Bilik B112


Suatu Malam di Bilik B112

Waktu Isya' masih belum terlalu tua untuk berlalu pergi.

Sedang aku dan Zuhair berhadapan dengan 'kerja' di meja studi masing-masing..

"Assalamu'alaikum" Syed menyapa setelah mengetuk daun pintu.Menjadi kebiasaan bagi Syed datang ke bilik B112 kerana biliknya tidaklah berjauhan sangat.Tambahan pula ada assignment berkumpulan subjek Praktikal Ibadat yang ingin dibahagi dan dibincangkan bersama.

"Wa'alaikumussalam.Iye ada ape?"
"Camne dengan tugasan kita hari esok?"
"Ha'ah,aku pun baru nak cakap perkara yg sama tadi.Jomlah kita buat malam nie."
"Kalau begitu,ko tolong panggilkan Pali.Aku panggilkan Pojie ye.Datang bincang kat bilik ko."
"Okay."

"Wei,kayu penyangkut nie macam mane ko boleh kebas nie",tuju Syed pula kepada Zuhair,roomateku yang dalam keadaan bersiap-siap untuk keluar bilik.
"Haa..ambik,ambik.Tadi pinjam jap" balas Zuhair tersengih.Syed mencapai kayu penyangkut yang diperbuat dari buluh.

"Aku keluar jap,nak jemur kain sikit." ujar Syed sambil membuka daun pintu.
"Eh Syed,nanti jap.."

Syed telahpun keluar.Aku terus mncapai tombol lalu menarik cepat.Zuhair pun turut keluar sama.

"Eh Syed,bak sini kayu tu",pinta Zuhair tiba-tiba.
Lantas mereka berdua 'bermain-main' untuk sebentar mengambil sedikit waktu.
"Takde kerja ke ape nie..(seakan mahu menepuk dahi yang tidak dihinggapi nyamuk).. dahlah malas nak layan",aku bermonolog."Pergi ke tandas jap.Perut nie meragam pulak".

Sekonyong-konyong teringat nak SMS kat Pali.Sempat pulak aku bawak handset 'low-profile' aku.Lalu menaip:

"Salam. Li,jom datang bilik aku.Study terjemahan praktikal ibadat"

Message sent

Selang beberapa ketika,aku kembali ke bilik B112.Sedang dalam perjalanan,nampak kelibat dua orang sedang melambai-lambai kat aku.Aku sukar mengecam kerana cermin mataku tertinggal(actually sengaja aku tinggalkan) di bilik sebelum keluar ke tandas tadi.Aku tidak biasa pakai pada waktu-waktu yang 'tak formal' seperti ke tandas,koperasi,ke bilik kawan atau yang selajur dengannya.

"Eh,macam kenal je"

Mereka berdua semakin dekat,lalu merapati daun pintu bernombor B112.Aku perasan ada lagi dua pasang selipar di hadapan bilik itu.Macam kenal pulak,aku bertanya sendirian.

"Oh,Ghazali dan Anas ke..ingatkan sape tadi".tegur aku kepada mereka apabila sampai ke pintu bilik itu.
 Mereka berdua tersenyum lalu masuk ke bilik.Aku tidak kisah.Nampak gaya nak study je nie pun.Anas siap bawak beg berisi laptop kesayangannya lagi.

"Nak buat terjemahan Fiqh Manhaji..jom" ujar Anas.

"Eh,Fahmi pun ada ke" aku terkesima.Syed dan Zuhair turut berada dalam bilik B112 itu.Entah bila pulak diorang masuk pun aku tak pasti.

"Haa..dah lame tunggu ko nie.Nak bincang sal mukhayyam kita nie".
"Oh,terlupa plak.apa dia"

Lalu aku pun berbincang dengan Fahmi bermacam-macam perkara,terutama berkenaan pengangkutan dan tempat penginapan untuk selama 3 hari berlangsungnya mukhayyam nanti.

Agak tak lama selepas itu,

"Assalamu'alaikum" suara garau menyapa dari luar bilik.Semua menoleh.

Aku dah agak suara garau tu suara yang dibuat-buat.

Kemudian melangkah masuk."Eh Pali rupanya..ingatkan Pojie.Silap orang plak"

Serta-merta Zuhair menegur Pali,"Li,tiket nok balek klate kono beli derah,sebab nak habis dah"
"Hor,takpo dah,beli dah sakni"
Aku dan lain-lain mendengar cuma perbualan ringkas mereka dalam loghat Kelantan itu.Tak ada apa-apa yang nak disampuk.Kebetulan aku pulak bukan jenis sibuk-sibuk nak pulang ke kampung halaman saat-saat timbulnya perkara-perkara atau urusan yang penting seperti program mukhayyam sekarang nie.

"Furqan,nie apa maknanya ek?" kata Anas tiba-tiba,meminta aku mencari maksud perkataan yang tidak difahami dari lembaran petikan dari kitab Fiqh Manhaji yang dipegangnya itu.

"Hm..ape dia ye.Ok jap ye.."

Aku bingkas bangun mencapai kamus Arab kesayanganku,dan pada waktu itu juga,tiba-tiba datang Poje dan Kelo.Poje memandang dengan penuh perhatian kepada setiap mereka yang berada di dalam bilik,kemudian melemparkan senyuman sejurus setelah menyampaikan salam.Tanpa rasa cuak aku mempersilakan mereka masuk.

"Cuma sebentar saje" ujar Poje.
"Mane si kurus Furqan nie" pintas Kelo tiba-tiba,menyapa dengan gurauan.
"Ni ha dia" Anas menuding jari kepadaku dengan senyuman gurauan juga.
"Hahaha.." sedikit tawa mengisi ruang legar bilikku. Aku tak kisah sangat,menjadi kebiasaan bagi kami bergurau sedemikian.Aku senyum dan tidak berkata apa-apa. Seingat aku,aku sedang sibuk mencari makna dalam kamus Arab terhadap perkataan yang Anas ajukan kepadaku tadi,sekali gus tidak endah terhadap karenah mereka.

"Okey,dah jumpa" dengan perasaan riang aku memberikan makna perkataan tadi kepada Anas.
"Terima kasih" balas Anas ringkas.Khusyuk benar membelek setiap patah perkataan Arab yg tertera pada lembaran petikan itu.Sesekali pandangannya tertumpu ke arah skrin laptopnya untuk seketika.Begitu juga dengan Ghazali,tekun bersama-sama dengan Anas mencari makna pada petikan yang berlainan.Sesekali Ghazali juga bertanya kepadaku,dan aku tidak silu untuk mencarikan maknanya di dalam kamus Arab itu.Zuhair pula lagaknya seperti tugu yang duduk di hadapan meja studinya,turut sama-sama mengulang kaji kitab Fiqh Manhaji bagi setiap bahagian petikan yang akan dibentangkannya.Mereka merupakan satu kumpulan kecil dalam sesi pembentangan pada waktu kelas Praktikal Ibadat nanti.Syed dari tadi meneliti tutorial Fizik,sementara menunggu kedatangan Pojie untuk membuat pembahagian tajuk bersama-sama.Satu lagi 'halaqah' muncul,sedang sibuk berbincang dalam keadaan teratur,jadi aku pun tak nak menggangu.

"Ha,macam mane nie Furqan?Belum habis lagi pasal mukhayyam kita nie" soal Fahmi kepadaku meminta kepastian.

"Bereh,bereh..itulah tadi tengah asyik bersembang dengan Pali,Poje dan Kelo,manalah aku nak mencelah lalulintas sibuk,bahaya" tukasku melemparkan sedikit sindiran.Menjadi suatu 'hobi' bagi aku menyelitkan sindiran bila ada peluang.Hehe.

"Perli nampak" balas Zul Fadhli dengan jelingan tajam. Aku tersenyum sinis cuma.

"Pasal mukhayyam? Nie ha aku pun ada sesuatu nak dibincangkan nie" potong Poje dengan tiba-tiba sambil membuka pintu bilik kerana kekurangan angin sejuk.

Serentak itu juga,hampir semua mereka yang ada di dalam bilik terus berbincang sesama mereka berkenaan dengan program mukhayyam yang bakal diadakan pada bulan hadapan.Sesekali menyampuk,kadang-kadang menambah idea,ada juga sempat membuat lawak bukan antarabangsa pun.Sesekali gelak ketawa memecah kesunyian kolej kediaman pada satu-satu masa.

"Assalamu'alaikum" ucap Zarin menjengah bilik B112 yang terbuka sejak kehadiran Poje dan geng-gengnya yang lain tadi,tersengih memandang setiap yang ada di dalam bilik tersebut.

"Wa'alaikumussalam" salah seorang daripada kami menjawab.Kelihatan Zarin sedang memegang helmet,lagaknya seorang mat motor yang sinonim dengan jalanraya kota meteropolitan ini.Suasana masih lagi 'ceria' dengan perbincangan mukhayyam tadi.

"Okey Zarin,jap lagi aku follow" Poje membalas tiba-tiba tanpa ada soalan yang diterjah pun.Aku mengagak sudah tentu mereka mempunyai urusan yang mahu diselesaikan antara mereka,lalu aku buat tidak kisah.

"Bereh Furqan,aku pergi dulu neh.Thank you sebab bagi tumpang jap dalam bilik" Poje mengucapkan 'sayonara' diikuti oleh Kelo.Pali pun turut menyusul.

"Mu nak gi mane pulak Pali?Nie tugas dok abes lagi nie" aku menyoal 'percuma' kepada Pali
"Kejap jah,nanti aku mari sini mula" ujar Pali dengan 'senyum simpul'nya.

Aku membiarkan sahaja.Begitu juga dengan Syed. Aku terus menyambungkan 'kerja persendirian'ku.Kelibat Pojie masih belum kunjung tiba.

"Weh,aku dengan Ghazali nak pergi koop jap.Nak beli air rasenye" Anas berkata sambil bangkit menuju daun pintu.Ghazali pun turut mengikut sama.

"Oh jap,jap.Aku nak mintak belikan sesuatu nie,Anas" Syed menerpa ke arah pintu tiba-tiba.
"Furqan,jap ye" lantas terus menghilangkan diri selepas menuturkannya kepadaku.Aku sekadar menggeleng-gelengkan kepala.

"Tunggu,aku nak ikut sama" Zuhair pula menyampuk lalu mengikuti aturan langkah Syed,menyusup terus keluar dari bilik.

"Adoyai,apelah korang nie..erm biarkan jelah" aku bermonolog,buat-buat tak endah.Memang begitulah karenah mereka pada satu-satu ketika dan waktu.Pasti ada-ada saja yang berlaku lantaran kebosanan menjelma dimamah detik waktu,kemudian mencari sedikit 'penawar' utk 'revive'kan kembali mood study.

Bilik B112 tiba-tiba kembali menjadi sepi,seperti saat pada mulanya usai waktu Isya' tadi.

Tidak lama kemudian terdengar suatu salam dari luar.

"Assalamu'alaikum.." sapa Pojie,terpacul dengan muka cool.

Pojie rupanya.Aku membiarkan sahaja Pojie melangkah masuk.

"Maaf banyak-banyak agak terlewat nie.Erm,,mana perginya org lain,Furqan?" Pojie bertanya kehairanan tetapi bersahaja.

"Hmm..tadi diorang duk 'berkampung' elok2 sambil tunggu mu lar Jie weyh.Takpe takpe",aku bersuara,persis insan yang klise dengan keadaan sebegini."Pastu semua org gi kuor jap,nanti mari mula sini"

"Owh laa..kalu gitu takpo ah..tunggu jela".

Aku tersenyum sendirian cuma.

~TAMAT~


#Peristiwa ini telah berlaku sekitar antara waktu assignment Praktikal Ibadat yg akan dibentangkan hingga waktu sebelum bermulanya program Mukhayyam APIDS suatu masa dulu.So,dengan rasa rendah diri aku memohon seribu kemaafan,,mungkin disebabkan peristiwa ini trlalu lama berlaku,maka sedikit sebanyak apa yg terjadi mungkin tidak tepat spt yg diceritakan.Tapi yg pastinya kejadian sebegini menjadi unik;daripada dua orang dalam satu bilik,bertambah dgn hampir kesemua sekali turun ke bilik B112 semata-mata mahu bertemu dengan aku,dan untuk beberapa waktu berlalu apabila sampai masanya kembali menjadi sunyi seperti sediakala.Hmm..unik,unik..dan aku memohon maaf kerana tak dapat nak ceritakan sahabat2 muslimin yg lain.Ada shj kalian dtg ziarah kn..huhu sgt menghargainya.Ini shj satu2 kisah yg dpt ingat paling bnyk peratusannya..akn dtg kalau berpeluang bercerita insyaAllah jika tiada aral melintang.Paling penting ukhuwah dan tali persahabatan menjadi lebih erat.Alhamdulillah.. semoga kenangan mengusik jiwa ini terpahat kukuh dalam sanubari.Uhibbukum fillah^^

p/s: hadiah utk sahabat2..moga ceria selalu. ONE BIG FAMILY =D

Tutoriallzz...! huhu

Semasa Jamuan Hari Raya ASIS 2011

Berposing seusai letih meng'handle' lab kimia =)

Mukhayyam APIDS TEAM '12

Berkumpul di surau utk berjemaah bersama-sama. Serius best! =D
Muslimeen of APIDS

Makan bersama-sama selesai pulang dari kuliah


Keputusan

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^^

Sahabat-sahabat apa khabar? Moga hari ini lebih baik dari semalam ^_^

Di sini, ana cuma ingin mengkhabarkan berita terbaru tentang kami. Keputusan peperiksaan akhir semester 4 telah mula diposkan ke rumah masing-masing! Berdebar-debar..

Wallahua'lam. Terima kasih atas kunjungan sahabat-sahabat, ana sangat gembira. Bersama kita mencorak kegemilangan islam =)

kelebihan solat:

salah 1 kelebihan solat:

-zainul wajhi(muka berseri)-berlaku bila solat itu smpai ke hati(hati dh terbuka)

persoalan: hati kita dh terbukake belum?

utk tahu, ada 9 tnda. cuma skrg ana bg secara ringkas tnda yg pertama iaitu : "Allah masukkan nur dalam hati,angkat keluar zulman yakni kegelapan".

nur itu pula ada 5:

1-nurul Islam
2-nurul iman-dibuang masiat dr hati. slh 1 amalan org yg beriman: istighfar..
3-nurul tauhid-dibuang syirik dr hati(mendaulatkn Allah sbg Tuhan)
: 'Sesungguhnya yg dlm hatinya ada syirik, sungguh Aku haramkn syurga untuk dia dan nerakalah tempatnya.
setiap ujian kita,kita sbnrnya ada talian hayat. Apa Allah kata? Allah kata, "mintalah pertolongan drpdKu dgn bersabar dan mengerjakan solat."

Apa talian hayat tu?

24434-(subuh,zohor,'asar,maghrib,'isyak), tp shbt2, tu bru nombor yg perlu di dail. talian kita dh register ke belum? kalau belum mmg x dpt contact Allah lah...tp shbt2, rsnya Alhamdulillah kita semua dh register. sbp...kita dilahirkn dlm Islam...cuma kta perlu renew,takut2 dh berkarat...dgn DUA KALIMAH SYAHADAH. lps register kna masuk no. pin dlu,bru dpt line bru blh dail number td. apa no. pin kita shbt2?

ni dia-651
6:rukun iman
5:rukun Islam
1: Ihsan...apa itu Ihsan? beribadah seolah2 kita berhadapan dgn Allah,melihat Allah, kalau x pun ALLAH MELIHAT KITA. jgn lupa, hidup kita pun IBADAH sebenarnya.

4-nurul ma'rifah-dibuang pergantungan kpd makhluk. Bila hati kita dh hdup dgn nama Allah (zikrullah), Allah beri ketenangan.

5-nurul mahabbah-dibuang rs bnci, rs x suka dgn mana2 perintah Allah.
(cinta kpd Allah)

cnth: sorg hamba Allah pegi masjid. tiba masa utk solat sunat tarawih masa bulan Ramadhan. tgk2 imam kat dpn sapa?? rupa2nya...'Hafiz'! kata hamba itu,"Allah...hafiz la pulak...satgi pnjg2 dia baca!". lalu bergegas ke masjid lain...tgk2 imam sapa?? rupa2nya...'Tahfiz'! kata si hamba Allah,"Allah...yg ni ka? satgi dia bc mcm ribut x smpt aku nk ikut!". last2, x buat solat tarawih...

org yg dikurniakan nurul mahabbah, biar mcm mana sekalipun perintah Allah, dia akan tunaikan semampunya...bkn mcm hamba Allah td..org yg ada nurul mahabbah,sanggup mati krn Allah.

wallahua'lam.

APIDS batch 09

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ^_^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepadamu diiringi dengan rahmat dari ALLAH dan juga barakah dari ALLAH untukmu =)

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di sini ^^ Sahabat-sahabat apa khabar? Moga ALLAH meredhai pertemuan ini, amin ^_^

Ana nak ceritakan perkembangan kami yang terbaru. 9/4/2012 yang lepas, adalah hari terakhir kami final exam di PASUM. Dengan tamatnya semester ini, maka telah 2 tahun kami mengharungi program asasi ini. Dan insyaALLAH, perjuangan kami akan diteruskan lagi di dalam peringkat ijazah sarjana muda pada bulan 9 nanti. Harapan ana, agar mudah-mudahan kami dapat berbakti kepada ummah islam terutamanya, dalam bidang sains dan agama. Oleh itu, ana mohon doa sahabat-sahabat ye! (",)

Ramai sahabat-sahabat ana berasa sedih kerana selepas ini, kami tidak akan dikumpulkan sebagai warga APIDS lagi, tetapi sebagai warga SMPIS (Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Sains), memandangkan masing-masing akan berpisah mengikut jurusan yang dipilih. Ini pemerhatian ana, jika tidak silap. Pada pendapat ana pula, ana sudah menganggap sahabat-sahabat APIDS ana sebagai keluarga ana, jadi walau apa pun terjadi, kami pernah mengukir kenangan bersama-sama sebagai warga APIDS. Memori bersama APIDS batch 09 ini akan terpatri dalam minda masing-masing..

Wallahua'lam. Cuti yang panjang ini, perlulah dimanfaatkan sebaiknya. Berbuat baik kepada keluarga, tambah skill seperti memasak, pandu kereta, dan lain-lain, baca buku (tambah thaqafah), join usrah, dan sebagainya.

last day exam

Santai..