Study Week

5:39 PM MUJTAHIDAH SOLEHAH 0 Comments

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang =)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepadamu diiringi dengan rahmat dari ALLAH dan juga barakah dari ALLAH untukmu ^_^

Sahabat-sahabat, apa khabar? ^^

A010
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat(Al-Hujuraat 49:10)

Saya pernah dengar tafsiran ayat ini di rancangan Reflections (TV Alhijrah) oleh Imam Suhaib Web. Secara ringkasnya, bersaudara atau brotherhood/sisterhood adalah seperti hubungan adik-beradik yakni, susah senang kita bersama, dan adik-beradik antara faktor yang membina karakter kita sekarang, kerana kita hidup bersama mereka. Allahua'lam.


Awal Januari 2013 sehingga 18 Januari 2013 adalah minggu peperiksaan di UM. Oleh itu, bermula 22/12/2012 (Sabtu) sehingga awal Januari 2013 merupakan study week! Fight fight! ^_^ Bittaufiq wannajah.. (",)




Oh ya, 22/12/2012 adalah hari lahir bagi salah seorang coursemate kami =) Jeng jeng, siapakah orangnya? Selamat hari lahir Afiqah Matnor :) Pada hari yang sama juga, semua batch ASIS, SMPIS dan APIDS93 menyertai Sports Day, yang dikendalikan oleh adik-adik APIDS93. Best! ^_^

Sukan sebagai satu ibadah.

Insyaallah, saya tulis entri khas untuk Sports Day tersebut. Dan jangan lupa untuk ulangkaji pelajaran ^^

Last but not least, cintailah ilmu. Ya ALLAH, kami memohon pada-MU ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima. Amin Ya Rabbal 'Alamin =)

Wabillahi taufiq wal hidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^


0 comments: