Salam Eidul Adha! ^_^

10:21 PM MUJTAHIDAH SOLEHAH 0 Comments

Waiting For Your Call - Irfan Makki

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh sahabat-sahabat! ^_^

Ermm, ana terdengar nasyid ini pagi tadi..di TV Al-Hijrah. Pada tarikh 6 November 2011, kita di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidil Adha..atau dikenali juga dengan Hari Raya Haji dan Hari Raya Korban. Aidul Adha adalah salah satu daripada hari raya bagi umat Islam, selain Aidul Fitri.

Mari kita duduk sebentar..menyingkap kembali sirah para nabi.

Jika kita menyebut tentang Aidul Fitri, ia adalah hari kemenangan kepada umat islam setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadahan, dan kejayaan kembali kepada fitrah.. Dan apabila kita menyebut tentang Aidul Adha, ia berkaitan ibadah korban..

Aidul Adha.. ia membawa ana mengimbas kembali kisah Nabi Ibrahim dengan Nabi Ismail 'Alaihissalam. Nabi Ibrahim bermimpi bahawa beliau menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Dan mimpi para Nabi merupakan wahyu dari ALLAH SWT. Mari kita hayati (tadabbur) kalimah ALLAH..


A102
Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar". (As-Saaffaat 37:102)


A103
Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami), (As-Saaffaat 37:103)


A104
Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim! (As-Saaffaat 37:104)


A105
"Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. (As-Saaffaat 37:105)


A106
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; (As-Saaffaat 37:106)


A107
Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; (As-Saaffaat 37:107)


A108
Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: (As-Saaffaat 37:108)


A109
"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)


Sahabat ana ada menulis sedikit tentang pengorbanan. Jika sahabat-sahabat sudi, jemputlah baca Nahnu Khalifatullah ~Pengorbanan~

Wallahua'lam, peringatan untuk diri ini jua.

InsyaALLAH, jumpa lagi sahabat-sahabat! ^_^

0 comments: