BuLetiN hArI iNi

9:30 AM Alshaqina Nana 1 Comments

Berita semasa: oleh  - mazni



bah (banjir): teempat famous yg selalunya banjir

  • paras sungai golok (sempadan thailand dan kelantan) 10.82 meter
  • kedah- kawasan rendah dan rata
sekarang ini terdapat banyak bencana yang telah berlaku sama ada dalam negara atau luar negara. cuba kita kaitkan dengan masyarakat kita pada hari ini. Yang menjadi masalah,bukan pada istilah masyarakat tu... tetapi apa yang telah berlaku dalam masyarakat kita.. Perhatikan...betapa banyak maksiat yang dilakukan oleh diri kita sendiri. Mungkin ini adalah satu amaran dari Allah terhadap hambanya supaya bartaubat dan jauhkan diri dari perkara-perkara yang dilarang.....wallahutaala a'lam...


Wanita : oleh Afiqah


 Wanita menurut pelbagai agama dan bangsa:

1. YUNANI
Kedudukan wanita pada masa ini hanyalah sebagai budak suruhan dan pelayan. Wanita bebas dalam arus syahwat dan nafsu hewani dengan menjadi pelacur. Akhirnya mereka mendapat tempat yang tinggi dan mulia di mana dibuat dongeng menjadi 'Dewa Cinta.' Mereka memandang rendah pada hubungan suami isteri hingga mereka bebas memilih lelaki yang ingin digaulinya secara terang-terangan tanpa perkahwinan.
2. ROMAWI
Lelaki mempunyai hak sepenuhnya terhadap isterinya hingga tahap berhak membunuh isterinya sendiri. Akhirnya para wanita pada zaman ini berani menyeret lelaki ke dalam arus perbuatan keji dan dosa. Mereka memandang baik tentang novel-novel porno. Urusan cerai menjadi sesuatu yang mudah hingga wanita zaman ini pernah menikah dengan lelaki sebanyak bilangan umurnya tanpa rasa beban dan malu. 
3. PARSI
Undang-undang pada masa ini menzalimi hak wanita dan menimpakan hukuman yang berat walaupun kesalahannya ringan. Hukumannya berbentuk sembelihan yang sangat kejam. Perempuan yang haid akan diusir dari tempatnya jauh dari kota dan tidak dibenarkan berhubungan dengan mereka. Lelaki pula bebas dengan hawa nafsunya dan dianggap raja semata-mata kerana dia seorang lelaki.
4. CINA
Masayarakat Cina dahulunya hidup dalam kerosakan dan kebinatangan. Mereka berzina tanpa rasa malu, sehingga banyak anak-anak yang dilahirkan tanpa diketahui siapa bapanya. Kaum wanita hanya menunggu perintah tanpa menolak . Anak perempuan tidak dapat mewarisi harta bapanya walaupun sedikit. Wanita dianggap racun yang merosak kebahagian dan harta keluarga.
5. INDIA
Wanita dianggap sebagai budak suruhan bagi ayah,suami dan anak-anaknya. Wanita dianggap sumber kesalahan dan penyebab kemunduran akhlak dan mental. Wanita diharamkan dalam hak-hak pemerintahan dan warisan. Wanitanya tidak diberi hak hidup setelah suaminya mati sehingga dia harus mati dihari kematian suaminya dan dibakar hidup-hidup dalam satu tempat pembakaran.
6.YAHUDI
Wanita pada masa ini makhluk yang rendah dan hina ibarat barang tak berharga yang dapat dibeli di pasar-pasar. Mereka menuduh wanitalah salah satu pintu jahannam dan membawa kepada dosa. Mereka beranggapan wanita laknat kerana telah menggoda Adam. Wanita dalam haid dianggap najis dan dilarang memasuki rumah. Wanita disetubuhi sebagai satu upacara ibadah yang suci dan zina dianggap sebagai bentuk taqarrub diri kepada tuhan mereka.
7. NASRANI
Menganggap wanita sebagai biang kemaksiatan,akar kejahatan dan dosa, mala petaka bagi keluarga dan rumahtangga serta membawa musibah. Bersetubuh dengan wanita adalah najis walaupun telah bernikah sehingga memandang bahawa hidup sebagai biarawati ( tidak kahwin) adalah tanda luhirnya akhlak seseorang. Cerai tidak dibenarkan dalam agama mereka sekalipun sudah sampai tahap saling membenci dan berjauhan antara suami isteri. Maka terjadilah peluang saling mengkhianati antara suami isteri tersebut.
8. ARAB JAHILIYYAH
Lelaki boleh menyerahkan isterinya kepada orang lain. Sekumpulan lelaki boleh menggauli seorang perempuan.Semua ini bertujuan semata-mata untuk mendapatkan anak berketurunan bangsawan. Marah dan kecewa jika mendapat anak perempuan seakan-akan ditimpa musibah maka anak tersebut akan dikuburkan hidup-hidup. Ini bertujuan untuk menjaga kehormatan dan takut mendapat aib kerana mereka adalah ahli tempur dan perang. Mereka akan mendapai aib dan hina jika menyerahkan anak-anak perempuan mereka untuk menebus tawanan perang
9. ISLAM
Siapa tidak pernah mendengar kisah Saidatina Khadijah, sayyidah wanita sedunia pada zamannya. Saidatina Aisyah isteri dan penghulu anak-anak Adam, guru bagi kaum lelaki. Hafshah, wanita penjaga Al-Quran.Ummu Salamah, mujahidah pertama memasuki Madinah. Zainab Binti Jahsy, Ummahatul Mukminin termulia dalam hal wali. Zainab Al-Kubra penebus suaminya. Fatimah Az-Zahra, Ummul Mukminin dan sayyidah wanita seluruh alam pada zamannya.
KESIMPULAN
Istimewanya kau wanita dalam agamamu. Kita tidak akan kenal nama-nama wanita terkenal di atas dalam mana-mana lipatan sejarah sekalipun kecuali dalam sirah Islam. Wanita yang mendapat gelaran dan darjat di sisi agama dan umat Islam. Berikan agama manapun, takkan kita ketemu wanita mulia kecuali dalam Islam.
- Artikel iluvislam.com

Ibadah : Hanun



Mengapa pentingnnya solat diawal waktu?
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

  • Waktu Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
  • Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
  • Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
  • Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
  • Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

1 comment:

  1. perhatian..hehehehe...muslimat2 yang dirahmati Allah sekalian..jangan lupa dapatkan hand out berkenaan dengan tazkirah kat atas ni daripada Mazni taw..supaya kita boleh kepilkan semua tazkirah ni bersama dan dijadikan buku yang bukan hanya maslahahnya di dunia sahaja..malah hingga ke akhirat..

    ReplyDelete