Lab dan tutorial ketika semester 1, sesi 2011/2012

11:46 PM MUJTAHIDAH SOLEHAH 6 Comments

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ^_^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepadamu diiringi dengan rahmat dari ALLAH dan juga barakah dari ALLAH untukmu =)

Alhamdulillah,segala puji bagi ALLAH.. Sahabat-sahabat apa khabar? Moga dalam rahmat ALLAH sentiasa, amin.. ^^,

Semalam (12/6/2012) ana menerima sms daripada junior APIDS yang bertanyakan beberapa perkara mengenai praktikal di makmal (lab), memandangkan mereka akan memulakan lab dan tutorial pada minggu hadapan. Dan alhamdulillah, ana mendapat ilham untuk menulis di sini..menulis pengalaman ketika ana belajar di PASUM bagi sesi 2011/2012. Mudah-mudahan penulisan ini serba sedikit dapat membantu adik-adik APIDS mahupun adik-adik PASUM sesi 2012/2013.. (tetapi entri ini lebih kepada adik-adik APIDS ^_^)

Kami (batch APIDS 09) dibahagikan kepada 3 kelas tutorial; AP1, AP2 dan AP3 - ini untuk kelas tutorial Kimia dan Fizik. Manakala untuk kelas tutorial Biologi; APH1, APH2 dan APH3. Bagi yang mengambil sains hayat, hati-hati, kerana tidak semestinya yang AP3 adalah APH3! Sebagai contoh, kak Nana. (Nana, saya jadikan awak contoh ye, jangan marah ^_^) Kak Nana AP3, tetapi untuk kelas tutorial Biologi, dia APH2. Untuk batch kami, hanya kak Nana seorang yang mengalami keadaan ini.. ^_~ Memandangkan bilangan adik-adik tidak ramai, jadi akak tak tahu adik-adik macam mana.

Mengimbas kembali ketika mula-mula kami hadiri lab. Sebelum itu, akak minta maaf ye, sebab akak ceritakan pengalaman akak dari sudut aliran sains hayat. Bagi semester 3 ni, aliran sains fizikal cuma ada 2 lab.



Biologi. Hari Isnin. Ketika kami di semester ini, kami buat eksperimen di MB3- Makmal Biologi 3. Kami tidak ada eksperimen pada minggu pertama, melainkan penerangan dan perkenalan dengan pensyarah yang memantau dan demonstrator. Kami duduk di meja mengikut kelas tutorial masing-masing.

Pada minggu berikutnya, bagi setiap eksperimen, kami tidak perlu menyalin report dari manual lab, melainkan menjawab soalan yang diberi, dan hantar report pada hari itu juga. Nak tahu minggu itu buat eksperimen apa, kami perlu lihat jadual eksperimen di makmal. Jika minggu itu kami buat eksperimen 1 misalnya, kami perlu menjawab (ketika di makmal) Activity 1.1, Activity 1.2 dan seterusnya.. dan itulah report yang kami perlu hantar. Kalau ada Activity yang suruh melukis dan label, sediakan kertas A4 awal-awal, beserta melukis 'bingkai' di kertas A4 itu. Maksimum, 2 gambar dalam 1 kertas A4.

Sebaiknya, baca teori dan cara (method) untuk sesuatu eksperimen itu sebelum masuk makmal ^_^ Eksperimen-eksperimen ini biasanya mengikut aturan pembelajaran kita di dewan kuliah.. Justeru, praktikal di makmal ini membantu kita untuk lebih memahami pelajaran, jangan lepaskan peluang! =)



Fizik. Hari Selasa. Lab kami di MF4 - Makmal Fizik 4 dan Makmal Fizik 6-3. 4 eksperimen di MF4 dan 4 eksperimen lagi di Makmal Fizik 6-3, secara bergilir-gilir.. Waktu kami, minggu 1 di MF4, minggu 2 di Makmal Fizik 6-3, minggu 3 di MF4 kembali, dan seterusnya..

Di hadapan makmal, ada ditampal kertas, nama kami dan susunan eksperimen mengikut minggu. Sebagai contoh, susunan eksperimen akak di MF4 adalah 1,3,4 dan 5. Tetapi kawan-kawan akak, ada yang dapat susunan 3,4,5 dan 1; atau 4,5,1, dan 3; atau 5,1,2 dan 3 ^_^
Susunan eksperimen akak di Makmal Fizik 6-3 pula adalah 6,7,8 dan 10. Kawan-kawan akak ada yang dapat 7,8,10 dan 6; atau 8,10,6 dan 7; atau 10,6,7 dan 8.
Jadi, bagi eksperimen Fizik, kami duduk di meja mengikut eksperimen masing-masing, bukan mengikut kelas tutorial.
Salah satu eksperimen kami di MF4, ada yang dilakukan di dalam 'bilik gelap'. Interesting~

Masa minggu pertama eksperimen (di MF4), kami tidak buat eksperimen tetapi, kami kena ukur objek menggunakan vernier calipers dan micrometer screw gauge (yang akak ingat). Kiranya, belajar basic of measurement and error analysis.

Minggu berikutnya, di Makmal Fizik 6-3. Iaitu bermulalah eksperimen pertama kami. Kami dimaklumkan, untuk eksperimen Fizik, kami perlu menyalin report sebelum masuk makmal, cuma biarkan kosong bahagian results and discussions, dan conclusions. Semasa itu, kami ingatkan, kami akan buat eksperimen 1, atau 3, atau 4, atau 5 (seperti yang tercatat di kertas di depan MF4). Sebagai contoh, akak dah siap-siap salin eksperimen 1. Kami tak tahu yang sebenarnya, ada lagi 4 eksperimen di Makmal Fizik 6-3!

Kemudian, ketika kami sampai di depan Makmal Fizik 6-3, kami nampak kertas yang bertulis nama kami, dan susunan eksperimen masing-masing (tidak sama seperti di MF4). Iaitu, susunan eksperimen itu adalah antara eksperimen 6,7,8 dan 10! Untuk mengukuhkan lagi debaran kami, kami lihat di atas meja (dalam makmal), tertera kertas yang bertulis, "Eksperimen 10". Meja sana, "Eksperimen 8". Meja lain, "Eksperimen 7". Meja hujung, "Eksperimen 6". Kami pun kaget!

Lalu, kelam-kabut kami menyalin report eksperimen yang bakal kami buat. Akak dapat eksperimen 6 jadi, tak banyak yang perlu disalin, graph pun tak perlu buat. Bagi eksperimen yang kena lukis graph, dengan kena menyalin report, dengar kata ada yang tak sempat siap.. Sekali ini je lah berlaku, kerana sepatutnya, apabila masuk makmal, terus buat eksperimen..

Bagi eksperimen Fizik, adik-adik kena mahir lukis graf. Masa akak dulu, Puan Izlina (dalam kuliah) ada ajar nak lukis graf macam mana. Kena ada tajuk, paksi x dan y, appropriate scale, centroid, best straight line, maximum slope, minimum slope.. Report Fizik pun perlu hantar pada hari itu (hari buat eksperimen) juga.

Eksperimen Fizik, bagi akak, tak susah sangat, cuma mencabar kekuatan mental, hehe, sebab eksperimen-eksperimennya mudah tetapi, perlu dilakukan berulang kali, bagi mendapat result yang tepat. Bila minda lemah, fizikal pun boleh jadi letih =p Selain itu, sedikir pesanan akak, baca teori dan method eksperimen itu sebelum masuk makmal dan kalau boleh, fahamkan.. Kalau dapat susunan eksperimen yang tidak selari dengan kuliah pensyarah, agak sedih sedikit.. sebab tak dapat nak faham sangat (berlaku kat akak ketika sem 4)



Kimia. Hari Rabu. Di Makmal Kimia 5. Hari pertama eksperimen, kami buat eksperimen 1 - Introduction to Experimental Laboratory and Usage of Laboratory Equipments. Kami mendengar penerangan daripada pensyarah yang memantau, mendapat kabinet alatan masing-masing, periksa alatan-alatan sama ada cukup atau tidak, diperkenalkan pada demonstrator masing-masing, dan lain-lain. Kemudian, kami diberi 5 keping filter paper untuk ditimbang menggunakan analytical balance, di dalam sebuah bilik yang kecil. Berebut-rebut (dalam keadaan berbaris) dan bersempit-sempit kami di dalamnya -.-'

analytical balance

Bagi eksperimen Kimia, kami pun duduk di meja mengikut kelas tutorial. Semasa di semester ini, kami menggunakan 2 buah buku Science Practical - untuk menulis report dan sebuah buku  jotter. Kami diberi masa selama seminggu untuk menyiapkan report Kimia. Kami hantar report eksperimen 1 pada hari kami buat eksperimen 2 (eksperimen berikutnya), dan gunakan buku Science Practical yang lagi satu untuk buat report bagi eksperimen 2.. Results, discussions dan conclusions, kena buat sendiri. Ini pengalaman akak sebagai ahli AP3, di bawah seliaan Cik Hasna Nadiah sebagai demonstrator AP3 bagi semester 3.

jotter book

Bagi akak (pendapat akak,tidak mewakili sahabat-sahabat akak yang lain), eksperimen Kimia agak memenatkan.. Dan paling penting, jangan lupa baca teori dan method untuk eksperimen minggu itu. Kami dulu, ada jadual dilekatkan di bahagian hadapan dalam makmal, untuk mengetahui eksperimen apa bagi setiap minggu.

Laboratory manual, kami dapat~

Ini hanyalah pengalaman akak, mungkin sedikit sebanyak ada yang tidak sama dengan adik-adik. Mudah-mudahan dapat membantu adik-adik, walaupun tak banyak. Apa-apa pun, dengar cakap demonstrator masing-masing ye ^_^

Tutorial Fizik, kami tak perlu hantar, tetapi kena bincang dengan tutor, untuk tahu jawapan yang betul. Tutorial bagi kedua-dua subjek Fizik adalah bergilir-gilir; begitu juga bagi tutorial Kimia dan Biologi. Sebagai contoh, minggu ini, tutorial untuk FMAX0111. Minggu berikutnya, tutorial untuk FMAX0112. Minggu seterusnya, tutorial untuk FMAX0111..  Jadi sebaiknya, siapkanlah tutorial kita ^^,

Setiap kali kelas tutorial Biologi, kami ada exam.. yang menyumbang 10 markah kebiasaannya. Jangan lupa untuk bersedia =) Selepas exam, barulah tutor akan membincangkan tentang soalan dan jawapan tutorial minggu itu..

Tutorial Kimia pula, kami kena hantar jawapannya, dan menyumbang 10 markah paling banyak, bagi setiap tutorial. Berusaha untuk buat yang terbaik! ^^, Semasa kelas tutorial pertama, kami ada dapat 2 tutorial Kimia sebelum itu; Tutorial-Introduction to General Chemistry dan Tutorial 1. Dua-dua kena siapkan cuma bezanya, Tutorial 1 kena hantar, Tutorial-Introduction to General Chemistry bincang dalam kelas bersama tutor.

Wallahua'lam. Seronok juga mengimbau kenangan lama kan? ^_~ Ciptalah kenangan adik-adik. Bukan bermaksud 'cipta kenangan' dengan terpecahkan test tube atau lain-lain tetapi, pengalaman adik-adik menghadapi jerih payah dalam menuntut ilmu ini..dengan usaha dan doa, pengharapan yang tinggi kepada ALLAH.. cinta ALLAH.. (",)

~kak munirah, sains hayat~

p/s: terima kasih Nisa =)

kenangan AP3
(maaf,saya tiada gambar AP1 dan AP2)

6 comments:

  1. > FiNdiNg tRuE LovEs~

    maaf ye asma.. ^_^
    arasso maksudnya 'baiklah' kan?
    cuti ni,kta teruja tgk cerita jewel in the palace kat tv al-hijrah;
    byk ibrah yg boleh diambil~ =)

    uhibbuki fillah asma! <3

    ReplyDelete
  2. teringan kenangan2 mengusik jiwa.. hehe.. thengs kak mun.. (^_^)

    ReplyDelete
  3. > I aM mE

    terima kasih kat awak juga wan..sudi baca dan komen =')

    kalau awak nak tulis apa2 kenangan,peristiwa kat sini..silakan lah;
    bolehlah kta pula yg baca,hee~ (^_^)

    ReplyDelete