Ana dedikasikan nasyid ini buat sahabat-sahabat APIDS 92, dan sahabat-sahabat sekolah menengah saya.
Suka maksud liriknya ~seiring sehaluan satu cita dan impian~
Belajarlah kerana ALLAH! ~pesanan buat diri dan semua~
Ermm, ana terdengar nasyid ini pagi tadi..di TV Al-Hijrah. Pada tarikh 6 November 2011, kita di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidil Adha..atau dikenali juga dengan Hari Raya Haji dan Hari Raya Korban. Aidul Adha adalah salah satu daripada hari raya bagi umat Islam, selain Aidul Fitri.
Mari kita duduk sebentar..menyingkap kembali sirah para nabi.
Jika kita menyebut tentang Aidul Fitri, ia adalah hari kemenangan kepada umat islam setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadahan, dan kejayaan kembali kepada fitrah.. Dan apabila kita menyebut tentang Aidul Adha, ia berkaitan ibadah korban..
Aidul Adha.. ia membawa ana mengimbas kembali kisah Nabi Ibrahim dengan Nabi Ismail 'Alaihissalam. Nabi Ibrahim bermimpi bahawa beliau menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Dan mimpi para Nabi merupakan wahyu dari ALLAH SWT. Mari kita hayati (tadabbur) kalimah ALLAH..
Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar". (As-Saaffaat 37:102)
Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami), (As-Saaffaat 37:103)
"Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. (As-Saaffaat 37:105)
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; (As-Saaffaat 37:106)
Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; (As-Saaffaat 37:107)
Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: (As-Saaffaat 37:108)
jika Allah mengkehendaki seseorang itu taufiq dan hidayah, sesungguhnya orang2 itu telah diberi petunjuk.. hidayah Allah maha luas, tetapi ianya milik mutlak Allah yang Esa.. wallahualam..
awan berarak megah penuh ceria pohon melambai indahnya alam maya kita bersama menggapai kejayaan berganding bahu mara ke hadapan walaupun kita berbeza usia rupa pangkat dan harta mahupun rumpun bangsa kita semua adalah sama saja di sisi-Nya Allah yang Esa * oh tiada berbeza jurang kita antara kita adalah sama saja nilai kita di sisi-Nya hanya taqwa sebagai ukuran hidupan dunia silturahim dibina ukhuwah yang di jaga mekar teguh mewangi dan sempurna berasaskan keimanan jalinan kemesraan di bawah satu arah perjalanan di timur jauh panorama terbentang indah tropika mendamai suasana hormati insan dengan kasih dan sayang negara maju rakyat sejahtera korus*
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Blog ini asalnya adalah blog bersama antara ahli-ahli majmuah 9 @ sahabat majmuah at-tasi'ah APIDS (Asasi Pengajian Islam Dengan Sains) sesi 2010/2011. Namun, kini blog ini juga menjadi medium untuk sahabat-sahabat Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains/Teknologi Maklumat (SMPIS/SMPITM) kohort 9. Admin blog ini adalah Shabab al-Deen.
Terima kasih! ^_^