Latihan Industri di NCRC

12:16 PM MUJTAHIDAH SOLEHAH 1 Comments


Kenangan LI saya ^_^


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

'Latihan Industri bagi Sains Biokesihatan' adalah subjek wajib bagi pelajar tahun 4 SMPIS Sains Biokesihatan dan pelajar tahun 3 Sains Biokesihatan. LI atau bahasa lainnya praktikal, adalah 5 jam kredit, dan tempohnya selama 8 minggu pada bulan Julai dan Ogos (semester 3/khas).

Saya kongsikan sedikit pengalaman LI saya pada sesi 2015/2016.


1) Memohon tempat LI
Setelah mendengar briefing daripada Dr. Jamaludin (koordinator LI);
- Mula mohon seawal bulan Januari atau Februari (mula mohon pada minggu 1 semester 2 pun ok).
- Target tempat mohon LI, fotostat beberapa keping surat daripada Dr. Jamal, minta tandatangan Dr., dan hantar permohonan melalui emel atau pos (emel je pun mudah).
- Hantar SURAT DR. JAMAL + RESUME (at least). Boleh tambah cover letter jika mahu.
- Cadangan tempat LI, boleh tanya senior, kawan, cadangan pensyarah, google dan lain-lain.
- Mohon 2 tempat atau lebih pada satu masa (cadangan saya).
- Lihat website tempat yang ingin dimohon dahulu. Jika ada info tentang cara permohonan, ikut cara tersebut (contoh, MARDI dan FRIM), kemudian call untuk beritahu dah hantar permohonan atau untuk follow-up. Jika tiada info permohonan LI, call tempat tersebut untuk bertanya jika mereka terima pelajar LI dan cara-cara memohon.

*Nota:
a) Ada apa-apa perkara/masalah, boleh rujuk Dr. Jamal. Dr. ok je :)
b) Lakukanlah permohonan dan penolakan tawaran dengan cara baik,
c) Minta tandatangan Dr. untuk setiap permohonan, walau surat tersebut tidak dipos sebaliknya scan untuk emel, adalah satu cara untuk memaklumkan (inform) kepada Dr. yang kita nak mohon sesuatu tempat itu. Jika tidak, akan ada masalah timbul tanpa kita sedar.
d) Better minta tandatangan Dr. sendiri, tidak minta kawan buatkan. Tapi jumpa lah dengan Dr. secara ramai, dan minta tandatangan untuk beberapa tempat sekaligus, jimat masa ;) Kalau ada lagi tempat untuk mohon, jumpa lagi Dr. selepas beberapa ketika. Saling memudahkan insha Allah ^_^


2) Mendaftar bakal tempat LI di MYUM

- Ikut cara sebagaimana diterangkan Dr. Jamal.
- Ambil 'Surat Perakuan' untuk diberikan kepada supervisor tempat LI daripada pejabat (apabila diberitahu).


3) Bermulanya latihan industri...

- Alert dengan segala dokumen yang diberitahu/upload di Spectrum oleh Dr. Jamal.
- Dalam tempoh MINGGU 1 - 2, kena isi borang 'Pengesahan Penempatan Latihan Industri Pelajar Semester ___ Sesi ___' (Confirmation of Student Industrial Training Placement Semester ___ Session ___ ). Kemudian, hantar ke emel Dr. Jamal.
- Sediakan LOG BOOK (format log book disediakan); catat apa yang dibuat setiap hari.
- MINGGU 4 - 7, lawatan oleh supervisor Sains Biokesihatan UM. Contact dengan supervisor, untuk tahu bila supervisor boleh datang (Akak dapat Dr. Durriyyah).
- SEBELUM/PADA AKHIR MINGGU 7;
(1) Hantar REPORT LI kepada supervisor UM, dalam bentuk hard copy atau soft copy (tanya pilihan supervisor).
(2)  Ingatkan supervisor tempat LI untuk hantar 'EVALUATION FORM'.
- MINGGU 8, isi 2 borang dan emel ke Dr. Jamal.

*Nota: 60% (Report) + 20% (Evaluation supervisor LI) + 20% (Evaluation supervisor UM).


* Cerita:
a) LI saya di Unit Jaminan Kualiti, Pusat Penyelidikan Klinikal Kebangsaan atau Quality Assurance Unit (QAU), National Clinical Research Centre (NCRC).
b) NCRC adalah salah satu instituti kerajaan di bawah Penyelidikan dan Sokongan Teknikal, Kementerian Kesihatan Malaysia (link - diakses 14/1/2017). Ini laman web rasminya --> CRC
c) NCRC ada 4 unit. 3 unit termasuk QA terletak di Titiwangsa (buat masa sekarang). Tetapi branch CRC ada di 33 hospital/institut Malaysia (link -diakses 29/1/2017).
d) LI di QAU, NCRC tiada kerja lab. Saya belajar tentang Research Methodology (mengikut modul setiap minggu), dan berpeluang involve dan handle satu research. (Waktu saya, ada 3 orang pelajar UM yang LI di sana, iaitu saya dan 2 pelajar dari course Microbiology. Masing-masing diberi berlainan tajuk research). Skop research di sini more pada clinical research. Selain itu, berpeluang kendali bengkel Literature Search, dan hadiri beberapa bengkel atau talk.
e) Antara maklumat menarik yang saya dapat, adalah tentang jururawat. Jururawat yang bekerja di hospital kerajaan, yang memakai uniform warna dark blue dipanggil Penyelia Jururawat (PJ/ Matron) > uniform warna  light blue adalah Ketua Jururawat (KJ/ Sister) > dan uniform warna putih dipanggil Jururawat Terlatih (JT/Staff Nurse). Matron Maridah beritahu saya, jururawat suka kalau kita address mereka dengan pangkat/gelaran tersebut.

Sekian perkongsian dari saya. Boleh tanya saya jika ada apa-apa lagi yang ingin diketahui, insha Allah.

- Munirah-
SMPIS Sains Biokesihatan, 2012-2016

Bengkel 'Literature Search' bersama jururawat =)

1 comments: