Mukhayyam di Gunung Nuang

2:38 PM MUJTAHIDAH SOLEHAH 4 Comments




Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH, sahabat-sahabat apa khabar? Moga sihat badan dan iman.. ^^

Apa maksud mukhayyam? Mukhayyam adalah perkataan bahasa Arab, yang bermaksud 'perkhemahan'. Destinasi pilihan kami adalah di Hutan Lipur Gunung Nuang, Selangor. Mukhayyam yang diberi nama TEAM '12 (Together We Achieve More 2012) diadakan selama 2 hari 1 malam, iaitu pada 14 Januari 2012 sehingga 15 Januari 2012 yang lepas. Alhamdulillah, daripada 69 orang pelajar APIDS batch kami, 58 orang yang join mukhayyam ini ^^

Perjalanan dari UM ke Gunung Nuang mengambil masa kira-kira 1 jam. Setelah kami sampai di sana, kami sama-sama mendirikan khemah. Manakala AJK Makanan menyediakan makanan tengah hari. Selepas solat Zohor, game pun bermula. Ada 3 game iaitu  Sehati Berdansa, Tautan Kasih dan Teka-Teki.


Mendirikan khemah







Memasak









Game

'Sehati Berdansa'
-setiap kumpulan (dlm 6 orang) diikat kaki mereka.. ^^ best!


'Tautan Kasih'


'Tautan Kasih'
-setiap kumpulan, kena tutup mata masing2 kecuali leader, dan yang kena tutup mata perlu ber'taut' dengan kwn2 sekumpulannya dengan memegang hujung tisu.


'Teka-Teki'



'Teka-Teki'
Berapa bulan ada 28 hari? Nana tanya.. ^^
Kalau salah, dendanya kena calit muka dengan tepung!


Selepas solat Asar pula, acara diteruskan dengan game 'Catur Manusia' dan 'Dam Manusia'. Seperti dalam cerita Harry Potter (",)


Catur

Diketuai Farid Wajdi




Diketuai Azam



Dam

 Bermulanya permainan!





Pada malam harinya, kami solat Maghrib dan Isyak di bawah kerlipan bintang dan kegelapan malam.. Dekat dengan alam, dekat dengan ALLAH insyaALLAH ^^ Dan ruang antara Maghrib dan Isyak, kami isi dengan mendengar pengisian serta peringatan daripada Furqan, pengarah TEAM '12.


 Solat Maghrib dan Isyak di tapak khemah


 Tazkirah





Selepas solat Isyak, bbq!! ^_^ Tapi.. kena masak dulu! ^^, Setiap orang dapat 2 batang cucuk - sosej dan bebola untuk dimasak oleh masing-masing. Pengalaman.. (",) Nasi goreng telah disediakan oleh AJK Makanan. Selepas makan, sesi taaruf.. Semua orang duduk mengelilingi unggun api, AJK Pengisian memainkan nasyid, dan sesiapa yang di belakangnya ada bola (menandakan nasyid berhenti apabila bola sampai di belakangnya), dialah insan terpilih.. untuk ditanya 3 soalan oleh kawan-kawan. Tidak semua orang yang terpilih dalam game ini.





Lebih kurang 11.15 pm, permainan ditamatkan. Bacaan Al-Mulk mula meniti di bibir masing-masing, doa sebagai penutup majlis, dan masing-masing menuju ke khemah untuk tidur atau urusan-urusan lain. AJK Keselamatan, bertungkus-lumus berjaga malam/menjaga keselamatan kami dengan izin ALLAH. Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH, terima kasih ALLAH, thank you ALLAH, i love you ALLAH ^^

Keesokan harinya (Ahad), seawal 4.30 pagi, kami dibangunkan oleh kawan-kawan untuk bersiap-siap qiamullail, dan seterusnya solat Subuh pabila fajar menjelang. Pagi ini adalah kemuncaknya!! Iaitu aktiviti jungle trekking.. ^^, Sebelum bertolak, kami warm up dahulu dan bersarapan lempeng. Nak daki gunung ni pun, kami ada bawa roti (sarapan) mengikut group untuk dimakan di atas gunung =)


Bermulanya pendakian! ^_^






Subhanallah! Maha Suci ALLAH..
Tadabbur alam






Berhenti seketika.


Perjalanan diteruskan lagi ke..

Siapa gayat jangan tengok!


Subhanallah! Maha Suci ALLAH yang menciptakan langit dan bumi serta seisinya..




 Berehat sambil makan roti (sarapan)







Setelah puas bermain air sungai, kaki diatur untuk pulang ke tapak khemah..turun gunung..


Perjalanan pulang


Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH, mukhayyam ini berjalan lancar..


 Membersihkan tapak khemah


Menunggu bas untuk pulang ke UM





Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH, terima kasih ALLAH ^_^ Setinggi-tinggi penghargaan buat sahabat-sahabat yang berusaha keras untuk melaksanakan dan menjayakan mukhayyam ini, di bawah pengurusan lajnah Kerohanian; serta setinggi-tinggi terima kasih buat sahabat-sahabat yang join mukhayyam ini.. Kehadiran dan kerjasama sahabat-sahabat sangat-sangat menggembirakan hati penulis! ^^

Kepada sahabat-sahabat yang bertungkus-lumus dalam merealisasikan mukhayyam ini, ketahuilah bahawa ALLAH menilai segala amal kita..yang baik mahupun yang buruk.. Dan ALLAH jua sebaik-baik pemberi balasan! Sebagai membalas jasa baik kalian.. Moga setiap amal kebaikan yang kita curahkan, membuatkan kita lebih dekat dengan redhaNYA, dan memberatkan lagi timbangan amal soleh kita di akhirat kelak, amin.


A007
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!


A008
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!



Akhir kata, penulis amat berharap dan berbesar hati jika semua sahabat-sahabat APIDS dapat hadir dalam setiap program APIDS ^^, Dan penulis memohon ribuan kemaafan atas segala salah dan silap, asif 'ala kulli hal. Ilal liqa' insyaALLAH! Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Untuk cerita versi sahabat lain, boleh kunjungi Reaching Loves dan Princess Ladolce~


Nota tambahan: Penulis mengambil masa beberapa hari untuk menyiapkan entri ini dan Alhamdulillah, akhirnya berjaya disiapkan dengan izin ALLAH ^^ Jazakumullah! Terima kasih semua!

4 comments:

  1. daripada gmbar2 yang dipaparkan,
    nmpak sgt best!

    i'm sure all of you really had a good time there and learnt a lot of thing..insyaAllah
    =]

    ReplyDelete
  2. > tqaroslan

    alhamdulillah,best.. =]
    jazakillah ukhti atas titipannya, insyaALLAH banyak ibrah yang kami dapat drpd mukhayyam ini^^ sangat-sangat hargai dengan titipan dan ziarahnya! ^_^

    moga sahabat-sahabat yang membaca entri ini juga beroleh manfaatnya ^_^

    ReplyDelete
  3. Program apa ni ye? Lama tak ke sini...

    p/s- shotbox dari fibox tu boleh delete post dan bannes user..sila ke dashboardnya...

    sekadar menasihat agar tidak terjadi fitnah atau mudharat yang lebih besar,

    al-dhororu yuzal

    ReplyDelete
  4. > Ad-Dien

    Program ini merupakan antara program mega untuk APIDS,dalam mengeratkan ukhwah sesama kami insyaALLAH.

    Jazakallah atas nasihat dan cadangannya,sangat dialu-alukan.

    Jaza' ALLAH.

    ReplyDelete