What's up?

3:50 PM MUJTAHIDAH SOLEHAH 2 Comments

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ^^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepadamu diiringi dengan rahmat dari ALLAH dan juga barakah dari ALLAH untukmu ^_^

Masuk bilik, tengok meja belajar..


Bersepahnya!!

Kenapa ni?

Banyak sangat nota kat atas meja..




Owh..nak periksa..

Final exam pula tu..

Hmm..


Bagi pelajar APIDS batch 09, ini adalah final exam untuk semester akhir asasi.. Selepas ini, insyaALLAH kami akan sambung ijazah sarjana muda pula. Sahabat-sahabat, doakan kejayaan kami ye! (^_^)




http://4.bp.blogspot.com/_-WY6cvQ7V7A/So9Gpp9YChI/AAAAAAAAAbQ/GS5iqBUs9s4/s1600/doa+belajar.bmp
ihsan dari -Meyusur Tabir Ilahi


Sahabat-sahabat, ana mohon maaf dan terima kasih atas segalanya. Bittaufiq wannajah (",)

2 comments:

UNIC - Seiring Sehaluan

7:35 AM MUJTAHIDAH SOLEHAH 0 Comments

Ana dedikasikan nasyid ini buat sahabat-sahabat APIDS 92, dan sahabat-sahabat sekolah menengah saya.
Suka maksud liriknya ~seiring sehaluan satu cita dan impian~





Belajarlah kerana ALLAH! ~pesanan buat diri dan semua~

0 comments:

Sekitar Masjid Negara

1:03 AM MUJTAHIDAH SOLEHAH 4 Comments

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang =)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepadamu diiringi dengan rahmat dari ALLAH dan juga barakah dari ALLAH untukmu (",)

Hmm, entri kali ini, ana bercerita ye? Harap sahabat-sahabat gembira! ^_^

Pada 17/3/2012 yang lepas, ana dan keluarga pergi ke Planetarium Negara yang terletak di Kuala Lumpur. Ana pernah pergi ke sana semasa tingkatan 2, tapi, dah agak lama kan, jadi ana tak ingat sangat keadaan di dalamnya. Setahu ana, Planetarium Negara terkenal dengan 'bilik tanpa graviti'. Di Terengganu pun sebenarnya ada Planetarium Terengganu, ana pernah pergi sana dengan kawan-kawan APIDS, sempena jaulah (lawatan) kami ke Terengganu (masa tu kami belajar di Kelantan; dari Nilam Puri,Kelantan ke Kuala Terengganu mengambil masa lebih kurang 3 jam dengan menaiki bas).


Planetarium Negara

Masing-masing ada tarikannya. Kalau di Planetarium Terengganu, ada bahagian 'Tokoh-tokoh Islam dalam Sains' dan banyak sangat permainan sains yang menarik! ^^ Tayangan filemnya pun seronok! (Baru sekali tengok,hehe.. =p)


 


Ana teringat jaulah kami di Planetarium Terengganu.. =')

















Planetarium Negara terletak berdekatan dengan Masjid Negara. Sebenarnya, banyak sangat tempat-tempat menarik di sekitar Masjid Negara, seperti Muzium Kesenian Islam, Bangunan TV Al-Hijrah, Taman Burung Kuala Lumpur @ KL Bird Park, Muzium Polis, Taman Rama-Rama, Taman Orkid, Taman Tasik Perdana, dan pelbagai lagi. Sesiapa yang tinggal di KL atau Selangor, dan sahabat-sahabat yang berpeluang berkunjung ke KL, bolehlah ambil angin di kawasan-kawasan ini.. Yang paling penting, bila masuk waktu solat, masjid dekat je dengan kawasan-kawasan menarik ini.. iaitulah Masjid Negara. Dapatlah solat awal waktu insyaALLAH, kan 2x ^^


 


kapsul Soyuz ~nak cuba? muat untuk kanak-kanak je.. ^_~


Periodic Table ~tapi handset ana tak dapat tangkap Group 17 dan 18.. =(


 



Antara yang menarik di Planetarium Negara adalah, timbang berat kita di setiap planet (bukan setakat di planet Bumi bahkan boleh tahu berat kita di planet Utarid, Zuhrah, dan lain-lain), boleh tahu bacaan degupan jantung kita, mencuba 'bilik tanpa graviti', ambil gambar di planet Marikh, mengetahui unsur-unsur (element) benda-benda di sekeliling kita seperti di dapur, ruang tamu, dan lain-lain, menonton tayangan, dan sebagainya.

Masa ana pergi tu, masuk adalah percuma, cuma bayar untuk lihat tayangan. Tapi, ana tak tahulah operasi sebenar di Planetarium Negara. Jadi, untuk mengetahui bayaran tiket di Planetarium Negara, jangan rujuk ana ye, minta maaf..


Tiket tayangan ana dan keluarga ~Kami tengok filem Solar Storms


Teater Angkasa
 
Kemudahan surau dan tandas turut disediakan di dalam Planetarium Negara ^^

Wallahua'alam. Sekian dahulu dari ana. Nak tahu tempat-tempat menarik lagi di Selangor atau KL? Boleh jenguk sini..  Tempat-Tempat Menarik di Kuala Lumpur. Tadabbur alam dan diri.. Jazakumullahu khoir! (terima kasih) Dan ana minta maaf atas segalanya..

Moga berjumpa lagi dalam redha ALLAH! Amin.. ^^

4 comments:

Apa kata hati?

8:13 PM MUJTAHIDAH SOLEHAH 2 Comments




Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang =)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepadamu diiringi dengan rahmat dari ALLAH dan juga barakah dari ALLAH untukmu (^_^)

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH ^^ Didiklah diri kita agar sentiasa bersyukur kepada ALLAH..setiap masa..setiap keadaan..

Selawat dan salam yang tidak putus-putus buat uswah hasanah (contoh tauladan yang baik), Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi Wasallam, moga kami beroleh syafaatmu dan dapat meneladani sunnahmu sebaik mungkin..

Agama islam itu adalah.. RAHMAT LIL 'ALAMIN; rahmat buat sekalian alam.. Oleh itu, kita berperanan menyebarkannya..

Sedikit muhasabah buat diri, agar dapat diketuk kelalain yang bersarang di dalam diri.

Untuk berubah, HATI adalah titik mula.

Hati yang bersih, mudah untuk menerima hidayah dan taufik-NYA.

Ayuh koreksi diri, adakah kita berusaha untuk membersihkan hati kita?

Menuju ALLAH Yang Satu, cinta yang hakiki, akhirat destinasi akhir.

Meneladani akhlak Nabi, sunnah Nabi, dalam setiap perbuatan dan perkataan kita..

Kita mudah untuk mengingati manusia, tapi seringkali alpa dalam mengingati ALLAH Yang Maha Esa.

Kita suka bersembang dengan manusia, tapi terlupa untuk berzikir mengingati ALLAH.

Kita gemar membaca buku, komik, blog, facebook dan lain-lain, tapi terlalai dari menatap dan membaca Al-Quranul Karim.

Kita asyik mendengar lagu-lagu, tetapi kurang mendengar kuliah ilmu mahupun nasihat-nasihat dan teguran-teguran yang baik.

Banyak lagi yang kita buat, tapi kita selalu tidak mengendahkannya, atau melupakannya, atau mengambil ringan..

Maafkan diri ini wahai pembaca-pembaca merangkap sahabat-sahabat, tulisan ini lebih kepada untuk mengetuk kelalaian diri..membangkitkan motivasi..

Moga bermanfaat buat saya, dan anda semua (",)

Sebarang teguran dan nasihat yang membina, sangat dialu-alukan..

Wallahua'lam, ilal liqa' insyaALLAH ^^


2 comments: