Kami nak pergi ni...

9:30 AM MUJTAHIDAH SOLEHAH 0 Comments

Nak pi mana? Nak pi mana? Habaq mai la.. ^^,

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Subhanallah! ALLAH Maha Berkuasa..


Alhamdulillah, pada tarikh 29.5.2011 bersamaan hari Ahad, dari 8.30 pagi - 1.30 tengah hari, kami pelajar Program Asasi Pengajian Islam Dengan Sains dikehendaki mendaftar di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya(PASUM) bagi meneruskan pengajian tahun kedua kami.. iaitu semester 3 dan 4.
Dan, kami ada program Haluansiswa selama seminggu.. (",)

Sebelum ini, kami belajar di Akademi Pengajian Islam UM Nilam Puri, Kelantan bagi semester 1 dan 2. Di sana, kami belajar subjek agama dan kini, kami akan mula belajar subjek sains pula..tapi kami masih dalam program asasi, bermaksud 2 tahun asasi. Pada semester 3 dan 4 ini, kami perlu pilih sama ada nak sains hayat atau sains fizik.

Maaf jika ana tidak pandai untuk menerangkan situasi kami.
Pinta ana, tembaklah doa buat kami ya! ^_^
InsyaALLAH, belajar kerana ALLAH..mengamalkan ilmu yang dipelajari untuk maslahat ummah dan Islam..




Wallahua'lam, wabillahi taufiq wal hidayah,
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
~CINTA ALLAH & RASUL-NYA~

0 comments:

Suka Hadis?

6:20 PM MUJTAHIDAH SOLEHAH 4 Comments


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^^,

كَيْفَ حَالُكَمْ ؟ كَيْفَ إِيْمَانُنَا ؟
Kalian apa khabar? Iman kita pula bagaimana khabarnya?
Ana,alhamdulillah sihat.. Iman? Tanyalah hati kita.. Mudah-mudahan hari ini lebih baik daripada semalam dan seterusnya..insyaALLAH yang terbaik kerana ALLAH! ^_^

Sahabat-sahabat suka hadis? Kalau jawapannya adalah ye! atau ya! atau na'am!, Alhamdulillah..(",)
Marilah kita beramal dengan Al-Quran dan As-Sunnah! (n_n)

Bila ana online, insyaALLAH antara blog yang ana akan lawati adalah Suka Hadis dan Koleksi Hadis Nabi & Penggerak Muslimin.
Apa kata sahabat-sahabat pun menjenguk ke sana?
Kalau yang dah pernah pergi ke dua buah blog itu, jom kita lihat entrinya yang terbaru! ^_~

Wallahua'lam, wabillahi taufiq wal hidayah,
ilal liqa' insyaALLAH.. (hingga ketemu lagi insyaALLAH).
~CINTA ALLAH & RASUL-NYA~

4 comments:

Saya nak isi rohani saya!!

5:52 PM MUJTAHIDAH SOLEHAH 8 Comments

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^

Hmm..anda pernah berkata 'Saya nak isi rohani saya!!' di dalam diri anda? Bertanya pada hati anda? Tepuk dada,tanyalah iman..

"Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." (Al-'Asr: ayat 1-3)

Rancangan Al-Hidayah : Hidayah Milik ALLAH


Dah lihat video ini?
Alhamdulillah,segala puji bagi ALLAH bagi siapa yang berkesempatan melihat rancangan ini.

Ana pernah dengar di salah satu rancangan Tanyalah Ustaz tv9, berkaitan dengan ayat ke-6 surah Al-Fatihah, "tunjukilah kami jalan yang lurus," ; ustaz (ana tidak ingat nama ustaz tersebut) menjelaskan jika kita dipam dengan hidayah yang banyak oleh ALLAH, kita akan mudah untuk hadapi ujian,musibah dan segala apa yang berlaku dalam hidup kita...Allahuakbar!

Ana nak kongsikan apa yang ana dapat daripada majlis ilmu ini. Seperti yang anda tonton di video tersebut, penyampainya adalah Ustaz Badli Shah Alauddin.

Jikalau anda memandu di jalan raya,apakah yang memandu anda agar dapat selamat sampai ke destinasi yang dituju? Papan tanda..petunjuk arah..
Begitu juga hidup kita ini,ada jalannya,ada liku-liku di sepanjang perjalanan itu dalam menuju destinasi manusia. Apakah destinasi kita? Menuju negeri akhirat..dan kita perlukan petunjuk,hidayah dari ALLAH untuk selamat sampai ke negeri akhirat!

Hidayah bermaksud petunjuk dan bimbingan daripada ALLAH.
Apabila kita berjumpa orang,bagi salam..dan katakanlah 'wabillahi taufiq wal hidayah-moga kamu mendapat taufiq dan hidayah daripada ALLAH SWT'.
Apabila berbicara tentang hidayah,ia tidak akan terlepas daripada taufiq, kerana kedua-duanya berpasangan,bersama-sama.
Apa beza hidayah dan taufiq?
Hidayah adalah petunjuk daripada ALLAH ke arah perkara kebaikan;
manakala taufiq adalah kesanggupan,kudrat kita untuk melakukan kebaikan.

Kenapa kita kena minta hidayah daripada ALLAH?
Kerana ALLAH yang memberi hidayah dan dunia ini milik ALLAH.

"dan Kami mencabut rasa dendam dari dalam dada mereka, di bawahnya mengalir sungai-sungai. Mereka berkata, "Segala puji bagi ALLAH yang telah menunjukkan kami ke (syurga) ini. Kami tidak akan mendapat petunjuk sekiranya ALLAH tidak menunjukkan kami. Sesungguhnya rasul-rasul Tuhan kami telah datang membawa kebenaran." Diserukan kepada mereka, "Itulah syurga yang telah diwariskan kepadamu, kerana apa yang telah kamu kerjakan." (Al-A'raf 7: ayat 43)

Contoh:
Mendapat hidayah tetapi tidak mendapat taufiq;
...nak buat baik,tetapi tiada kudrat seperti sakit...

Mendapat taufiq tetapi tidak mendapat hidayah;
...sihat tubuh badan tetapi nak pergi masjid susah,tidak mahu...

Oleh itu,mohonlah,berdoalah kepada ALLAH agar kita mendapat hidayah dan taufiq-NYA,amin..

Menurut Dr. Wahbah Az-Zuhaili, hidayah ada beberapa bahagian;
Hidayah Tabi'i ~ petunjuk dan bimbingan ALLAH kepada seluruh makhluk; haiwan, non-muslim dan muslim. [contoh: macam mana burung dapat ilham untuk buat sarang, padahal tiada siapa yang mengajarnya]
Hidayah Hawasi ~ hidayah pancaindera. [contoh: bila kita dapat khabar gembira, kita tersenyum. Macam mana kita dapat idea apabila gembira kita kena senyum,bukan bermasam muka?]
Hidayah Akal ~ berfikir,kita mendapat petunjuk. [contoh: macam mana daripada pokok, nak buat kertas misalnya]
Hidayah Agama ~ contoh hukum-hakam ALLAH. Ohh,minum arak haram dll.
Hidayah Taufiq ~ 100% daripada ALLAH, dan hidayah yang paling tinggi. Inilah yang kita sebagai orang mukmin mahukan sepatutnya.

*komentar seorang hamba;
~selain kita meminta daripada ALLAH hidayah,di dalam surah Al-Fatihah; kita juga memohon hidayah daripada ALLAH di dalam bacaan duduk di antara dua sujud yang bermaksud, "Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mendalami Al-Quran,menyelam sambil minum air!

Aha, apa yang ana cuba sampaikan? Begini..kita,umat islam bukanlah setakat membaca Al-Quran tanpa mengetahui maksudnya sebagai amalan harian kita bahkan, kita hendaklah ada inisiatif@usaha untuk mengetahui makna-makna ayat-ayat Al-Quran yang kita baca, mempelajari tafsiran makna-makna ayat-ayat Al-Quran tersebut(dengan bimbingan guru yang ahlul quran) dan kemuncaknya adalah, sejauh mana kita mengamalkan perintah ALLAH yang terkandung di dalam Al-Quran!

Untuk penjelasan yang lebih, sila berkunjung ke sini, sini dan sini ^_^ Sila ke link tersebut ye..(nak isi rohani kan? ^^,)

Jadi, apa inisiatif kita dalam memahami Al-Quran,PANDUAN HIDUP umat islam? Begitu juga Hadis sebagai sumber kedua perundangan Islam..

Oleh itu, ana nak mencadangkan beberapa inisiatif.. (n_n)
  • Tontonlah rancangan Adik & Al-Quran di tv9, disiarkan pada 8.30 pagi(Isnin-Khamis) dan 7.30 malam(Isnin-Jumaat),
  • atau rancangan Tafsir Al-Quran di radio ikim.fm, Isnin-Jumaat @ 6.30 pagi / 8.00 malam (ulangan)
  • atau bahagian Tafsir dan Hadis yang terdapat di dalam majalah Solusi, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.
Atau anda ada cadangan lagi? Sangat dialu-alukan.. ^_^

Wallahua'lam, terus bergerak dan bertransformasi(berubah) untuk ummah dan agama Islam yang tercinta! Dan dalam misi menggapai REDHA ALLAH..! (",) dengan m'ikut cara Nabi Muhammad SAW.. ^_~

Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
~CINTA ALLAH & RASUL-NYA~

8 comments:

Akhirat dan Dunia

6:44 PM MUJTAHIDAH SOLEHAH 3 Comments

“Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai kerisauannya maka Allah SWT akan memperkayakan hatinya dan harta benda dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk dan hina dan sesiapa yang menjadikan dunia sebagai kerisauannya Allah SWT akan menjadikan kemiskinan terbayang-bayang di hadapannya dan dia akan diselubungi kesusahan. Dia tidak akan mendapat di dunia lebih daripada apa-apa yang telah ditakdirkan”.
Dipetik dari kitab at-Targhib, hadis riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi.

Wallahua'lam. Ambillah iktibar darinya.

Credit to cik nunaa. Jazakillah ya ukhti.

3 comments:

Di Sebalik Kejadian Pokok

10:54 PM MUJTAHIDAH SOLEHAH 2 Comments

Belajar Dengan Alam.
Oleh: Pak Ngah.

apple orchad

Sekali-sekala ketika anak-anak pulang ke kampung,cuba perhatikan pokok buah-buahan di sebuah dusun. Ah,mungkin telah sering anak-anak melihatnya,bahkan sudah biasa mengait atau memanjat pokok untuk mendapatkan buah-buahnya. Tetapi kali ini marilah kita renung keajaiban pokok buah-buahan itu. Marilah kita belajar sesuatu daripadanya.

Ya,ini mungkin jarang kita lakukan. Jadi kali ini marilah kita cungkil sesuatu yang tersembunyi di sebalik ciptaan ALLAH ini.

Pokok buah-buahan yang bermacam-macam jenis itu tumbuh di atas tanah yang sama, mendapat air dari tanah atau sungai yang sama, mendapat cahaya dari sinaran matahari yang sama, mendapat garam galian(baja) dari sumber yang sama... tetapi aneh ya, rasa buah-buah itu tidak sama.

Rasa buah manggis tidak sama dengan rasa buah durian walaupun kedua-duanya tumbuh bersebelahan. Tidak pernah kita makan buah langsat dengan rasa buah rambutan walaupun kedua-duanya tumbuh di atas tanah yang sama.

Rasa Tak Sama

Mungkin terdetik di hati anak-anak, apalah luar biasanya? Itu kan sudah lumrah. Memanglah rasa buah-buah tidak sama. Itu semua orang tahu. Namun marilah kita buat perbandingan. Katalah ada seorang chef(tukang masak) yang terkemuka. Dia diberi bahan yang sama, peralatan memasak yang sama dan jangka masa yang sama, lalu disuruh memasak makanan yang mempunyai kepelbagaian rasa. Mampukah dia? Pak ngah rasa, dia tidak akan mampu melakukannya. Mungkin dia berjaya memasak makanan yang berbagai-bagai bentuk atau rupa. Tetapi jika bahan-bahannya sama, rasanya mesti sama.

Tanda Kebijaksanaan ALLAH

Sekarang, cuba renungkan kuasa ALLAH yang telah menumbuhkan segala jenis pokok buah-buahan tetapi dengan rasa yang pelbagai walaupun semua bahan utamanya - air, tanah, garam galian, cahaya - adalah sama. Bukan sahaja bentuk luarannya berbeza, tetapi rasanya pun turut berbeza. Ini sebenarnya sesuatu yang sangat luar biasa walaupun kita sudah terbiasa dengannya. Maha Suci ALLAH yang kebijaksanaan-NYA dan keperkasaan-NYA tidak dapat ditandingi oleh sesiapa.

Jadi, apabila anak-anak memakan buah-buahan, janganlah merasa buah itu semata-mata tetapi 'rasakanlah' juga kebesaran dan keagungan ALLAH. Mulakan dengan nama-NYA(basmalah) dan sudahilah dengan memuji-NYA(alhamdulillah). Ingatlah Pemberi nikmat, jangan hanya terkesima dengan nikmat!

Sumber: Majalah Asuh no. 118 (Mei '07)


Siramilah hati kita dengan mentadabbur(menghayati dan mengambil pelajaran) bait-bait cinta ALLAH SWT (kalamullah) ini;

"Alif Lam Mim Ra. ini adalah ayat-ayat Kitab (Al-Qur'an). Dan (Kitab) yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dari Tuhanmu itu adalah benar; tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (kepadanya).
Allah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia menundukkan matahari dan bulan; masing-masing beredar menurut waktu yang telah ditentukan. Dia mengatur urusan (makhluk-Nya), dan menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), agar kamu yakin akan pertemuan dengan Tuhanmu.
Dan Dia yang menghamparkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai diatasnya. Dan padanya Dia menjadikan semua buah-buahan berpasang-pasangan; Dia menutupkan malam kepada siang. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi orang-orang yang berfikir.
Dan di bumi terdapat bahagian-bahagian yang berdampingan. kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman, pohon kurma yang bercabang, dan yang tidak bercabang; disirami dengan air yang sama, tetapi Kami lebihkan tanaman yang satu dan yang lainnya dalam hal rasanya. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi orang-orang yang mengerti."
(Ar-Ra'd 13: ayat 1-4)

2 comments:

Hijjaz-Kawan

5:53 PM iamyuha 0 Comments

0 comments:

Tit,tit. Ada Mesej Masuk! ^_^

10:14 PM MUJTAHIDAH SOLEHAH 0 Comments


"Saat ALLAH SWT mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka. Disitulah ALLAH melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka, kemudian diganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan bersih. Hati kita seeloknya selalu berbisik: AKU TAHU BILA ALLAH MENCINTAIKU IAITU SAAT AKU MEMBENCI SEGALA KEJAHATANKU.."

salam mujahadah ^_^


HADIS QUDSI (Tanda Cinta ALLAH kepada Hamba)

"Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Jika ALLAH mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil Jibrail, 'Sesungguhnya ALLAH mencintai si polan, maka cintailah ia.' Jibrail pun mencintainya, lalu Jibrail menyeru penduduk langit, 'Sesungguhnya ALLAH mencintai si polan, maka cintailah ia.' Maka penduduk langit mencintainya, kemudian ia mendapat penerimaan di dunia." (Riwayat al-Bukhari no. 3037) "

*Rujukan hadis: Solusi isu no. 20*

0 comments:

Berita Gembira!! Alhamdulillah..^_^

9:25 PM MUJTAHIDAH SOLEHAH 2 Comments

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh! *mode sgt2 happy!*

Haa,ada berita gembira yg ana nak kongsi dgn semua..especially utk penuntut2 di APIUM NP!! _~
Ana x tau lah sama ada semua dah tahu ke belum..ana cuma nak menyampaikan berita ni.
Isu ni nampaknya boleh dikatakan 'agak besar' kerna boleh sampai masuk paper tuh..

Ada siapa2 selak2@baca surat khabar Utusan Malaysia hari ni(4 Mei 2011)?
Ni nak gitau ni..cuba shbt2 bukak muka surat 23?
Xpe la..ana tolongkan..







Akademi UM Nilam Puri kekal

KOTA BHARU 3 Mei- Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) tidak berhasrat menutup Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya(UM), Nilam Puri seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, tidak ada sebab pihaknya atau UM menutup akademi itu yang mempunyai sejarah panjang dan banyak berjasa kepada negara khususnya rakyat Kelantan.

Beliau berkata, isu tersebut sewajarnya tidak timbul kerana UM hanya menjalankan kajian untuk memperkasa kedudukan akademi tersebut selaras dengan perkembangan semasa.

"Antara yang dilihat dalam kajian itu, adakah Nilam Puri boleh memperluaskan fungsinya bukan sahaja menyediakan pelajar untuk Pengajian Islam UM, tetapi mungkin universiti lain yang ada Pengajian Islam.

"Sebagai contoh, Universiti Al-Azhar tidak mengambil pelajar Pengajian Islam kecuali mereka yang lulus ujian Bahasa Arab universiti tersebut, jadi apakah Nilam Puri boleh memainkan peranan sampingan untuk menyediakan kursus Bahasa Arab dengan kerjasama al-Azhar," katanya.

Itulah yg dilaporkan di dlm berita tersebut..
Ana ada ckit tasyji' wat shbt2 APIUM NP khususnya..dan moga2 all readers juga dpt manfaatnya! ^_^

"Kami sayang,
Bumi tarbiyah!

Bumi tarbiyah,
Kami sayang!

Nahnu, Jundullah!
Nahnu, Ansorullah!

Hayatuna(2x), 'Ibad!
Dusturuna(2x), Quran!
Sabiluna(2x), Jihad!
Amaluna(2x), Syahid!

Takbir! Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar!!! "

Wallahua'lam. Jika ada yg salah,sila2lah m'p'betulkan..
Ilal liqa',ma'as salamah.

Moga ALLAH redha~

~CINTA ALLAH & RASUL-NYA~

2 comments: