simple quests
jom main kuiz..hayya2!!!
1. yg mana satu lbh buat anda excited? azan or bunyi hp tanda ada call dr org tersayang?
a) azan la. xsabar kot nak jumpa tuhan. aku nak berhubung terus dgn Dia tanpa perantaraan.
b) err...bunyi hp...sebab...err...entah. automatik je rasa excited. org tersayang yg call kan. xkan xde perasaaan. bila dgr azan...err...rasa malas plk...
c) rasa biasa je dua-dua. aku memang tak ada perasaan.
2. mana satu lbh buat anda rasa cuak? lambat solat or lambat pergi interview kerja yg mmg anda nak sgt2?
a) lambat solat. itu interview plg penting. kalau xpass, kat akhirat nanti...aisy, paham-paham je la.
b) err..aku jujur ni, jaut kat sudut hati, aku lagi cuak kalau lambat pergi interview kerja. err..sebab aku dah biasa solat lambat. lagipun waktu solat kan panjang.
c) depends. kalau aku tgh dlm mode insaf, aku cuak solat lambat2 ni. takut malaikat izrail dtg menjemput before sempat solat tp kalau aku dlm mode biasa-biasa je, aku lagi cuak lambat interview kot. sekali seumur hidup je peluang interview tu dtg. mana boleh buat silap.
3. mana satu boleh buat anda berubah dr sedih jadi tenang? baca al-Quran or love letter yg penuh dgn kata-kata perangsang?
a) al-Quran. aku tau kalam Allah tu pasti. kata-kata manusia belum tentu ikhlas dr hati.
b) betullah buat aku serba salah. aku terpaksa jujur lagi sekali. aku memang suka baca love letter. rasa macam ada orang sayang n support aku. rasa macam confident je. aku xmaster bahasa arab. kadang-kadang aku baca al-Quran aku xfaham. terjemahannya pun aku macam blur-blur lagi.
c) depends. kadang-kadang aku dengar je ayat al-Quran rasa macam hati ni dah terubat. kadang-kadang tak rasa apa-apa. love letter? aku xpnah dpt, mana aku tau.
4. mana satu lebih selalu meniti kat bibir anda? zikir or lagu-lagu manusia?
a) zikir. hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.
b) lagu manusia. eh, bukan aku sorang macam tu kan? nak release tension sekali-sekala tak boleh ke? kalau aku zikir...err..aku ngantuk.
c) kalau aku takut jalan sorang2, jangan kata zikir, semua ayat al-Quran aku baca. kalau tgh leka, biasa lah, well, remaja kan. bila lagi nak enjoy? xkan dah tua-tua baru nak melalak nyanyi lagu underground, lagu hindustan semua tu kot.
5. mana satu lebih buat anda kagum n terasa nak puji banyak-banyak? kehebatan manusia or kekuasaan Allah?
a) kekuasaan Allah for sure. manusia tu kan makhluk Allah juga. mana boleh nak puji lebih dari Pencipta.
b) luas betul skop. ok, aku mengaku, kalau aku nampak Bill Gate, aku mesti puji dia melangit sebab bagi aku dia hebat tapi aku memang jarang ucap Subhanallah, Allahuakbar bila aku baca buku sains, pasal sel, segala bagai even semua tu tanda kekuasaan Allah. lupa kot.
c) aku selalu ucap tahmid,tasbih n takbir masa dengan kawan-kawan yg siqah-siqah. masa dgn kawan-kawan biasa, aku senyap je. nanti orang kata aku bajet alim plk.
6. mana satu lebih buat anda rasa marah? orang hina nabi anda sampai satu dunia tahu or orang hina diri anda depan orang ramai?
a) aku xkisah orang nak kata apa pasal aku tp jgn sekali-kali hina Nabi Muhammad S.A.W. Allah je tau betapa aku sayangkan baginda. betapa aku bersyukur sebab Allah utuskan baginda ke dunia ni.
b) mestilah marah kalau orang hina nabi tapi err...apa je aku dah buat utk tnjk aku marah? aku rasa kalau aku yg kena hina dpn ramai org, aku dah belasah org yg hina aku tu. takpun aku balas balik je la dgn kata2 yg lebih power.
c) aku xtau.
7. mana satu yg lebih buat anda berusaha lebih gigih? janji Allah or janji manusia?
a) janji Allah. no doubt.
b) again, soalan ni buat aku serba salah. aku rasa aku lbh berusaha bila parents aku offer kereta kalau aku dpt straight A's SPM dpd berusaha utk buat amalan-amalan sunat wpon aku tau Allah dah janji ganjaran yg banyak jiddan.
c) kalau aku baru lepas dgr tazkirah, aku lebih berusaha untuk kejar janji Allah. iman aku pun ada turun naik la.
cukup la 7 soalan dulu. xde skema jwpn disediakan. biarlah cuma Allah n diri anda sndri tau apa jwpn yg anda pilih. muhasabah la, try to look into ourselves, puas hati ke kita dgn jwpn2 tu? kalau semua jwpn anda adlh A, alhamdulillah tp harap, buktinya bkn cuma kata-kata. buktikan juga dgn perbuatan yg ikhlas hanya kerana-Nya. may Allah bless us always.
0 comments: