Kami nak pergi ni...

9:30 AM MUJTAHIDAH SOLEHAH 0 Comments

Nak pi mana? Nak pi mana? Habaq mai la.. ^^,

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Subhanallah! ALLAH Maha Berkuasa..


Alhamdulillah, pada tarikh 29.5.2011 bersamaan hari Ahad, dari 8.30 pagi - 1.30 tengah hari, kami pelajar Program Asasi Pengajian Islam Dengan Sains dikehendaki mendaftar di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya(PASUM) bagi meneruskan pengajian tahun kedua kami.. iaitu semester 3 dan 4.
Dan, kami ada program Haluansiswa selama seminggu.. (",)

Sebelum ini, kami belajar di Akademi Pengajian Islam UM Nilam Puri, Kelantan bagi semester 1 dan 2. Di sana, kami belajar subjek agama dan kini, kami akan mula belajar subjek sains pula..tapi kami masih dalam program asasi, bermaksud 2 tahun asasi. Pada semester 3 dan 4 ini, kami perlu pilih sama ada nak sains hayat atau sains fizik.

Maaf jika ana tidak pandai untuk menerangkan situasi kami.
Pinta ana, tembaklah doa buat kami ya! ^_^
InsyaALLAH, belajar kerana ALLAH..mengamalkan ilmu yang dipelajari untuk maslahat ummah dan Islam..




Wallahua'lam, wabillahi taufiq wal hidayah,
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
~CINTA ALLAH & RASUL-NYA~

0 comments: