Semester 2 bermula!
بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kaifa halukum? Apa khabar sahabat-sahabat? Apa khabar iman? Moga dalam pemeliharaan ALLAH,amin =)
18 Februari 2013 yang lepas, bermulalah pengajian semester 2 kami..
Saya nak berkongsi sedikit apa yang saya dengar daripada pengisian ini. Sahabat-sahabat nak tahu? Teruskan membaca.. ^_^
Cuba sahabat-sahabat rujuk surah al-Maidah, ayat 2. Allah berfirman:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan."
Apa-apa yang baik, bantulah.
Jaminan Nabi; kalau kita tolong orang, insha Allah Allah akan tolong kita.
Bagi yang belajar ilmu usul fiqh, تعاونوا adalah فعل الأمر
Apa yang baik dan elok, anjurkan/ajarkan. =) Siapa yang anjurkan benda baik, dan orang yang mendengarnya buat kebaikan itu; orang yang anjurkan dapat pahala seperti orang yang buat itu, tanpa mengurangkan sedikit pun pahala-pahala mereka (orang yang menganjur dan orang yang buat).
Dapat sedikit ilmu, sampaikan..
Bab 1: Ikhlas dan Niat
Menurut Imam Syaukani, ikhlas adalah ketaatan untuk taqarrub (mendekatkan diri) kepada ALLAH. (secara ringkas)
Ikhlas bermakna kerana ALLAH.
Menghadirkan niat di dalam amalan, perkataan dan hal/keadaan kita.
Mafhum hadis Nabi, "Setiap amalan bergantung kepada niat". Klik sini untuk lihat hadisnya.
Niat adalah wajib. Niat ini bup (boleh faham kan?)
Biarlah kita buat sesuatu dalam keadaan faham =) Tambahan dari saya, bukan bermakna kena tunggu faham baru buat tetapi, buatlah dalam keadaan faham (ada usaha dan latihan).
Sebagai contoh, kita niat ketika takbiratul ihram (solat). Sepanjang kita solat, masih menghadirkan niat. Mudah-mudahan beroleh khusyuk (",)
Namun begitu, meninggalkan perkara-perkara yang dilarang, kita TAK perlu niat.
Tidak perlu 'Sahaja aku tinggalkan zina kerana ALLAH'. Seseorang itu tinggalkan perkara-perkara yang dilarang bukan sebab kebetulan, tetapi sebab nak taat perintah ALLAH Subhanahu wa Taala.
فَهِمْتُمْ؟
Ibadah umpama badan/jasad. Ikhlas pula umpama roh. Oleh itu, tiada ibadah tanpa ikhlas.
Tambahan dari saya, ibadah memerlukan ilmu dan ikhlas.
Kalau kita baca ayat ke-2 surah al-Maidah sehingga habis, ALLAH memerintahkan kita untuk berTAQWA.
Sahabat-sahabat nak berkongsi tentang taqwa? Ayuh kita berdiskusi ilmiah di sini ^^
Wallahua'alam. Apa yang baik itu datangnya daripada ALLAH manakala yang buruk dan kurang itu datangnya daripada diri ini. Wabillahi taufiq wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (^_^)
p/s: untuk lebih kefahaman atau penjelasan, boleh rujuk sendiri kitab Riyadhus Solihin =)
0 comments: