Jom solat berjemaah! ^^,

10:33 AM MUJTAHIDAH SOLEHAH 2 Comments

2 comments:

:: QuoTes fOr tHe Day ::

11:15 PM FiNdiNg tRuE LovEs~ 1 Comments



salamullah alaikum...

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

post kali ni, saya nak kongsikan tentang kata2 yang menarik yang boleh membuatkan kita muhasabah diri, insyaAllah~

"memang kita tak boleh hidup seorang, selagi kita tak bergantung pada yang tak mati." -taken from matlutfi's video entitled 'rokok dan kopiah'.

"jangan CUBA untuk menyentuh 'bunga' jika tidak berniat untuk memetiknya" -from friend's status

"there's no time limit for correcting our mistakes." -from friend's status


"the one who decided to change on 12th hour dies on the 11th hour." -from hlovate's novel entitled 'contengan jalanan'.

"Iman is directly proportional to Ujian. Lagi tebal iman kamu, lagi hebat dugaan yang akan kamu terima. Thus, you should be worry if you could live happily without any problems." -friend's quote

"dont walk behind me, I may not lead. dont walk in front of me, I may not follow. just walk with beside me and we'll walk together." -friend's quote

"Bila Allah nak menegur seseorang hamba, DIA punya pelbagai cara untuk mengusik jiwa manusia. Terpulang kepada kebijaksanaan hamba tersebut untuk menilai 'teguran' dari Allah sama ada untuk memperbaiki diri atau menyalahi takdir ketentuan Ilahi. Parameter yang menyukat bukan hanya pada akal tetapi dengan hati yang disaluti nur iman." -an ukhti's quote


mungkin kita akan ulas setiap quote ni pada post yg akan datang.. kita cuba kaitkan dengan kehidupan kita seharian.. insyaAllah~

1 comments:

Jogathon PASUM 2011

11:12 PM MUJTAHIDAH SOLEHAH 0 Comments

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)

Apa khabar sahabat-sahabat? Alhamdulillah, kita bertemu lagi di sini.. ^_^ Ana minta maaf ye kerana agak lama tidak mengisi ruangan tinta dai'e ini dengan entri baru.

Pada 21/11/2011 yang lepas, bermulanya semester baru di PASUM (semester 2 bagi 2011/2012) setelah cuti semester 1 selama 2 minggu. Dan kini, telah 3 minggu kami memulakan sesi pembelajaran..

Dan pada pagi tadi, 10 Disember 2011, PASUM telah menganjurkan aktiviti jogathon bagi pelajar asasi dan staf-staf. Track jogathon bagi perempuan dan lelaki, ada beza sedikit, yakni ada tambahan track bagi pelajar lelaki. Mudah kata, kami mengelilingi UM sebagai track jogathon kami (",)

Bagi ana, walaupun penat berlari (bila penat sangat, ana berjalan sebentar ^_~), kita akan merasa seronok (tak tension ketika berlari) jika niat kita berlari adalah benar, yakni kerana ALLAH, untuk dapat redha ALLAH. Ehmm, apa kaitan berlari dengan niat ye? Ketika kita berlari/berjalan di muka bumi ALLAH ini, kita hendaklah mengambil pengajaran daripada sekeliling kita. Sebagai contoh, semasa ana berlari dan di kiri dan kanan ana adalah hutan, pokok-pokok.. kita memikirkan akan kebesaran ALLAH yang menciptakan alam ini, Rabbul 'Alamin. Dengan itu, akan timbul rasa takjub, kerdil diri, rendah hati di hadapan ALLAH SWT. Boleh rasa nikmatnya perasaan itu?

Selain itu, ana teringat akan novel yang ana pernah baca, VT. Novel VT merupakan karya Hilal Asyraf. Ana sangat terinspirasi apabila membaca novel itu. Sahabat-sahabat cubalah baca! (",) Main point ana di sini adalah, SUKAN SEBAGAI SATU IBADAH!


cover-vt-201x300
Best! Menyuntik kesedaran.. =)


Macam mana kita nak jadikan sukan sebagai satu ibadah? Bersukanlah dengan menjadikan syariat islam sebagai paksi, dan cara Rasulullah sebagai teladan. Sebagai contoh, menutup aurat ketika bersukan, jaga hubungan baik dengan ALLAH, dengan manusia seperti ibu bapa, kawan-kawan dan guru-guru, jaga solat, dan lain-lain. Sahabat-sahabat boleh dapatkan tip-tip lagi dalam menjadikan sukan sebagai satu ibadah, di dalam buku ini! ^_^ Kan best kalau cerita ini difilemkan.. (imiginasi penulis,hehe)

Dan apabila kita ada niat, kita seolah-olah ada tujuan, ada matlamat, kenapa kita berlari (merujuk situasi jogathon). Adakah sekadar nak menang di dunia, atau nak menyihatkan badan, atau untuk meninggikan syiar islam, itu terpulang kepada anda.. Bila kita ada matlamat, insyaALLAH kita akan berusaha ke arah matlamat kita itu, menjadikan ALLAH sebagai tempat bergantung melalui doa; sebagai menepati sunnatullah dan syariatullah.

Alhamdulillah, seorang muslimat APIDS dan seorang muslimin APIDS mendapat nombor 17 dalam acara ini. Tahniah kami (pelajar APIDS) ucapkan! Mabruk, mabruk.. Bagi pemenang kategori pelajar lelaki dan perempuan, 25 pelajar yang terawal sampai mendapat hadiah berupa hamper. Moga kemenangan ini menyumbang sedikit sebanyak bakti buat agama dan umat islam, amin..

Oh ya..ada satu perkara yang menarik dalam jogathon ini (bagi ana). Semasa ana tengah berlari, ana nampak seorang staf lelaki berlari sambil menolak anaknya di dalam kereta sorong bayi (eh,betul ke istilah ana ni? Kalau salah, mohon tegur dengan hemah ye, segan pula kalau kena gelak, hee). Teruja ana lihat, perbuatannya itu seolah-olah memberikan cabaran buat ana (dalam hati, 'orang tu, walaupun bawa anak tetapi boleh lari laju, apatah lagi ana ini yang tak bawa apa-apa..). Tak silap ana, staf lelaki tersebut dapat nombor antara 7 - 5 terawal. Ana tak ingat dia dapat nombor berapa..

Toyyib, sampai di sini dahulu coretan ana. Ana tiada gambar sepanjang acara jogathon itu, jadi buat sahabat-sahabat merangkap kolumnis blog ini, jika kalian ada gambar-gambar yang berkaitan, bolehlah upload di sini.

Wallahua'lam, terima kasih semua kerana sudi membaca entri ini sehingga ke tulisan yang terakhir. InsyaALLAH, mudah-mudahan kita bertemu kembali di dalam rabitah keimanan kepada-NYA. Wabillahi taufiq wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^

0 comments: