Di Sebalik Kejadian Pokok

10:54 PM MUJTAHIDAH SOLEHAH 2 Comments

Belajar Dengan Alam.
Oleh: Pak Ngah.

apple orchad

Sekali-sekala ketika anak-anak pulang ke kampung,cuba perhatikan pokok buah-buahan di sebuah dusun. Ah,mungkin telah sering anak-anak melihatnya,bahkan sudah biasa mengait atau memanjat pokok untuk mendapatkan buah-buahnya. Tetapi kali ini marilah kita renung keajaiban pokok buah-buahan itu. Marilah kita belajar sesuatu daripadanya.

Ya,ini mungkin jarang kita lakukan. Jadi kali ini marilah kita cungkil sesuatu yang tersembunyi di sebalik ciptaan ALLAH ini.

Pokok buah-buahan yang bermacam-macam jenis itu tumbuh di atas tanah yang sama, mendapat air dari tanah atau sungai yang sama, mendapat cahaya dari sinaran matahari yang sama, mendapat garam galian(baja) dari sumber yang sama... tetapi aneh ya, rasa buah-buah itu tidak sama.

Rasa buah manggis tidak sama dengan rasa buah durian walaupun kedua-duanya tumbuh bersebelahan. Tidak pernah kita makan buah langsat dengan rasa buah rambutan walaupun kedua-duanya tumbuh di atas tanah yang sama.

Rasa Tak Sama

Mungkin terdetik di hati anak-anak, apalah luar biasanya? Itu kan sudah lumrah. Memanglah rasa buah-buah tidak sama. Itu semua orang tahu. Namun marilah kita buat perbandingan. Katalah ada seorang chef(tukang masak) yang terkemuka. Dia diberi bahan yang sama, peralatan memasak yang sama dan jangka masa yang sama, lalu disuruh memasak makanan yang mempunyai kepelbagaian rasa. Mampukah dia? Pak ngah rasa, dia tidak akan mampu melakukannya. Mungkin dia berjaya memasak makanan yang berbagai-bagai bentuk atau rupa. Tetapi jika bahan-bahannya sama, rasanya mesti sama.

Tanda Kebijaksanaan ALLAH

Sekarang, cuba renungkan kuasa ALLAH yang telah menumbuhkan segala jenis pokok buah-buahan tetapi dengan rasa yang pelbagai walaupun semua bahan utamanya - air, tanah, garam galian, cahaya - adalah sama. Bukan sahaja bentuk luarannya berbeza, tetapi rasanya pun turut berbeza. Ini sebenarnya sesuatu yang sangat luar biasa walaupun kita sudah terbiasa dengannya. Maha Suci ALLAH yang kebijaksanaan-NYA dan keperkasaan-NYA tidak dapat ditandingi oleh sesiapa.

Jadi, apabila anak-anak memakan buah-buahan, janganlah merasa buah itu semata-mata tetapi 'rasakanlah' juga kebesaran dan keagungan ALLAH. Mulakan dengan nama-NYA(basmalah) dan sudahilah dengan memuji-NYA(alhamdulillah). Ingatlah Pemberi nikmat, jangan hanya terkesima dengan nikmat!

Sumber: Majalah Asuh no. 118 (Mei '07)


Siramilah hati kita dengan mentadabbur(menghayati dan mengambil pelajaran) bait-bait cinta ALLAH SWT (kalamullah) ini;

"Alif Lam Mim Ra. ini adalah ayat-ayat Kitab (Al-Qur'an). Dan (Kitab) yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dari Tuhanmu itu adalah benar; tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (kepadanya).
Allah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia menundukkan matahari dan bulan; masing-masing beredar menurut waktu yang telah ditentukan. Dia mengatur urusan (makhluk-Nya), dan menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), agar kamu yakin akan pertemuan dengan Tuhanmu.
Dan Dia yang menghamparkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai diatasnya. Dan padanya Dia menjadikan semua buah-buahan berpasang-pasangan; Dia menutupkan malam kepada siang. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi orang-orang yang berfikir.
Dan di bumi terdapat bahagian-bahagian yang berdampingan. kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman, pohon kurma yang bercabang, dan yang tidak bercabang; disirami dengan air yang sama, tetapi Kami lebihkan tanaman yang satu dan yang lainnya dalam hal rasanya. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi orang-orang yang mengerti."
(Ar-Ra'd 13: ayat 1-4)

2 comments:

  1. Allahu Akhbar...
    Bermanfaat tulisannya.

    Buang kebesaran makhluk dari hati kita...
    Masukkan kebesaran Allah dalam hati kita...
    Bawa keseluruhan sunnah dalam keseluruhan kehidupan kita....

    Insyaallah.

    ReplyDelete
  2. >BaiTiL a'tiQa

    Terima kasih ukhti atas komentarnya.
    Na'am,saya setuju dengan kata2 ukhti.
    InsyaALLAH,ila mardhotillah =)
    Bolehlah disebarkan tulisan ini agar manfaatnya dirasai semua,insyaALLAH ^_^

    ReplyDelete