.

Wanita-wanita syurga disebut sebagai bidadari. Ia terbahagi dua iaitu bidadari yang Allah SWT ciptakan langsung sebagai bidadari (sudah ditempatkan di syurga) dan wanita-wanita mukmin yang ada di bumi (yang kelak bila masuk syurga menjadi bidadari).

Dalam buku Tamasya ke Surga, Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah menulis, bidadari-bidadari itu adalah wanita suci yang menyenangkan dipandang mata, menyejukkan dilihat dan menenteramkan hati setiap pemiliknya. Rupanya cantik jelita, kulitnya mulus. Ia memiliki akhlak yang paling baik, perawan, kaya akan cinta, dan umurnya sebaya.

Dalam surat Ar-Rahman:ayat 16, Allah berfirman :
“Di dalam surga itu terdapat bidadari-bidadari yang sopan menundukan pandangannya. Tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka. Tidak pula oleh jin”.

Lalu, siapakah orang yang akan sangat beruntung mendapatkannya? Siapa lagi kalau bukan orang-orang yang syahid kerana berjihad di jalan Allah, orang-orang yang tulus dan ikhlas membela agama Allah.

Seiring dengan datangnya Islam ke bumi sebagai rahmatan lil’alamiin, turun juga bidadari-bidadari, ia wujud sebagai manusia yang berhati lembut, menyenangkan dan menyejukkan bila dipandang mata serta menenteramkan hati setiap pemiliknya.
Dialah wanita solehah yang menjaga kesucian dirinya. Allah telah menetapkan beberapa wanita mulia sebagai penghuni surga & penghulu (pemimpin) para bidadari.

Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).

Subhanallah…..

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku, seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan .Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32). “Lantas apa lagi ayah?” sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi. Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.


Setelah itu si anak bertanya, ”Siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampu dan layakkah saya ayah?”.
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata, ”Pelajarilah mereka! Supaya kamu berjaya nanti. INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak, malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu , puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(riwayat Al Bazzar)

ALLAHU AKBAR.. Kita pun boleh jadi bidadari..:)bidadari di syurga dan di akhirat.. Redha ALLAH itu pastinya..

Wanita2 mukminat juga lebih cantik daripada bidadari syurga! Nak tau mcm mana boleh jadi begitu? Ikuti kisahnye di link berikut.. http://smileana.blogspot.com/2010/12/wanita-wanita-mukminat-lebih-cantik.html Klu cita panjang2, nanti xlarat pula nak baca, ^_~

~CINTA ALLAH & RASUL-NYA~

Sumber:

http://rolasvolt.wordpress.com/2010/07/16/bidadari-surga-dan-wanita/
http://assunnahsurabaya.wordpress.com/2007/11/21/menjadi-bidadari-dunia-dan-akhirat/
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1558

القلب


Selamat pagi para penghuni syurga sekalian...
topik pada hari ini adalah HATI..
Ana sering tertanya-tanya pada diri sendiri mahupun pada kawan-kawan..
dimana sebenarnya hati???
adakah dijantung?
atau hati itu...hati yang kita belajar dalam science yg dikenali 'liver'

betul ke hati terletak di situ?
tapi kenapa...bila bercakap pasal hati...
tangan sentiasa kita letakkan pada dada???
....................................???

HATI..

setujukah anda kalau ana mengatakan bahawa HATI terbahagi kepada 4 bilik
'heart is divided into 4 chambers'
1/4 of the chamber is for PARENTS
1/4 is for HUSBAND or WIFE
2/4 is for RASULULLAH...
tapi....terdapat lagi kekurangan dalam hati kita...
dimana cinta ALLAH yang kita simpan untuknya...?

ketahuilah...cinta ALLAH itu tiada pembahagiannya...
ALLAH memerlukan keseluruhan hati kita untuknya..
Andai kita mencintai kedua ibu bapa kita...
cintailah mereka kerana Allah..
Andai kita mencintai seseorang yang kita cintai..
cintailah dirinya kerana Allah...
dan cinta Rasulullah itu yang terutamanya...
cinta kepada Rasulullah bererti cinta kita kepada Allah...

Namun...fenomena yang berlaku sekarang...
kita lebih cintai manusia lebih dari segala-galanya...
sehingga kita lupa tentang cinta kita terhadap kedua ibu bapa,
Rasulullah,mahupun terhadap Allah...nauzubillah....



Namun,ana begitu hairan...
jika ditanya....''jalan mana yang kamu pilih? syurga atau neraka?''
sudah semestinya kita akan menjawab ''syurga''
walhal selama ini...adakah yang kita lakukan selama ini adalah jalan yang membawa kita ke syurga??
fikir-fikirkanlah!...

Bercakap mengenai hati tadi..
semestinya hati itu memiliki kunci..

dan apa kunci tersebut???
milik siapakah kunci itu???
Ibarat sebuah rumah...rumah tanpa kunci...
agak sukar untuk kita dapat masuk ke dalam rumah tersebut...
dan kunci itu berkuasa membuka pintu rumah atau mengunci rumah tersebut..
begitu juga dengan hati..
sesungguhnya yg memiliki kunci hati itu hanyalah Allah...
Allah berhak membuka dan menutup hati sesiapa yang Dia kehendaki...
rumah kita...apabila didatangi seseorang yg kita tidak kenali...
apakah kita membenarkan ia masuk sesuka hati???
tak...takkan bukan...selagi kita tidak mendapat izin untuk membenarkan ia masuk..
begitu juga dengan hati...jika apa yg kita cintai..bukan kerana Allah...jadi kita izinkan 'beliau' masuk kedalam hati kita...
apa kata pemilik hati tersebut..?
kerana diberi masuk tanpa izin-Nya????
tepuk dada tanya iman!...istighfarlah kita....

* semua ini tidak merujuk kepada mana-mana kitab...cuma sekadar nukilan sebagai renungan...
andai nukilan ini didorong oleh nafsu...perbetulkanlah...sebenarnya misi utama hanyalah untuk MENCARI REDHA-NYA.

' Yang Baik Jadikan Teladan,Yang Buruk Jadikan Sempadan'



sabda Nabi '' jika buruk segumpal darah itu,maka buruklah seluruhnya,jika baik segumpal darah itu,maka baiklah seluruhnya,dan ketahuilah segumpal darah itu adalah HATI''

BuLetiN hArI iNi

Berita semasa: oleh  - mazni



bah (banjir): teempat famous yg selalunya banjir

  • paras sungai golok (sempadan thailand dan kelantan) 10.82 meter
  • kedah- kawasan rendah dan rata
sekarang ini terdapat banyak bencana yang telah berlaku sama ada dalam negara atau luar negara. cuba kita kaitkan dengan masyarakat kita pada hari ini. Yang menjadi masalah,bukan pada istilah masyarakat tu... tetapi apa yang telah berlaku dalam masyarakat kita.. Perhatikan...betapa banyak maksiat yang dilakukan oleh diri kita sendiri. Mungkin ini adalah satu amaran dari Allah terhadap hambanya supaya bartaubat dan jauhkan diri dari perkara-perkara yang dilarang.....wallahutaala a'lam...


Wanita : oleh Afiqah


 Wanita menurut pelbagai agama dan bangsa:

1. YUNANI
Kedudukan wanita pada masa ini hanyalah sebagai budak suruhan dan pelayan. Wanita bebas dalam arus syahwat dan nafsu hewani dengan menjadi pelacur. Akhirnya mereka mendapat tempat yang tinggi dan mulia di mana dibuat dongeng menjadi 'Dewa Cinta.' Mereka memandang rendah pada hubungan suami isteri hingga mereka bebas memilih lelaki yang ingin digaulinya secara terang-terangan tanpa perkahwinan.
2. ROMAWI
Lelaki mempunyai hak sepenuhnya terhadap isterinya hingga tahap berhak membunuh isterinya sendiri. Akhirnya para wanita pada zaman ini berani menyeret lelaki ke dalam arus perbuatan keji dan dosa. Mereka memandang baik tentang novel-novel porno. Urusan cerai menjadi sesuatu yang mudah hingga wanita zaman ini pernah menikah dengan lelaki sebanyak bilangan umurnya tanpa rasa beban dan malu. 
3. PARSI
Undang-undang pada masa ini menzalimi hak wanita dan menimpakan hukuman yang berat walaupun kesalahannya ringan. Hukumannya berbentuk sembelihan yang sangat kejam. Perempuan yang haid akan diusir dari tempatnya jauh dari kota dan tidak dibenarkan berhubungan dengan mereka. Lelaki pula bebas dengan hawa nafsunya dan dianggap raja semata-mata kerana dia seorang lelaki.
4. CINA
Masayarakat Cina dahulunya hidup dalam kerosakan dan kebinatangan. Mereka berzina tanpa rasa malu, sehingga banyak anak-anak yang dilahirkan tanpa diketahui siapa bapanya. Kaum wanita hanya menunggu perintah tanpa menolak . Anak perempuan tidak dapat mewarisi harta bapanya walaupun sedikit. Wanita dianggap racun yang merosak kebahagian dan harta keluarga.
5. INDIA
Wanita dianggap sebagai budak suruhan bagi ayah,suami dan anak-anaknya. Wanita dianggap sumber kesalahan dan penyebab kemunduran akhlak dan mental. Wanita diharamkan dalam hak-hak pemerintahan dan warisan. Wanitanya tidak diberi hak hidup setelah suaminya mati sehingga dia harus mati dihari kematian suaminya dan dibakar hidup-hidup dalam satu tempat pembakaran.
6.YAHUDI
Wanita pada masa ini makhluk yang rendah dan hina ibarat barang tak berharga yang dapat dibeli di pasar-pasar. Mereka menuduh wanitalah salah satu pintu jahannam dan membawa kepada dosa. Mereka beranggapan wanita laknat kerana telah menggoda Adam. Wanita dalam haid dianggap najis dan dilarang memasuki rumah. Wanita disetubuhi sebagai satu upacara ibadah yang suci dan zina dianggap sebagai bentuk taqarrub diri kepada tuhan mereka.
7. NASRANI
Menganggap wanita sebagai biang kemaksiatan,akar kejahatan dan dosa, mala petaka bagi keluarga dan rumahtangga serta membawa musibah. Bersetubuh dengan wanita adalah najis walaupun telah bernikah sehingga memandang bahawa hidup sebagai biarawati ( tidak kahwin) adalah tanda luhirnya akhlak seseorang. Cerai tidak dibenarkan dalam agama mereka sekalipun sudah sampai tahap saling membenci dan berjauhan antara suami isteri. Maka terjadilah peluang saling mengkhianati antara suami isteri tersebut.
8. ARAB JAHILIYYAH
Lelaki boleh menyerahkan isterinya kepada orang lain. Sekumpulan lelaki boleh menggauli seorang perempuan.Semua ini bertujuan semata-mata untuk mendapatkan anak berketurunan bangsawan. Marah dan kecewa jika mendapat anak perempuan seakan-akan ditimpa musibah maka anak tersebut akan dikuburkan hidup-hidup. Ini bertujuan untuk menjaga kehormatan dan takut mendapat aib kerana mereka adalah ahli tempur dan perang. Mereka akan mendapai aib dan hina jika menyerahkan anak-anak perempuan mereka untuk menebus tawanan perang
9. ISLAM
Siapa tidak pernah mendengar kisah Saidatina Khadijah, sayyidah wanita sedunia pada zamannya. Saidatina Aisyah isteri dan penghulu anak-anak Adam, guru bagi kaum lelaki. Hafshah, wanita penjaga Al-Quran.Ummu Salamah, mujahidah pertama memasuki Madinah. Zainab Binti Jahsy, Ummahatul Mukminin termulia dalam hal wali. Zainab Al-Kubra penebus suaminya. Fatimah Az-Zahra, Ummul Mukminin dan sayyidah wanita seluruh alam pada zamannya.
KESIMPULAN
Istimewanya kau wanita dalam agamamu. Kita tidak akan kenal nama-nama wanita terkenal di atas dalam mana-mana lipatan sejarah sekalipun kecuali dalam sirah Islam. Wanita yang mendapat gelaran dan darjat di sisi agama dan umat Islam. Berikan agama manapun, takkan kita ketemu wanita mulia kecuali dalam Islam.
- Artikel iluvislam.com

Ibadah : Hanun



Mengapa pentingnnya solat diawal waktu?
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

  • Waktu Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
  • Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
  • Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
  • Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
  • Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .