Keputusan

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^^

Sahabat-sahabat apa khabar? Moga hari ini lebih baik dari semalam ^_^

Di sini, ana cuma ingin mengkhabarkan berita terbaru tentang kami. Keputusan peperiksaan akhir semester 4 telah mula diposkan ke rumah masing-masing! Berdebar-debar..

Wallahua'lam. Terima kasih atas kunjungan sahabat-sahabat, ana sangat gembira. Bersama kita mencorak kegemilangan islam =)

kelebihan solat:

salah 1 kelebihan solat:

-zainul wajhi(muka berseri)-berlaku bila solat itu smpai ke hati(hati dh terbuka)

persoalan: hati kita dh terbukake belum?

utk tahu, ada 9 tnda. cuma skrg ana bg secara ringkas tnda yg pertama iaitu : "Allah masukkan nur dalam hati,angkat keluar zulman yakni kegelapan".

nur itu pula ada 5:

1-nurul Islam
2-nurul iman-dibuang masiat dr hati. slh 1 amalan org yg beriman: istighfar..
3-nurul tauhid-dibuang syirik dr hati(mendaulatkn Allah sbg Tuhan)
: 'Sesungguhnya yg dlm hatinya ada syirik, sungguh Aku haramkn syurga untuk dia dan nerakalah tempatnya.
setiap ujian kita,kita sbnrnya ada talian hayat. Apa Allah kata? Allah kata, "mintalah pertolongan drpdKu dgn bersabar dan mengerjakan solat."

Apa talian hayat tu?

24434-(subuh,zohor,'asar,maghrib,'isyak), tp shbt2, tu bru nombor yg perlu di dail. talian kita dh register ke belum? kalau belum mmg x dpt contact Allah lah...tp shbt2, rsnya Alhamdulillah kita semua dh register. sbp...kita dilahirkn dlm Islam...cuma kta perlu renew,takut2 dh berkarat...dgn DUA KALIMAH SYAHADAH. lps register kna masuk no. pin dlu,bru dpt line bru blh dail number td. apa no. pin kita shbt2?

ni dia-651
6:rukun iman
5:rukun Islam
1: Ihsan...apa itu Ihsan? beribadah seolah2 kita berhadapan dgn Allah,melihat Allah, kalau x pun ALLAH MELIHAT KITA. jgn lupa, hidup kita pun IBADAH sebenarnya.

4-nurul ma'rifah-dibuang pergantungan kpd makhluk. Bila hati kita dh hdup dgn nama Allah (zikrullah), Allah beri ketenangan.

5-nurul mahabbah-dibuang rs bnci, rs x suka dgn mana2 perintah Allah.
(cinta kpd Allah)

cnth: sorg hamba Allah pegi masjid. tiba masa utk solat sunat tarawih masa bulan Ramadhan. tgk2 imam kat dpn sapa?? rupa2nya...'Hafiz'! kata hamba itu,"Allah...hafiz la pulak...satgi pnjg2 dia baca!". lalu bergegas ke masjid lain...tgk2 imam sapa?? rupa2nya...'Tahfiz'! kata si hamba Allah,"Allah...yg ni ka? satgi dia bc mcm ribut x smpt aku nk ikut!". last2, x buat solat tarawih...

org yg dikurniakan nurul mahabbah, biar mcm mana sekalipun perintah Allah, dia akan tunaikan semampunya...bkn mcm hamba Allah td..org yg ada nurul mahabbah,sanggup mati krn Allah.

wallahua'lam.

APIDS batch 09

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ^_^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepadamu diiringi dengan rahmat dari ALLAH dan juga barakah dari ALLAH untukmu =)

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di sini ^^ Sahabat-sahabat apa khabar? Moga ALLAH meredhai pertemuan ini, amin ^_^

Ana nak ceritakan perkembangan kami yang terbaru. 9/4/2012 yang lepas, adalah hari terakhir kami final exam di PASUM. Dengan tamatnya semester ini, maka telah 2 tahun kami mengharungi program asasi ini. Dan insyaALLAH, perjuangan kami akan diteruskan lagi di dalam peringkat ijazah sarjana muda pada bulan 9 nanti. Harapan ana, agar mudah-mudahan kami dapat berbakti kepada ummah islam terutamanya, dalam bidang sains dan agama. Oleh itu, ana mohon doa sahabat-sahabat ye! (",)

Ramai sahabat-sahabat ana berasa sedih kerana selepas ini, kami tidak akan dikumpulkan sebagai warga APIDS lagi, tetapi sebagai warga SMPIS (Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Sains), memandangkan masing-masing akan berpisah mengikut jurusan yang dipilih. Ini pemerhatian ana, jika tidak silap. Pada pendapat ana pula, ana sudah menganggap sahabat-sahabat APIDS ana sebagai keluarga ana, jadi walau apa pun terjadi, kami pernah mengukir kenangan bersama-sama sebagai warga APIDS. Memori bersama APIDS batch 09 ini akan terpatri dalam minda masing-masing..

Wallahua'lam. Cuti yang panjang ini, perlulah dimanfaatkan sebaiknya. Berbuat baik kepada keluarga, tambah skill seperti memasak, pandu kereta, dan lain-lain, baca buku (tambah thaqafah), join usrah, dan sebagainya.

last day exam

Santai..


What's up?

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ^^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepadamu diiringi dengan rahmat dari ALLAH dan juga barakah dari ALLAH untukmu ^_^

Masuk bilik, tengok meja belajar..


Bersepahnya!!

Kenapa ni?

Banyak sangat nota kat atas meja..




Owh..nak periksa..

Final exam pula tu..

Hmm..


Bagi pelajar APIDS batch 09, ini adalah final exam untuk semester akhir asasi.. Selepas ini, insyaALLAH kami akan sambung ijazah sarjana muda pula. Sahabat-sahabat, doakan kejayaan kami ye! (^_^)




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjVYxNm2qE0CxNh9mc1iqJBliDYuPr0CFzY0opVSGPUzR7MfrnA73kHnafrLl2hvjQCy_aQKFv7Vvdhyphenhyphen2ky4QQ6hHM_E3QiZZhHUm4kHYupVEfhDHfSqxARZldvSL-IBTYyIKZanyMW2F_i/s1600/doa+belajar.bmp
ihsan dari -Meyusur Tabir Ilahi


Sahabat-sahabat, ana mohon maaf dan terima kasih atas segalanya. Bittaufiq wannajah (",)