Prihatinkah kita?

11:30 PM MUJTAHIDAH SOLEHAH 3 Comments


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)

Alhamdulillah, kami dah start belajar semula.. (",) Dalam ana mencari-cari idea untuk menulis, ana terkenangkan sahabat ana..ujian yang menimpanya baru-baru ini..

Baru-baru ini, seorang sahabat ana, kehilangan handphonenya. Sebenarnya, dia tertinggal handphone di dewan kuliah, tempat kami belajar. Yang lebih tragisnya, dia tidak ingat nombor telefon ahli keluarganya =(

Semasa dibuat announcement tentang kehilangan handphonenya, dan tentang pemilik handphone itu tidak ingat nombor telefon ahli keluarganya di dewan kuliah, kebanyakan pelajar tergelak. Memang pada pandangan kasarnya, 'tidak ingat nombor telefon ahli keluarga' adalah sedikit lucu, atau pelik, tapi setiap orang berbeza-beza fi'ilnya..

Ana bukanlah nak sentuh tentang gelagat manusia yang tergelak itu sebenarnya. Apa yang ana nak sentuh adalah, tatkala sahabat kita ditimpa musibah atau ujian, adakah kita berusaha untuk mendoakan dia? Mendoakan dia agar Allah memudahkan urusannya misalnya..

Begitu jugalah sensitiviti kita pada saudara seislam kita sepatutnya. Adakah kita sering memikirkan saudara-saudara kita di Palestin, yang berhempas-pulas mempertahankan agama Islam dan negara Palestin? Atau saudara-saudara kita di Somalia, yang rata-ratanya mengalami kebuluran? Dan saudara islam kita yang lain.. tidak kira tempat dan masa.

A010
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Al-Hujuraat 49:10)


Selalu kan kita mendengar ayat Al-Quran di atas? Ya Allah, Dikau bantulah kami yang lemah ini.. maafkan diri ini yang seringkali alpa akan-MU Ya Allah.. Ya Allah, Dikau jadikanlah kami di kalangan golongan hamba-hambaMU yang bertaubat, menyucikan diri dan hamba yang soleh, amin.

Wallahua'lam, moga beroleh manfaat ^_^ Maafkan diri ini yang banyak khilafnya. Sama-sama kita saling mengingati, kerana teguran,tazkirah itu penting.. dan sangat-sangat bermanfaat bagi orang mukmin! (Qs 51 : 55) Kita adalah hamba-hambaNYA yang beriman bukan? Cuma yang membezakan kita adalah tahap iman kita semua.. jom pastikan graf iman kita tidak menurun insyaALLAH! Ikhlaslah kerana Allah Taala.. ^^,

3 comments:

  1. syukran atas peringatannya..=)
    sungguh,diri ini mmg terasa hina disisiNYA krna graf iman yg tdk mnentu..mohon doanya ya!!

    ReplyDelete
  2. tapikan mun, nak tanya... macam mana kalau orang tu sendiri yang tak prihatin dengan barang2 dia? cntohla, ada sorang tu selalu 'tinggalkan' [bukan tertinggal ye] barang berharga dia merata2,, dan org lain plak yg jd p.a dia tolong pgg barang dia. bukan kadang2 tpi selalu.. mmg kesian.. tapi, atas kecuaian yg dia buat berulang2 bukan baru sekali. macam mana ea? dan soklan lg, ptutkah dikatakan 'u deserve it' dekat seseorang itu? p/s: cntoh xdak kna ngena ngan hidup n mati.

    ReplyDelete
  3. > Aku hambaMu
    afwan,dan dikembalikan segala puji-pujian hanya kpd Yang Maha Esa =)
    insyaALLAH,kita saling doa-mendoakan ye,hani! diri ini juga tidak lepas drpd tuntutan mujahadah..(",)

    > Finding True Loves~

    xpe,xsalah awak bertanya asma.. ^_^

    pd pendapat kita,jika seseorang itu selalu tinggalkan barangnya,means dia sendiri yg tidak prihatin akan brg2nya,itu adalah salah dirinya sendiri. Namun,peranan kita sbg seorang shbt dan muslim,insyaALLAH kita berusaha utk menasihati dan menyedarkan dia akan kelalaiannya itu.. Memang agak berat,mohon Allah permudahkan =)

    'You deserve it'. Bagi saya,hanya Allah Yang Maha Mengetahui,adakah 'kehilangan' itu sebagai balasan Allah kepadanya, atau pengajaran Allah kepadanya, dan lain-lain. Yang utamanya,"orang yang kehilangan" dan "org yg mengetahui akan kehilangan" itu kena ambil pengajaran. "Org yg hilang barang" itu,ambillah pengajaran agar usaha utk lebih berhati-hati dlm menjaga barang, manakala bg "org yg mengetahui",bersangka baik,tak nak perkara yg sama berlaku kpd diri, dan lain2.

    Wallahua'lam,ini cumalah pandangan saya,yg adakalanya betul dan adakalanya salah. Sama2 kita kembali kpd Al-Quran & As-Sunnah,amin.

    Klu salah,boleh diperbetulkan kesilapan saya =)
    salam sayang fillah buat asma~

    ReplyDelete