1st year .:MHS:.

8:16 PM MUJTAHIDAH SOLEHAH 0 Comments

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH ^_^

Sahabat-sahabat, apa khabar? Moga kita semua sihat dalam keimanan kepada-NYA (",)

Pada 2/9/2012 yang lepas, kami pelajar Ijazah Pertama UM dikehendaki melapor diri di kolej kediaman (hostel) masing-masing, dan perlu mengikuti Minggu Haluansiswa (MHS) selama seminggu.

Kini, bermulanya minggu pembelajaran/kuliah. Buat pelajar SMPIS, kami mempunyai dua fakulti; Akademi Pengajian Islam (API) dan Fakulti Sains. SMPIS adalah program double major. Suatu pengalaman yang menarik serta meletihkan, apabila terdapat kelas/kuliah yang berturutan tetapi di berlainan fakulti =)

Ramai yang tidak tahu akan course kami ini. Adik-adik yang berminat dengan kos kami ini, jangan lupa mohon, meramaikan lagi keluarga SMPIS ^_^

Lebih lanjut tentang program pengajian kami - SMPIS

Minimum pengajian selama 4 tahun.

Baiklah, saya berhenti di sini dahulu. Ada apa-apa perkongsian, jemput untuk komen di sini (",) Salam mahabbah fillah. ~CINTA ALLAH & RASUL~

0 comments: