Sekitar Masjid Negara

1:03 AM MUJTAHIDAH SOLEHAH 4 Comments

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang =)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepadamu diiringi dengan rahmat dari ALLAH dan juga barakah dari ALLAH untukmu (",)

Hmm, entri kali ini, ana bercerita ye? Harap sahabat-sahabat gembira! ^_^

Pada 17/3/2012 yang lepas, ana dan keluarga pergi ke Planetarium Negara yang terletak di Kuala Lumpur. Ana pernah pergi ke sana semasa tingkatan 2, tapi, dah agak lama kan, jadi ana tak ingat sangat keadaan di dalamnya. Setahu ana, Planetarium Negara terkenal dengan 'bilik tanpa graviti'. Di Terengganu pun sebenarnya ada Planetarium Terengganu, ana pernah pergi sana dengan kawan-kawan APIDS, sempena jaulah (lawatan) kami ke Terengganu (masa tu kami belajar di Kelantan; dari Nilam Puri,Kelantan ke Kuala Terengganu mengambil masa lebih kurang 3 jam dengan menaiki bas).


Planetarium Negara

Masing-masing ada tarikannya. Kalau di Planetarium Terengganu, ada bahagian 'Tokoh-tokoh Islam dalam Sains' dan banyak sangat permainan sains yang menarik! ^^ Tayangan filemnya pun seronok! (Baru sekali tengok,hehe.. =p)


 


Ana teringat jaulah kami di Planetarium Terengganu.. =')

















Planetarium Negara terletak berdekatan dengan Masjid Negara. Sebenarnya, banyak sangat tempat-tempat menarik di sekitar Masjid Negara, seperti Muzium Kesenian Islam, Bangunan TV Al-Hijrah, Taman Burung Kuala Lumpur @ KL Bird Park, Muzium Polis, Taman Rama-Rama, Taman Orkid, Taman Tasik Perdana, dan pelbagai lagi. Sesiapa yang tinggal di KL atau Selangor, dan sahabat-sahabat yang berpeluang berkunjung ke KL, bolehlah ambil angin di kawasan-kawasan ini.. Yang paling penting, bila masuk waktu solat, masjid dekat je dengan kawasan-kawasan menarik ini.. iaitulah Masjid Negara. Dapatlah solat awal waktu insyaALLAH, kan 2x ^^


 


kapsul Soyuz ~nak cuba? muat untuk kanak-kanak je.. ^_~


Periodic Table ~tapi handset ana tak dapat tangkap Group 17 dan 18.. =(


 



Antara yang menarik di Planetarium Negara adalah, timbang berat kita di setiap planet (bukan setakat di planet Bumi bahkan boleh tahu berat kita di planet Utarid, Zuhrah, dan lain-lain), boleh tahu bacaan degupan jantung kita, mencuba 'bilik tanpa graviti', ambil gambar di planet Marikh, mengetahui unsur-unsur (element) benda-benda di sekeliling kita seperti di dapur, ruang tamu, dan lain-lain, menonton tayangan, dan sebagainya.

Masa ana pergi tu, masuk adalah percuma, cuma bayar untuk lihat tayangan. Tapi, ana tak tahulah operasi sebenar di Planetarium Negara. Jadi, untuk mengetahui bayaran tiket di Planetarium Negara, jangan rujuk ana ye, minta maaf..


Tiket tayangan ana dan keluarga ~Kami tengok filem Solar Storms


Teater Angkasa
 
Kemudahan surau dan tandas turut disediakan di dalam Planetarium Negara ^^

Wallahua'alam. Sekian dahulu dari ana. Nak tahu tempat-tempat menarik lagi di Selangor atau KL? Boleh jenguk sini..  Tempat-Tempat Menarik di Kuala Lumpur. Tadabbur alam dan diri.. Jazakumullahu khoir! (terima kasih) Dan ana minta maaf atas segalanya..

Moga berjumpa lagi dalam redha ALLAH! Amin.. ^^

4 comments:

  1. sama-sama..

    sekarang admin semua ke yang update blog ni??ke 1 orang je ? :)

    barakallahufik

    ReplyDelete
  2. > Ad-Dien

    Admin adalah Shabab Al-Deen. Saudara Ad-Dien boleh lihat penulis entri,untuk tahu siapa yang update entri.

    Wallahua'lam,wa jazakumullah.

    ReplyDelete