APIDS batch 09
Bismillahirrahmanirrahim.Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ^_^
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepadamu diiringi dengan rahmat dari ALLAH dan juga barakah dari ALLAH untukmu =)
Alhamdulillah, bertemu lagi kita di sini ^^ Sahabat-sahabat apa khabar? Moga ALLAH meredhai pertemuan ini, amin ^_^
Ana nak ceritakan perkembangan kami yang terbaru. 9/4/2012 yang lepas, adalah hari terakhir kami final exam di PASUM. Dengan tamatnya semester ini, maka telah 2 tahun kami mengharungi program asasi ini. Dan insyaALLAH, perjuangan kami akan diteruskan lagi di dalam peringkat ijazah sarjana muda pada bulan 9 nanti. Harapan ana, agar mudah-mudahan kami dapat berbakti kepada ummah islam terutamanya, dalam bidang sains dan agama. Oleh itu, ana mohon doa sahabat-sahabat ye! (",)
Ramai sahabat-sahabat ana berasa sedih kerana selepas ini, kami tidak akan dikumpulkan sebagai warga APIDS lagi, tetapi sebagai warga SMPIS (Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Sains), memandangkan masing-masing akan berpisah mengikut jurusan yang dipilih. Ini pemerhatian ana, jika tidak silap. Pada pendapat ana pula, ana sudah menganggap sahabat-sahabat APIDS ana sebagai keluarga ana, jadi walau apa pun terjadi, kami pernah mengukir kenangan bersama-sama sebagai warga APIDS. Memori bersama APIDS batch 09 ini akan terpatri dalam minda masing-masing..
Wallahua'lam. Cuti yang panjang ini, perlulah dimanfaatkan sebaiknya. Berbuat baik kepada keluarga, tambah skill seperti memasak, pandu kereta, dan lain-lain, baca buku (tambah thaqafah), join usrah, dan sebagainya.
last day exam |
owh pic ni xde gambar saya =.=
ReplyDelete> la dolce
ReplyDeletejgn sedih2, walau awak xde dalam pic ni,tp awak ada dlm ingatan kami =)
dyba gi mana time ni?
da balek kolej .. tak tau psal nak amek pic ni .. huhu .. dyba x o9 mlm tu ..=(
ReplyDelete> la dolce
ReplyDeleteowh.. uhibbuki fillah,dyba =)
moga senantiasa dipermudahkan Allah dalam menuntut ilmu..patutlah lama tidak kelihatan..
ReplyDeleteshoutbox pun sudah tiada..ada beberapa perubahan:)
> Ad-Dien
ReplyDeleteameen, doa yang sama buat saudara dan kawan-kawan seperjuangan;
jazakallahu khoir!