aNTaRa kiTa

awan berarak megah penuh ceria
pohon melambai indahnya alam maya
kita bersama menggapai kejayaan
berganding bahu mara ke hadapan
walaupun kita berbeza usia rupa
pangkat dan harta mahupun rumpun bangsa
kita semua adalah sama saja
di sisi-Nya Allah yang Esa
* oh tiada berbeza jurang kita
antara kita adalah sama saja
nilai kita di sisi-Nya hanya taqwa
sebagai ukuran hidupan dunia
silturahim dibina ukhuwah yang di jaga
mekar teguh mewangi dan sempurna
berasaskan keimanan jalinan kemesraan
di bawah satu arah perjalanan
di timur jauh panorama terbentang
indah tropika mendamai suasana
hormati insan dengan kasih dan sayang
negara maju rakyat sejahtera
korus*

kEnaNgaN tEriNdaH

Bukan masa tak cukup,kita yg perasan sibuk

Setiap detik,setiap waktu,setiap masa
Sama lah tu vocab tiga-tiga


*Ambik mood dengar lagu bonamana-superjunior,,ehh tak tak Surah al-Asr bacaan Imam Al-Ghamidi

hmm..fikir lagi
masa-masa yang kita guna hari-hari ni kan
betul-betul ke kita guna?
ke kita pergunakan?
time kelas main-main
time rileks2 berangan mengarut-ngarut
time dengan kawan2 mengumpat ataupun main game yang buat tangguh solat
(time ni memang setan cucuk "alah..sabar la,nanti2 bukan nye mati terus sampai tak leh sembahyang)
time makan lupe bace doa makan,so slalu makan dengan setan.lalu kita pn bacalah bismillah mase tengah makan dengan harapan setan muntah balik
kalau time tension/sakit hati/tekanan melampau
~ambik earphone letak kat telinga pasang lagu kuat2 konon nak bagi tahi telinga cair
~cari kawan2 yg kelakar sebab boleh buat lawak konon bila ketawa tak ingat dunia apatah lagi akhirat boleh menyebabkan tension tu hilang
~jerit kuat-kuat lepas tension eh?(kacau privasi org lain ade lah)
~hentak segala jenis barang yg ada atas meja sebab tak fragile atau lain kali boleh beli lagi

Let's go through the 'love letter' aka Al-Quran
"dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"
Surah 13:ayat 28

kalau tengok list tadi tu memang menyimpang habis dari ayat Dia
senarai akviti-aktiviti di atas macam nak kata
"lagi jauh aku dari Dia,lagi tak tension"
haa..tak nak mengaku lah tuuu..tapi kita fikirlah sama-sama

sebab tu lah kadang kita rasa makin lama hidup makin banyak koleksi dosa-dosa yg terkumpul
justeru dah lama hidup,dah banyak tahu buat,lagi banyak kena taubat
tapi kita selalu lupa nak taubat sebab selalu perasan bagus
jangan perasan bagus
jangan perasan baik
jangan peraan suci
dan paling penting jangan perasan tuhan
sebab title hamba tu selama-lamaya kita punya
so..kita kena lah buat perangai hamba..ok? ok.

healing...

moga Allah bersama hati-hati kita bila ditimpa bahaya & musibah..

This lyrics can give a thousand meaning...what goes up..must come down..

what you give..you will gain back..

healing yourself,when there is no one to..sama- kita dekatkn diri kpdNYA..

P/S:ni k.Aisyah Muslan bg...moga sama2 dapat manfaat:)

simple quests

jom main kuiz..hayya2!!!

1. yg mana satu lbh buat anda excited? azan or bunyi hp tanda ada call dr org tersayang?

a) azan la. xsabar kot nak jumpa tuhan. aku nak berhubung terus dgn Dia tanpa perantaraan.

b) err...bunyi hp...sebab...err...entah. automatik je rasa excited. org tersayang yg call kan. xkan xde perasaaan. bila dgr azan...err...rasa malas plk...

c) rasa biasa je dua-dua. aku memang tak ada perasaan.


2. mana satu lbh buat anda rasa cuak? lambat solat or lambat pergi interview kerja yg mmg anda nak sgt2?

a) lambat solat. itu interview plg penting. kalau xpass, kat akhirat nanti...aisy, paham-paham je la.

b) err..aku jujur ni, jaut kat sudut hati, aku lagi cuak kalau lambat pergi interview kerja. err..sebab aku dah biasa solat lambat. lagipun waktu solat kan panjang.

c) depends. kalau aku tgh dlm mode insaf, aku cuak solat lambat2 ni. takut malaikat izrail dtg menjemput before sempat solat tp kalau aku dlm mode biasa-biasa je, aku lagi cuak lambat interview kot. sekali seumur hidup je peluang interview tu dtg. mana boleh buat silap.


3. mana satu boleh buat anda berubah dr sedih jadi tenang? baca al-Quran or love letter yg penuh dgn kata-kata perangsang?

a) al-Quran. aku tau kalam Allah tu pasti. kata-kata manusia belum tentu ikhlas dr hati.

b) betullah buat aku serba salah. aku terpaksa jujur lagi sekali. aku memang suka baca love letter. rasa macam ada orang sayang n support aku. rasa macam confident je. aku xmaster bahasa arab. kadang-kadang aku baca al-Quran aku xfaham. terjemahannya pun aku macam blur-blur lagi.

c) depends. kadang-kadang aku dengar je ayat al-Quran rasa macam hati ni dah terubat. kadang-kadang tak rasa apa-apa. love letter? aku xpnah dpt, mana aku tau.


4. mana satu lebih selalu meniti kat bibir anda? zikir or lagu-lagu manusia?

a) zikir. hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

b) lagu manusia. eh, bukan aku sorang macam tu kan? nak release tension sekali-sekala tak boleh ke? kalau aku zikir...err..aku ngantuk.

c) kalau aku takut jalan sorang2, jangan kata zikir, semua ayat al-Quran aku baca. kalau tgh leka, biasa lah, well, remaja kan. bila lagi nak enjoy? xkan dah tua-tua baru nak melalak nyanyi lagu underground, lagu hindustan semua tu kot.


5. mana satu lebih buat anda kagum n terasa nak puji banyak-banyak? kehebatan manusia or kekuasaan Allah?

a) kekuasaan Allah for sure. manusia tu kan makhluk Allah juga. mana boleh nak puji lebih dari Pencipta.

b) luas betul skop. ok, aku mengaku, kalau aku nampak Bill Gate, aku mesti puji dia melangit sebab bagi aku dia hebat tapi aku memang jarang ucap Subhanallah, Allahuakbar bila aku baca buku sains, pasal sel, segala bagai even semua tu tanda kekuasaan Allah. lupa kot.

c) aku selalu ucap tahmid,tasbih n takbir masa dengan kawan-kawan yg siqah-siqah. masa dgn kawan-kawan biasa, aku senyap je. nanti orang kata aku bajet alim plk.

  
6. mana satu lebih buat anda rasa marah? orang hina nabi anda sampai satu dunia tahu or orang hina diri anda depan orang ramai?

a) aku xkisah orang nak kata apa pasal aku tp jgn sekali-kali hina Nabi Muhammad S.A.W. Allah je tau betapa aku sayangkan baginda. betapa aku bersyukur sebab Allah utuskan baginda ke dunia ni.

b) mestilah marah kalau orang hina nabi tapi err...apa je aku dah buat utk tnjk aku marah? aku rasa kalau aku yg kena hina dpn ramai org, aku dah belasah org yg hina aku tu. takpun aku balas balik je la dgn kata2 yg lebih power.

c)  aku xtau.


7. mana satu yg lebih buat anda berusaha lebih gigih? janji Allah or janji manusia?

a) janji Allah. no doubt.

b) again, soalan ni buat aku serba salah. aku rasa aku lbh berusaha bila parents aku offer kereta kalau aku dpt straight A's SPM dpd berusaha utk buat amalan-amalan sunat wpon aku tau Allah dah janji ganjaran yg banyak jiddan.

c) kalau aku baru lepas dgr tazkirah, aku lebih berusaha untuk kejar janji Allah. iman aku pun ada turun naik la.


cukup la 7 soalan dulu. xde skema jwpn disediakan. biarlah cuma Allah n diri anda sndri tau apa jwpn yg anda pilih. muhasabah la, try to look into ourselves, puas hati ke kita dgn jwpn2 tu? kalau semua jwpn anda adlh A, alhamdulillah tp harap, buktinya bkn cuma kata-kata. buktikan juga dgn perbuatan yg ikhlas hanya kerana-Nya. may Allah bless us always.