CINTA RASUL

12:48 AM MUJTAHIDAH SOLEHAH 2 Comments



Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ^^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepadamu diiringi dengan rahmat dari ALLAH dan juga barakah dari ALLAH untukmu ^_^

Apa khabar sahabat-sahabat? Redha ALLAH impian kita semua.. (",)

Wahai hati-hati yang dahagakan kasih ALLAH;

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH,
moga pertemuan kita kali ini juga mengundang redha dan kasih sayangNYA, amin.. ^_^

InsyaALLAH, ana akan kongsikan 2 buah cerita. Menggunakan ayat sendiri, jadi jika ada kesalahan dalam kisah versi ana ini, jemput diperbetulkan faktanya ^_^

Kisah 1 : Rasulullah dengan Buah Limau

Suatu hari, ketika Nabi Muhammad SAW berkumpul bersama para sahabatnya, telah datang seorang wanita kafir membawa sebiji buah limau. Wanita kafir itu memberikan buah limau tersebut kepada Baginda, sebagai hadiah.

Kebiasaanya, Nabi akan berkongsi dengan para sahabatnya apabila menerima pemberian dari seseorang. Nabi makan seulas limau, kunyah, dan senyum.. Kemudian, Nabi makan lagi seulas demi seulas limau bersama sebuah senyuman sehingga akhirnya buah limau itu habis dimakan. Setelah itu, Nabi mengucapkan terima kasih kepada wanita kafir tersebut, dan wanita itu pun berlalu pergi.

Para sahabat yang kehairanan, bertanya kepada Baginda, "Wahai Nabi, kebiasaannya kamu akan berkongsi pemberian seseorang kepadamu dengan kami, tetapi mengapa kali ini tidak?" Nabi menjawab, "Wahai para sahabatku, tahukah kamu, bahawa sebenarnya buah limau itu sangat masam. Aku takut jika kamu makan, kamu akan mengenyitkan mata kerana kemasamannya, lalu bertindak sesuatu (sebagai contoh: marah) kepada wanita kafir itu. Aku tidak mahu dia tersinggung hati."

Subhanallah, cantiknya akhlak yang ditunjukkan oleh Nabi! ^_^

Ibrah : Janganlah memperkecil-kecilkan pemberian seseorang, walaupun pemberian itu daripada non-Muslim.


Kisah 2: Rasulullah dengan Pengemis Yahudi Buta


Di sudut pasar (ana tak ingat, di Makkah atau Madinah), terdapat seorang pengemis yahudi buta. Setiap hari, apabila ada orang yang melintas atau melalui di hadapan kawasannya, pengemis yahudi buta itu akan berkata, "Jauhi Muhammad, jauhi Muhammad."

Setiap hari, Nabi akan menemui pengemis yahudi buta itu, dan menyuapnya makan, sehingga Baginda wafat.

Suatu hari, Saidina Abu Bakar menemui anaknya, Aishah r.ha dan bertanya, "Wahai anakku, apakah sunnah Nabi yang tidak aku lakukan lagi?"

Saidatina Aisyah r.ha berkata, "Wahai ayahku, tiadalah segala sunnah baginda yang tidak kamu lakukan, tetapi ada satu lagi sunnah baginda yang tidak kamu lakukan."

"Apakah dia, wahai anakku?" Abu Bakar bertanya.

Aisyah pun memberitahu tentang pengemis yahudi buta itu.

Abu Bakar pun membawa makanan, dan bertemu pengemis yahudi buta itu. Abu Bakar menyuapkan makanan ke dalam mulutnya, dan pengemis yahudi buta itu makan. "Kamu bukan orang yang biasa. Siapa kamu!? Aku tidak susah untuk menelan makanan apabila dengan orang yang biasa memberiku makan (kerana Nabi akan mengunyah makanan itu dahulu sebelum disuapkan kepada pengemis yahudi buta itu-makanan itu lumat, senang untuk dikunyah)." kata pengemis yahudi buta itu.

Abu Bakar tidak dapat menahan sebaknya, lalu menangis dan berkata, "Ya, aku bukanlah orang yang biasa. Orang yang biasa itu telah wafat, dialah Muhammad."

Pengemis yahudi buta itu sangat terkejut, lalu dia mengucapkan syahadah (masuk islam) di hadapan Saidina Abu Bakar.

Ibrah: Contohilah akhlak Nabi. Tidak membalas keburukan dengan keburukan. Sahabat-sahabat nak bagi pengajarannya? Kongsi-kongsikan di sini.. ^_^

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wahai hati-hati yang mengharapkan keredhaan ALLAH;

Selain kita belajar subjek Sejarah (walaupun tak minat), selaklah kembali Sirah Nabi.. Itulah yang sering kita lupa, untuk menghayati perjuangan baginda, mengikuti sunnah baginda, mengingati baginda, mencintai baginda..

Dan, ingat Nabi bukan hanya pada maulidur rasul, atau hari Jumaat sahaja..bahkan usaha untuk tiap-tiap hari, berselawat pada Baginda, atau apabila kita mendengar nama baginda, walaupun sekali sehari. Lama-lama, apabila telah menjadi amalan, bolehlah upgrade (",) Upgrade dari segi memperbanyakkan selawat kepada baginda, dan kepada mengikuti sunnah baginda step by step. Sebagai contoh, contohi akhlak baginda dalam urusan kehidupan.

Alhamdulillah, ALLAH masih bagi kita masa untuk memperbaiki diri. Ayuh sama-sama kita mencintai ALLAH dan Rasul melebihi cinta kepada yang lain. Tanda cinta kepada ALLAH dan Nabi, kita buat perkara yang ALLAH suka, dan tidak buat perkara yang ALLAH murka.

Hadis Nabi:

Daripada Anas bin Malik r.a., bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman; sesiapa yang cintanya kepada ALLAH dan Rasul lebih daripada cintanya kepada yang lain; sesiapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana ALLAH(dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas ALLAH menyelamatkannya(daripada kekufuran), sebagaimana benci akan dicampakkan ke dalam api."
(Riwayat Muslim)


Sebelum ana menangguhkan kalam, ana nak promote novel terbaru dari Dr. Farhan Hadi, bertajuk Kutemu Cinta-NYA.



Wallahua'lam. Muhasabah diri, menjana produktiviti. InsyaALLAH, jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Moga bertemu dalam redhaNYA lagi, amin. Sebarang perkongsian, pembetulan, sangat dialu-alukan. Jazakumullah khoir! (Terima kasih semua!) ^_^

2 comments:

  1. > FiNdiNg tRuE LovEs~

    hmm..insyaALLAH,jumpa juga nanti dgn izin-NYA ^^,
    asalkan awak dah tahu cover nya.. (",)

    salam sayang fillah asma~

    ReplyDelete