iSLaM mEnGaNgKaT daRjaT waNiTa

12:22 AM shabab al-Deen 2 Comments

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

untuk permulaan.. fatayat mukminat yang diilhamkan oleh saudari farhana al-shaqina ini membawa maksud remaja-remaja perempuan yang beriman. peranan blog ni sebagai wasilah dan medium untuk kita berkongsi idea dan ilmu yang berkaitan dengan kehidupan seharian sebagai seorang muslim. medium ini tidak terhad kepada ahli fatayat mukminat sahaja, tetapi juga saudara seislam yang lain. oleh itu, sama-sama lah kita mengambil ibrah dan menambah kepada apa yang kurang disamping tujuan kita menuju redha Allah. InsyaAllah..

tajuk permulaan bagi post2 yang lain-lain ialah berkaitan dengan wanita  hal ini diberi penekanan kerana pengetahuan orang ramai mengenai darjat wanita seringkali diabaikan. tetapi Islam telah mengangkat darjat wanita disisi agama setinggi dan setaraf dengan lelaki dan wanita juga tidak lagi ditindas seperti zaman jahiliyah yang mana wanita-wanita golongan tersebut langsung tidak memberi nilai kepada mereka.


terdapat 4 point utama di sini yang mana islam telah mengangkat darjat wanita disisi agama:
1) mengutamakan ibu atas bapa
* seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?" Baginda menjawab, "Ibumu!" Lelaki itu terus bertanya, "kemudian siapa?" Nabi s.a.w menjawab, "Ibumu!" lelaki itu bertanya lagi,"kemudian siapa?" Nabi s.a.w menjawab,"Ibumu!" sekali lagi dia bertanya, "kemudian siapa?" Nabi s.a.w menjawab."Ayahmu!" (Riwayat al-bukhari dan Muslim)
2) anak perempuan menjadi penyelamat di akhirat
* "sesiapa yang menanggung dua anak perempuan, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi tirai pencegah baginya daripada api neraka." (Riwayat al-Bukhari) begitu juga bagi mereka yang mempunyai seorang atau lebih anak perempuan.
3)amal soleh wanita diiktiraf oleh Allah sebagaimana amal soleh lelaki diiktiraf
* "sesiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun." (Surah al-Nisa' 6:124)
4) hak wanita diiktiraf
* Umar al-Khattab r.a, berkata, "pada zaman jahiliyah kami tidak menghargai wanita walau sedikit pon. tetapi tatkala Islam datang dan Allah menyebut-nyebut tentang mereka, barulah kami sedar bahawa mereka mempunyai hak ke atas kami."
oleh itu, buka mata, buka minda.. Allah telah meninggikan darjat kita, oleh itu, jangan lah kita sendiri merendahkan darjat kita di mata orang lain..
wallahu'alam [^_^]

2 comments:

  1. salam silaturrahim. study um, em batch bpe ye?

    ReplyDelete
  2. > SyahidaSamsudin

    menyambut salam silaturrahimnya ^_^
    na'am,study um,batch apids 09 =)

    ReplyDelete