Saya nak isi rohani saya!!

5:52 PM MUJTAHIDAH SOLEHAH 8 Comments

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^

Hmm..anda pernah berkata 'Saya nak isi rohani saya!!' di dalam diri anda? Bertanya pada hati anda? Tepuk dada,tanyalah iman..

"Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." (Al-'Asr: ayat 1-3)

Rancangan Al-Hidayah : Hidayah Milik ALLAH


Dah lihat video ini?
Alhamdulillah,segala puji bagi ALLAH bagi siapa yang berkesempatan melihat rancangan ini.

Ana pernah dengar di salah satu rancangan Tanyalah Ustaz tv9, berkaitan dengan ayat ke-6 surah Al-Fatihah, "tunjukilah kami jalan yang lurus," ; ustaz (ana tidak ingat nama ustaz tersebut) menjelaskan jika kita dipam dengan hidayah yang banyak oleh ALLAH, kita akan mudah untuk hadapi ujian,musibah dan segala apa yang berlaku dalam hidup kita...Allahuakbar!

Ana nak kongsikan apa yang ana dapat daripada majlis ilmu ini. Seperti yang anda tonton di video tersebut, penyampainya adalah Ustaz Badli Shah Alauddin.

Jikalau anda memandu di jalan raya,apakah yang memandu anda agar dapat selamat sampai ke destinasi yang dituju? Papan tanda..petunjuk arah..
Begitu juga hidup kita ini,ada jalannya,ada liku-liku di sepanjang perjalanan itu dalam menuju destinasi manusia. Apakah destinasi kita? Menuju negeri akhirat..dan kita perlukan petunjuk,hidayah dari ALLAH untuk selamat sampai ke negeri akhirat!

Hidayah bermaksud petunjuk dan bimbingan daripada ALLAH.
Apabila kita berjumpa orang,bagi salam..dan katakanlah 'wabillahi taufiq wal hidayah-moga kamu mendapat taufiq dan hidayah daripada ALLAH SWT'.
Apabila berbicara tentang hidayah,ia tidak akan terlepas daripada taufiq, kerana kedua-duanya berpasangan,bersama-sama.
Apa beza hidayah dan taufiq?
Hidayah adalah petunjuk daripada ALLAH ke arah perkara kebaikan;
manakala taufiq adalah kesanggupan,kudrat kita untuk melakukan kebaikan.

Kenapa kita kena minta hidayah daripada ALLAH?
Kerana ALLAH yang memberi hidayah dan dunia ini milik ALLAH.

"dan Kami mencabut rasa dendam dari dalam dada mereka, di bawahnya mengalir sungai-sungai. Mereka berkata, "Segala puji bagi ALLAH yang telah menunjukkan kami ke (syurga) ini. Kami tidak akan mendapat petunjuk sekiranya ALLAH tidak menunjukkan kami. Sesungguhnya rasul-rasul Tuhan kami telah datang membawa kebenaran." Diserukan kepada mereka, "Itulah syurga yang telah diwariskan kepadamu, kerana apa yang telah kamu kerjakan." (Al-A'raf 7: ayat 43)

Contoh:
Mendapat hidayah tetapi tidak mendapat taufiq;
...nak buat baik,tetapi tiada kudrat seperti sakit...

Mendapat taufiq tetapi tidak mendapat hidayah;
...sihat tubuh badan tetapi nak pergi masjid susah,tidak mahu...

Oleh itu,mohonlah,berdoalah kepada ALLAH agar kita mendapat hidayah dan taufiq-NYA,amin..

Menurut Dr. Wahbah Az-Zuhaili, hidayah ada beberapa bahagian;
Hidayah Tabi'i ~ petunjuk dan bimbingan ALLAH kepada seluruh makhluk; haiwan, non-muslim dan muslim. [contoh: macam mana burung dapat ilham untuk buat sarang, padahal tiada siapa yang mengajarnya]
Hidayah Hawasi ~ hidayah pancaindera. [contoh: bila kita dapat khabar gembira, kita tersenyum. Macam mana kita dapat idea apabila gembira kita kena senyum,bukan bermasam muka?]
Hidayah Akal ~ berfikir,kita mendapat petunjuk. [contoh: macam mana daripada pokok, nak buat kertas misalnya]
Hidayah Agama ~ contoh hukum-hakam ALLAH. Ohh,minum arak haram dll.
Hidayah Taufiq ~ 100% daripada ALLAH, dan hidayah yang paling tinggi. Inilah yang kita sebagai orang mukmin mahukan sepatutnya.

*komentar seorang hamba;
~selain kita meminta daripada ALLAH hidayah,di dalam surah Al-Fatihah; kita juga memohon hidayah daripada ALLAH di dalam bacaan duduk di antara dua sujud yang bermaksud, "Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mendalami Al-Quran,menyelam sambil minum air!

Aha, apa yang ana cuba sampaikan? Begini..kita,umat islam bukanlah setakat membaca Al-Quran tanpa mengetahui maksudnya sebagai amalan harian kita bahkan, kita hendaklah ada inisiatif@usaha untuk mengetahui makna-makna ayat-ayat Al-Quran yang kita baca, mempelajari tafsiran makna-makna ayat-ayat Al-Quran tersebut(dengan bimbingan guru yang ahlul quran) dan kemuncaknya adalah, sejauh mana kita mengamalkan perintah ALLAH yang terkandung di dalam Al-Quran!

Untuk penjelasan yang lebih, sila berkunjung ke sini, sini dan sini ^_^ Sila ke link tersebut ye..(nak isi rohani kan? ^^,)

Jadi, apa inisiatif kita dalam memahami Al-Quran,PANDUAN HIDUP umat islam? Begitu juga Hadis sebagai sumber kedua perundangan Islam..

Oleh itu, ana nak mencadangkan beberapa inisiatif.. (n_n)
  • Tontonlah rancangan Adik & Al-Quran di tv9, disiarkan pada 8.30 pagi(Isnin-Khamis) dan 7.30 malam(Isnin-Jumaat),
  • atau rancangan Tafsir Al-Quran di radio ikim.fm, Isnin-Jumaat @ 6.30 pagi / 8.00 malam (ulangan)
  • atau bahagian Tafsir dan Hadis yang terdapat di dalam majalah Solusi, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.
Atau anda ada cadangan lagi? Sangat dialu-alukan.. ^_^

Wallahua'lam, terus bergerak dan bertransformasi(berubah) untuk ummah dan agama Islam yang tercinta! Dan dalam misi menggapai REDHA ALLAH..! (",) dengan m'ikut cara Nabi Muhammad SAW.. ^_~

Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
~CINTA ALLAH & RASUL-NYA~

8 comments:

  1. Na'am,
    Alhamdulillah,terima kasih atas nasihat yang ringkas tetapi padat!
    Jazakumullah atas perkongsiannya.

    ReplyDelete
  2. >Ad-Dien
    InsyaALLAH lillah,
    dan terima kasih atas tinggalan jejaknya,dorongan yang sama buat akh,teruskan penulisan kerana ALLAH.
    Moga ALLAH redha.

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah, mengharap redha Allah..maqam yg tggi

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum.

    kepada saudari pemilik blog ini, sy ada mengambil sedikit contoh dan kefahaman saudari di dalam blog sy. dalam erti kata mudah, copy paste sedikit. jzkk. sbb belog sy viewer lainnya, blog anda lain viewernya, tujuan sama, untuk Allah kembalinya.sy juga ada sebarkan isi topik ini di facebook. memberitahu di sini supaya ada rasa hormat sesama kita. :D jazakillah <3.

    ReplyDelete
  5. >dinaso

    waalaikumussalam (",)
    silakan ukhti,moga dengan usaha ukhti itu,ilmu dan rahmat ALLAH dapat dirasai semua,amin.

    Jazakillah kaman ^_^

    ReplyDelete