Haruman itu..

10:04 PM MUJTAHIDAH SOLEHAH 5 Comments


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^

Salam mahabbah fillah.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Dan selawat serta salam yang berterusan buat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, Rasul yang tercinta.

Bertemu lagi kita di laman Tinta Dai'e ini, alhamdulillah =) Sahabat-sahabat apa khabar? Sama-sama kita saling mendoakan satu sama lain..

Haa, gambar di atas tu, bunga apa ye? Masa ana mula-mula terima, ana tak kenal bunga ini. Rupa-rupanya, bunga ros.. Pertama kali ana lihat rupa sebenar bunga ros (jika tidak silap).

Sebenarnya, bukan ana seorang yang dapat bunga ros itu. Sahabat-sahabat APIDS muslimat yang lain, masing-masing dapat sebatang bunga ros; ada yang dapat ros putih, dan ada juga yang dapat ros pink.

Siapa ye yang bagi kami bunga ros itu? Ahaa.. bunga ros itu adalah hadiah daripada salah seorang sahabat kami, Wan Nur Syamimi. Selalunya, mindset masyarakat kini, pemberian bunga ros adalah di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Namun sebaiknya, yang lebih menjaga syara' perhubungan, boleh je bagi bunga ros antara perempuan dengan perempuan especially kepada sahabat atau ibu. Sweetnya! ^_~ Atau antara suami dengan isteri (",)

Selain itu, apabila ana merenung pokok-pokok, atau tumbuh-tumbuhan, ana rasa malu kepada mereka. Yang ana tahu, tumbuh-tumbuhan sentiasa berzikir kepada Allah. Mereka tunduk patuh kepada Allah, taat akan-NYA. Lalu bagaimanakah diri ini? Merenung diri yang terkadang alpa dari mengingati-NYA.. astaghfirullahal'azim.. Untuk lebih perkongsian, klik di sini.

Wallahua'lam. Maafkan salah silap diri ini, dan ambillah manfaat daripada perkongsian ini, insyaALLAH. Moga bertemu dalam redha Allah, amin ^_^

5 comments:

  1. assalammualaikum dik,

    sungguh akak juga rasa sgt malu..tksih atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian..penulisan yang baik..

    ReplyDelete
  3. >anitaare

    waalaikumussalam kak ^^,
    trm ksh kak krn sudi baca dan mencoret komen,sgt2 hargai dan terharu =')

    akak pun boleh ingatkan atau share something dgn saya.. (",)

    >kembara tarbiyyah

    jazakillah ukhti atas ziarah dan komennya,
    sokongan ukhti memberi saya inspirasi insyaALLAH ^^,
    moga ALLAH pertemukan kita di syurga-NYA,amin(",)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum munirah..
    syukran atas peringatannya..kte suka sgt bca semua post2 yg awk buat..bermanfaat..;)
    uhibukifillah...!

    ReplyDelete
  5. > Aku hambaMU

    waalaikumussalam hani.. ^_^
    kta pun suka baca post2 awak..sama2lah kita menjadi orang yang bermanfaat =)
    uhibbuki fillah kaman! ^_~

    ReplyDelete