SMPIS

5:43 PM shabab al-Deen 0 Comments

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang =)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepadamu diiringi dengan rahmat dari ALLAH dan juga barakah dari ALLAH untukmu ^_^

Alhamdulillah, kami, lepasan pelajar APIDS 92 (Asasi Pengajian Islam Dan Sains) mendapat tawaran menyambung peringat ijazah pertama di UM, dalam kursus pengajian masing-masing. Antara kursus pengajiannya adalah Sarjana Muda Pengajian Islam Dan Sains (SMPIS). Sebelum ini, kursus ini lebih dikenali dengan nama ASIS, Applied Science with Islamic Studies.


Berikut adalah senarai nama kursus pengajian yang ditawarkan (SMPIS):

1. Sarjana Muda Pengajian Islam Dan Sains (Sains Pengurusan Alam Sekitar)
2. Sarjana Muda Pengajian Islam Dan Sains (Bioteknologi)
3. Sarjana Muda Pengajian Islam Dan Sains (Genetik & Biologi Molekul)
4. Sarjana Muda Pengajian Islam Dan Sains (Biokesihatan)
5. Sarjana Muda Pengajian Islam Dan Sains (Fizik)
6. Sarjana Muda Pengajian Islam Dan Teknologi Maklumat







Selain itu, terdapat juga sahabat-sahabat lepasan APIDS 92 yang mengambil jurusan agama/lain-lain. Teringin nak tahu sahabat-sahabat lain dapat kursus pengajian apa. Sahabat-sahabat APIDS 92 yang membaca,sudilah kiranya untuk berkongsi =)

Wallahua'lam. Mohon maaf atas silap dan salah. Kullu 'am wa antum bikhoir! ^^

0 comments: