Hari Interaksi ASIS 2011

11:00 PM MUJTAHIDAH SOLEHAH 0 Comments


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (",)

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.. ^_^ Apa khabar sahabat-sahabat hari ini? For any matter or situasion, HE always be there ^^, Tak lupa juga, apa khabar IMAN kita sekarang? (",)

Alhamdulillah, pada tarikh 23 sehingga 24 September 2011, kami (APIDS) menyertai Hari Interaksi ASIS 2011, yang bertemakan "Bersatu Hati, Ukhwah Sejati". ASIS stands for Applied Science with Islamic Studies. Semasa kami belajar di peringkat asasi, jurusan kami diberi nama Asasi Pengajian Islam dengan Sains, APIDS. Dan apabila kami sambung degree, course kami namanya ASIS. Course kami ini cuma ada di Universiti Malaya je tau! ^_~ Kalau ada adik2 yang berminat dengan course ini, dijemput untuk apply course ini semasa isi borang upu.. ^_^

Yang bestnya Hari Interaksi ASIS 2011 ini, program ini mengumpulkan pelajar-pelajar yang mengambil course ini, bermula daripada pelajar alumni, pelajar tahun 3, pelajar tahun 2, pelajar tahun 1, dan junior APIDS, iaitu kami lah! =)

Serba sedikit tentang perjalanan program/tentatif:

23 September 2011 (Majlis Jamuan Hari Raya)

- solat Maghrib berjemaah di surau APIUM
- pendaftaran
- pembukaan majlis, nyanyian Asmaul Husna dan lagu UM
- ucapan oleh Pengerusi ASIS
- ucapan perasmian
- tayangan video
- ceramah oleh penceramah jemputan
- sesi bergambar
- jamuan hari raya + erat ukhuwwah
- bersurai

24 September 2011 (Hari Interaksi 2011)

- pendaftaran
- sarapan pagi (nasi lemak)
- berkumpul mengikut kumpulan yang ditetapkan
- LDK 1
- LDK 2
- berkumpul mengikut pengkhususan
* sebagai contoh, pengkhususan biokesihatan, bioteknologi, genetik, fizik, dan lain-lain.
- makan tengah hari
- bersurai

Ana nak mencoret sedikit tentang LDK 1 dan LDK 2. Apa ye aktiviti-aktiviti yang diketengahkan di dalam LDK? Ulasan ana : sangat menarik ^_^

LDK 1;
Kami semua diberi 2 kes, dan hendaklah seorang wakil daripada setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan yang disepakati di dalam kumpulan masing-masing.

Kes 1:
Seorang perempuan sedang ditemu duga. Kemudian, penemu duga bertanya, "Adakah kamu sanggup berbohong ketika bekerja nanti?" Perempuan ini adalah seorang yang sering berkata benar. Dia tahu, jika dia berkata 'Tidak', dia tidak akan ditawarkan bekerja. Oleh itu, dia menjawab 'Ya'. Setelah itu, perempuan ini terfikir, adakah perbuatannya menjawab 'Ya' adalah dikira berbohong?

Kes 2:
Seorang guru,pengamal undang-undang, sanggup mengajar seorang anak muridnya dengan syarat, 50% yuran akan dibayar oleh pelajarnya ketika tempoh pembelajaran, dan 50% yuran lagi akan dibayar oleh pelajarnya setelah pelajar itu memenangi kes pertamanya sebagai seorang pengamal undang-undang.

Kemudian, setelah anak muridnya tamat belajar, dia tidak menjadi pengamal undang-undang. Gurunya mengesyaki yang anak muridnya sengaja tidak mahu membayar lagi 50% baki yuran pengajian(dengan tidak menjadi pengamal undang-undang). Oleh itu, guru itu menyaman anak muridnya.

Bagi pihak guru itu, jika guru itu yang memenangi kes ini, anak muridnya perlu membayar 50% baki yuran pengajian. Tetapi jika gurunya kalah kes ini, anak murid itu juga perlu membayar 50% baki yuran pengajian.

Bagi pihak anak murid pula, jika anak murid itu yang memenangi kes ini, dia tidak perlu membayar 50% baki yuran pengajiannya. Dan jika dia kalah kes ini, dia juga tidak perlu membayar 50% baki yuran pengajian tersebut.

Jika anda seorang hakim, siapakah yang benar? Siapakah yang akan anda pilih untuk memenangi kes ini, dan mengapa?

LDK 2;
Setiap kumpulan diberi sehelai kertas, yang mempunyai gambar sebuah kereta. Ada 15 label di beberapa komponen kereta tersebut. Setiap ahli di dalam kumpulan masing-masing hendaklah memilih salah satu label tersebut, sebagai contoh, side mirror kereta, pintu kereta, tayar hadapan kereta, dan lain-lain.

Kemudian, setiap orang berdasarkan nombor(label komponen kereta) akan dipanggil ke hadapan, untuk menyatakan kenapa atau fungsi komponen kereta yang dipilihnya. Sebagai contoh, siapa yang memilih nombor 1 iaitu side mirror kereta, sila ke hadapan.. Setiap kumpulan akan menghantar wakil yang memilih nombor 1, dan begitulah seterusnya, sehingga komponen kereta yang bernombor 15.

Seronok! ^_^ Bersatu hati, ukhwah sejati! (",)



setiap orang dapat.. ^^,


Wallahua'lam. Moga semua dapat mengambil ibrah (pengajaran) daripada entri ini, amin (",)
Kasihlah sesama saudara seislam kita =)

0 comments: