InGaTan PadA SahAbaT

1:28 AM fastabiqul khairat 1 Comments


Salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW
bernama Al-Qamah ada berpesan kepada
anaknya dan sekali gus memberi garis
panduan mengenai ciri-ciri sahabat yang
baik. 

Kata Al-Qamah: #8220;Wahai anak ku,
kiranya kamu berasakan perlu bersahabat
dengan seseorang, maka hendaklah kamu
pilih orang yang bersifat:

1.Dia akan membalas baik jika kamu
rapat dengannya. 

2.Dia akan berusaha menolong kamu jika
kamu bermasalah. 

3.Dia akan memelihara dan melindungi
kamu jika kamu berbuat bakti kepadanya. 

4.Dia akan melindungi kamu jika dia
melihat sesuatu yang tidak baik pada
diri kamu. 

5.Setiap kebaikan yang kamu hulurkan
akan dihargai dan dibalas, malah dia
akan menyebut kebaikan itu.


Moga ukhuwah ini terus diredhaiNya^^


6.Dia akan cuba meringankan beban kamu
jika kamu ditimpa bencana dan berusaha
menghindarinya. 

7.Dia akan membantu kamu menjayakan
setiap perancangan kerja kamu. 

8.Dia akan mengalah jika berlaku
perselisihan faham demi menjaga
persahabatan. 

9.Jika kamu mempunyai masalah tetapi
tidak memberitahunya, dia akan berusaha
untuk mengetahui dan memahaminya lalu
diberikan pertolongan. 

10.Jika kamu berkata sesuatu kepadanya
dia sentiasa mengiakannya. 


Sungguhpun begitu, kita boleh bersama-sama 
berusaha menjadi
individu yang memiliki sifat-sifat
di atas. Semoga persahabatan dan
persaudaraan sesama kita sentiasa
berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah
Islamiah(n_n)

mengenang memori semalam^_^

1 comment: