Kuliah Biologi 2 (FQAH0112)



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, hari ini kita masih boleh menuntut ilmu, menghirup udara-NYA (ALLAH tidak pernah lupa untuk membenarkan kita bernafas, bagaimana pula ingatan kita terhadap-NYA?).

Apabila belajar subjek biologi ini, jika kita belajarnya kerana ALLAH dan buka mata hati kita, akan banyak membuatkan kita bermuhasabah.. Lupa Tuhan, lantas lupa diri.

"Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang melupakan ALLAH, lalu ALLAH menjadikan mereka melupakan diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq(derhaka). Tidaklah sama ahli neraka dan ahli syurga; ahli syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan." (Al-Hasyr 59 : ayat 19-20)

Allahuakbar, ALLAH Maha Besar!
Pada kejadian diri kita ini pun, sudah banyak tanda-tanda kebesaran-NYA. Tidakkah kita memperhatikan? Dan mengambil pengajarannya? ALLAH tidak menjadikan kita sia-sia mahupun main-main..ada tugas yang perlu kita lunaskan, yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak!
Sebagai hamba ALLAH dan khalifah.
Fahamilah kedua-dua hakikat amanah kita ini, yang mana gunung-ganang pun tidak sanggup untuk memikulnya (boleh rujuk surah Al-Ahzab,ayat 72).

"Aku (ALLAH) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku." (Adz-Dzariyat 51 : ayat 56)

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui," " (Al-Baqarah 2 : ayat 30)

Dan tak lupa juga..pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu! Kata-kata lecturer ana, yang membuatkan ana terkesan adalah, "Hmm, ibu yang mengandung ni, kalau penat, mana boleh nak letak kandungannya di mana-mana, tetapi kena bawa(kandung) kandungan tersebut selama 9 bulan tau!". Apa yang anda rasa?

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-KU dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu." (Luqman 31 : ayat 14)

Wallahua'lam, moga sama-sama beroleh manfaatnya,
dan selamat beramal! ^_^

*sedang membaca buku 'Transformasi Ramadhan' tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Irfan Makki feat. Maher Zain - I Believe


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^

Sahabat-sahabat minat tak lagu-lagu Maher Zain? Kalau anda tanya saya, saya jawab, "ya!" =)
Baru-baru ini, kawan saya ada perkenalkan saya pada sebuah lagu Maher Zain. Bagi saya, lagu ni mungkin lagu terbaru Maher Zain, tapi saya tidak pasti lah. Sebab sepanjang saya mengetahui nasyid-nasyidnya, saya rasa ini first time saya dengar lagu ini.

Pesan saya, hayatilah lirik lagu ini.
Wabillahi taufiq wal hidayah, ilal liqa' insyaALLAH.
~CINTA ALLAH & RASUL-NYA~

Ingat kami,Sahabat.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Moga kita semua sentiasa di bawah rahmat Yang Maha Pengasih,amin. Mohonlah keampunan,kerahmatan dan keredhaan-NYA..

Agak lama teratak tinta dai'e ini tidak melakarkan entri. InsyaALLAH,kali ini,ana nak bercerita tentang seorang kawan kami,yang bersama-sama menimba ilmu di dalam course yang sama iaitu Asasi Pengajian Islam Dengan Sains(APIDS),bersama-sama menongkah kehidupan selama hampir setahun di bumi Nilam Puri,Kelantan,dan bersama-sama menceriakan majmuah 9 sekaligus warga APIDS sesi 2010/2011 dan 2011/2012.

Nama penuhnya Noraziah Binti Jamingan. Kami panggilnya,Azie. Seorang muslimah yang ceria,peramah,pandai dan tabah. Pada tarikh 23 Jun 2011,adalah hari terakhirnya di Pusat Asasi Sains UM(tempat kami sambung pengajian sekarang-tahun kedua asasi). Daripada 70 orang,muslimin dan muslimat APIDS batch kami,tinggallah 69 orang sekarang..

Kisah azie kenapa dia berpindah? Alhamdulillah,dia dapat tawaran SPA-nursing. Dan dia membuat keputusan untuk memilih tawaran tersebut,bermakna,dia tidak lagi bersama-sama kami dalam course ini(APIDS).. ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-NYA,moga ana dan kawan-kawan,serta azie,menerima ketentuan-NYA ini dengan hati yang tabah dan tenang.. Setiap pertemuan ada perpisahannya,tapi tidak semua persahabatan kerana ALLAH akan menemui akhirnya..kerana kita berkasih sayang hingga ke syurga insyaALLAH! =) Ingatlah sahabat di dalam doa kita..

Hari sebelum azie pindah,yakni hari Rabu,kami pelajar APIDS,ada buat jamuan kecil-kecilan untuknya.. Suprise! ^_~ Dia tak tahu yang kami nak buat jamuan perpisahan ini. Azie,ingat ye memori kita bersama,memori majmuah 9,dan paling penting,moga ilmu-ilmu yang kita semua perolehi lebih-lebih lagi ilmu agama,kita amalkan dan istiqamah di dalam kehidupan kita..dalam menuju kehidupan akhirat yang hakiki,mengabdikan diri kepada ALLAH (n_n)

Ana ada sedikit kata-kata untuk azie khususnya,dan kepada muslimah-muslimah yang dikasihi kerana ALLAH sekalian.. Dengarkanlah.. (",)

Ya ALLAH,izinkan sahabatku ini menjadi sekuntum bunga,yang dihiasi dengan kelopak akhlak mulia,harum wanginya dengan ilmu agama,cantiknya kerana iman dan taqwa,namun keindahan zahirnya disimpan rapi biar menjadi rahsia kekal abadi. Bukan perhatian mata ajnabi,yang menjadi punca fitnah hati dari lelaki berjiwa sepi. Wajahnya bukan mengundang dosa,timbulkan duri yang memagari diri agar terpelihara dari noda duniawi yang menghilangkan harum sejati untuk Kau calonkan dirinya sebagai bidadari syurga. Amin.

How to Make 70 Excuses for Other People



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)

Alhamdulillah,ana berkesempatan lagi untuk publish entri terbaru..walaupun hanya share video. Video oleh aimanazlan90 ini,sahabat ana yang perkenalkan. Bagi ana,alhamdulillah,video ini ada pengajaran yang kita boleh ambil. Selain itu,ana boleh pertingkatkan kemahiran-kemahiran di dalam Bahasa Inggeris,insyaALLAH ^^,

Bila bicara tentang Bahasa Inggeris,ana dan sahabat-sahabat APIDS sudah mengetahui keputusan MUET kami.. Kami menduduki MUET pada bulan 4 2011. Sesungguhnya sebagaimana kita risaukan exam dunia(pelajaran),bagaimanalah keputusan exam kita kat akhirat nanti?? Bagaimana keadaan kita di padang Mahsyar kelak.. Timbangan amal kebaikan atau kejahatan yang lebih berat? Tangan yang mana,kanan atau kirikah,kita akan menerima buku catitan amal kita? Marilah sama-sama kita membuat persediaan untuk exam akhirat,sebagaimana kita bersusah payah,bersengkang mata untuk membuat persediaan exam dunia..Allah..

Ana petik kata-kata sahabat baik ana;
"khas buat sahabat2..
sebagaimana kita berusaha..stadi..stay up..bgun awl untuk preparation ppt..
begitu juga dgn preparation menuju akhirat..
kita takut untuk gagal dlm exam dunia
sepatutnya kita juga takut untuk menghadapi hari keputusan nnt(mahsyar)
kita akn sedih kalau kecewakan mak ayah dan guru2 atas keputusan yg x cemerlang
bgmana pula dgn ALLAH pabila lihat hamba2NYA sgt dho'if trhadap amalan2 kita
bgmana kita memburu kejayaan dunia
burulah jua kejayaan di sana.."

DUNIA medan berAMAL..

Akhir kalam,mula memecut atau count down menuju bulan Ramadhan,insyaALLAH! Sahabat-sahabat boleh baca BroHamzah- Hajatkan yang terbaik- Merindui Ramadhan dan langitilahi.com untuk lebih pencerahan ^_^ Sebenarnya,ada banyak lagi artikel-artikel tentang Ramadhan di website langitilahi.com,jemputlah ke sana ye ^_~

Wallahua'lam,ilal liqa' insyaALLAH.
~CINTA ALLAH & RASUL~

Renungan untuk Aktivis Dakwah