Kuliah Biologi 2 (FQAH0112)
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, hari ini kita masih boleh menuntut ilmu, menghirup udara-NYA (ALLAH tidak pernah lupa untuk membenarkan kita bernafas, bagaimana pula ingatan kita terhadap-NYA?).
Apabila belajar subjek biologi ini, jika kita belajarnya kerana ALLAH dan buka mata hati kita, akan banyak membuatkan kita bermuhasabah.. Lupa Tuhan, lantas lupa diri.
"Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang melupakan ALLAH, lalu ALLAH menjadikan mereka melupakan diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq(derhaka). Tidaklah sama ahli neraka dan ahli syurga; ahli syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan." (Al-Hasyr 59 : ayat 19-20)
Allahuakbar, ALLAH Maha Besar!
Pada kejadian diri kita ini pun, sudah banyak tanda-tanda kebesaran-NYA. Tidakkah kita memperhatikan? Dan mengambil pengajarannya? ALLAH tidak menjadikan kita sia-sia mahupun main-main..ada tugas yang perlu kita lunaskan, yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak!
Sebagai hamba ALLAH dan khalifah.
Fahamilah kedua-dua hakikat amanah kita ini, yang mana gunung-ganang pun tidak sanggup untuk memikulnya (boleh rujuk surah Al-Ahzab,ayat 72).
"Aku (ALLAH) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku." (Adz-Dzariyat 51 : ayat 56)
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui," " (Al-Baqarah 2 : ayat 30)
Dan tak lupa juga..pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu! Kata-kata lecturer ana, yang membuatkan ana terkesan adalah, "Hmm, ibu yang mengandung ni, kalau penat, mana boleh nak letak kandungannya di mana-mana, tetapi kena bawa(kandung) kandungan tersebut selama 9 bulan tau!". Apa yang anda rasa?
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-KU dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu." (Luqman 31 : ayat 14)
Wallahua'lam, moga sama-sama beroleh manfaatnya,
dan selamat beramal! ^_^
*sedang membaca buku 'Transformasi Ramadhan' tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.
wa~~syukran mun..saya xsempat tengok aritu^^..dah tengok da ni..hehe
ReplyDelete>mariposa
ReplyDeletealhamdulillah..hee..la ba's,
dan terima kasih kerana mencoret komentar! ^_^
teruskan menuntut ilmu kerana ALLAH,insyaALLAH wa amin (",)