Baca3x! Nak promote ni..

12:30 PM MUJTAHIDAH SOLEHAH 23 Comments

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (",)

Dah baca basmalah? Tak rugi baca basmalah utk memulakan setiap perbuatan kita kan..
Sbg ganjaran, pahala dapat, Allah & Rasul-NYA pun sayang.. ^_~
Suka x?

K..post kali ini, khusus pada adik2 lepasan SPM..or yg berada di sekolah menengah..
Adik2 ada cita2 nak masuk universiti x?
Haa.. sebelum tu, ana bahasakan diri ana 'akak' ye? Minta maaf shbt2 majmuah 9..anggap la ana
ni wakil kalian,he..

Bg adik2 yg minat or nak ambil course agama, akak ada cdgn..
atau nak ambil course agama+sains, seperti kami ni..
result spm pun nak keluar dah kan, dan adik2 ada isi borang upu?

Akak nak perkenalkan serba sedikit ttg tempat kami belajar ni,
Berikut butiran-butirannya:

NAMA : AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA NILAM PURI (APIUMNP)

LOKASI: NILAM PURI, KELANTAN.

PROGRAM YG DITAWARKAN:
1) ASASI PENDIDIKAN ISLAM
2) ASASI SYARIAH
3) ASASI USULUDDIN
4) ASASI PENGAJIAN ISLAM DENGAN SAINS

IPT : UNIVERSITI MALAYA

Setakat ni, tempoh pengajiannya(asasi) selama 2 tahun = 4 semester.
Ada kelainan sedikit antara course agama n sains..
Bagi course asasi pend. islam, syariah n usuluddin, mereka belajar di Nilam Puri selama 2 tahun, pastu sambung degree kat UM KL;
manakala bagi APIDS (Asasi Peng. Islam Dgn Sains) pula, 1 tahun belajar di Nilam Puri - utk belajar subjek agama, dan 1 tahun lagi di UM KL - utk belajar subjek sains. Dan degree juga di UM KL.

Bagi yg cintakan Bahasa Arab, akademi ini ada menyediakan subjek Bahasa Arab dlm pengajiannye..

Best tau belajar di sini! n_n

Adik2 tau mcm mana nak check syarat kelayakan masuk ke mana2 ipta yg adik ingini?
Akak x pasti jika link ni betul..tp adik2 boleh try,
sebab masa zaman akak, nak check tu caranye lain sikit.
http://imascu.upu.mohe.gov.my/

Maklumat2 di atas ni berdasarkan sesi kami, sesi 2010/2011..
Jadi, klu ada2 perubahan, minta maaf ye.

InsyaALLAH, hujung bulan 5 ni, kami nak masuk UM KL dah, utk sambung semester 3 n 4.
Doakan kami ye, mana2 sahabat yg bukan tinggal di KL, marilah kita sama2 berhijrah utk mencari redha Allah..


Sekilas di APIUMNP..


pintu masuk ke APIUMNP-pondok pengawal


maktabah(perpustakaan)


Dewan Johor(bhgn bawah) dan maktabah(bhgn atas bangunan)


Bilik Kuliah (Blok A)


~CINTA ALLAH & RASUL-NYA~

23 comments:

  1. Salam alaiki..he he..nk Tanya..utk degree bagi lepasan asasi peng.Islam n sc ni diiktiraf jpa tak? Trima kasih..

    ReplyDelete
  2. ASSALAMUALAIKUM akak... kalau amek asasi pngjian islam dan sains, utk degree blh sambung apa ya ?

    ReplyDelete
  3. > nur zarifah
    Alhamdulillah, diiktiraf jpa =)

    > Bintu Wan
    Masa degree, boleh sambung:
    SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM DAN SAINS (Sains Biokesihatan/ Bioteknologi/ Genetik dan Biologi Molekul/ Sains Pengurusan Alam Sekitar/ Fizik) atau
    SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

    Maaf kerana lambat balas (sebab baru baca).

    Terima kasih atas kunjungan dan persoalannya :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Nak ambik asasi pengajian islam ada detail pasal subjek nye tak? Belajar dlm bahasa arab ke kebanyakannya? Saya tak mahir sangat bahasa arab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subjek pengajian islam ada dalam arab dan bila dah degree ada sebahagian belajar dalam bhasa melayu dan bahasa inggeris. Tapi kebanyakkannya bahasa arab. Tapi bahasa arab yg mudah2 sj.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Wa'alaikumussalam. Adik boleh download file berkenaan program pengajian asasi UM di link ini - https://www.dropbox.com/s/zpaobidhd32nekc/Asasi%20UM%202016-2017.pdf?dl=0
      Dalam file tersebut, ada dinyatakan syarat kemasukan, senarai subjek dll bagi semua program asasi di UM ^_^ Tapi ni bagi sesi kemasukan 2016/2017 jadi, boleh jadi sama bagi sesi 2017/2018 atau ada beza sikit.

      Terima kasih, dan semoga berjaya.

      - Munirah.

      Delete
  5. Asslamualaikum..boleh x nak tanya kalau asasi tu pengajian islam brp markah kne dpt utk layak ambil degree

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Adik boleh rujuk link ini: https://www.facebook.com/Ijazah.Dasar.APIUM/posts/995823923837281
      Link ini ada sertakan link2 bagi syarat kemasukan Sarjana Muda, tapi bagi sesi 2016/2017. Mungkin adik boleh follow up dgn page facebook tersebut bagi sesi kemasukan 2017/2018.

      All the best!

      - Munirah

      Delete
  6. Assalamualaikum akak..saya nak tanya kalau sambung asasi pengajian islam di um..nanti kalau degree boleh tak sambung bidang pendidikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Afifa. Klu nak pendidikan islam, ambil Asasi Pendidikan Islam. Nanti waktu degree, akan boleh pilih nak Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian islam) atau Pendidikan Islam (Pengajian al-Quran). Waktu degree, course ni akan bljr di API dan fak pendidikan UM.
      Klu course kami ni, memang bljr pengajian islam dan sains, semasa asasi dan degree; jadi bljr di UM Nilam Puri dan PASUM (asasi), dan API dan fak sains/sains komputer dan teknologi maklumat (degree).

      Delete
  7. Assalamualaikum.. Akak saya nk tanya
    Bidang kerjaya bagi SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM DAN SAINA. (BIOKESIHATAN)?.. CTH!.. dalam bidang fisioterapi boleh x?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.. Akak saya nk tanya
    Bidang kerjaya bagi SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM DAN SAINA. (BIOKESIHATAN)?.. CTH!.. dalam bidang fisioterapi boleh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam adik Eyka. Maaf atas balasan yang lewat. Masa akak bljr subjek2 sains bioesihatan, tiada subjek berkaitan fisioterapi. Pengajian lebih kepada mengenali manusia dalam konteks biologi seperti fisiology, cellular biology, genetik asas, asas biokimia, histology, asas imunologi, biology hormone dan lain-lain. Jadi akak tak pasti jika subjek2 ini boleh menjadi syarat utk masuk bidang fisioterapi atau tak, kerana kita tidak belajar kaedah terapi tersebut. Tetapi akak yakin klu adik nak sambung bljr bidang fisioterapi, insha Allah boleh, kerana ada background biologi.

      Delete
  9. Assalamualaikum.. Akak.. Saya nk tanya..
    Hrrmmm.. Bidang kerjaya untuk SARJANA MUDA PEGAJIAN ISLAM DAN SAINS(BIOKESIHATAN).. APA EHH?..
    mohon jasa baik akak untuk jawab.. Soalan nih.. Terima kasih banyak2..😁😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam adik Eyka. Bidang kerjaya utk course tersebut agak meluas sbnrnya. Klu nak kerjaya bidang sains, adik boleh mohon kerja lab di hospital/ pegawai sains/ industri tumbuh-tumbuhan (bioactive phytochemical compounds) atau farmaseutikal/ bidang sains forensik.. Tetapi bidang pekerjaan ni juga boleh jadi bergantung kepada pilihan subjek elektif yang dipilih ketika belajar. Klu bidang agama pula, boleh mohon mengajar/ kerja di jabatan agama/ bhgn halal dll.
      Kita ada kelayakan utk mohon kerja2 tersebut, dan yakin rezeki kerja dari Allah :)

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum...klau dari aliran sains tulen mase skola boleh ke nak amik asasi atau diploma pengajian islam? Klau sambung ijazah pengajian islam boleh? Terima kaseh ^^ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, zayn, asal memenuhi syarat berikut https://m.facebook.com/photo.php?fbid=1393685440664479&id=106939346005768&set=pcb.1393686597331030&source=48&refid=13&_ft_=top_level_post_id.1393686597331030%3Atl_objid.1393686597331030%3Athrowback_story_fbid.1393686597331030%3Apage_id.106939346005768
      Sama-sama. Maad atas balasan yang lewat.
      Jemput utk sambung asasi dan ijazah pengajian islam atau islam dan sains :)

      Delete
  13. Assalamualaikum.nak tanya..kalau ambik asasi pengajian islam dan sains..boleh pursue utk bidang senibina ka? mohon jasa baik akak untuk membalas dan terima kasih :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam dik. Untuk asasi pengajian islam dan sains, hanya ada 2 aliran iaitu aliran hayat dan fizik. Jadi, apabila sambung degree pengajian islam dan sains, bidang yang ada juga hanyalah biologi, kimia, alam sekitar, fizik dan teknologi maklumat. Oleh itu, utk peringkat asasi dan degree, tidak berkecimpung dalam bidang senibina.
      Tetapi akak tak pasti jika subjek dalam asasi dan degree pengajian islam dan sains, boleh atau tak menjadi asas/syarat untuk sambung degree atau master bidang senibina.
      Jika pelajar PASUM, mereka ada 3 aliran iaitu hayat, fizikal dan alam bina (sekadar utk makluman adik).

      - kak Munirah

      Delete