Ingat kami,Sahabat.

10:28 PM MUJTAHIDAH SOLEHAH 2 Comments

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Moga kita semua sentiasa di bawah rahmat Yang Maha Pengasih,amin. Mohonlah keampunan,kerahmatan dan keredhaan-NYA..

Agak lama teratak tinta dai'e ini tidak melakarkan entri. InsyaALLAH,kali ini,ana nak bercerita tentang seorang kawan kami,yang bersama-sama menimba ilmu di dalam course yang sama iaitu Asasi Pengajian Islam Dengan Sains(APIDS),bersama-sama menongkah kehidupan selama hampir setahun di bumi Nilam Puri,Kelantan,dan bersama-sama menceriakan majmuah 9 sekaligus warga APIDS sesi 2010/2011 dan 2011/2012.

Nama penuhnya Noraziah Binti Jamingan. Kami panggilnya,Azie. Seorang muslimah yang ceria,peramah,pandai dan tabah. Pada tarikh 23 Jun 2011,adalah hari terakhirnya di Pusat Asasi Sains UM(tempat kami sambung pengajian sekarang-tahun kedua asasi). Daripada 70 orang,muslimin dan muslimat APIDS batch kami,tinggallah 69 orang sekarang..

Kisah azie kenapa dia berpindah? Alhamdulillah,dia dapat tawaran SPA-nursing. Dan dia membuat keputusan untuk memilih tawaran tersebut,bermakna,dia tidak lagi bersama-sama kami dalam course ini(APIDS).. ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-NYA,moga ana dan kawan-kawan,serta azie,menerima ketentuan-NYA ini dengan hati yang tabah dan tenang.. Setiap pertemuan ada perpisahannya,tapi tidak semua persahabatan kerana ALLAH akan menemui akhirnya..kerana kita berkasih sayang hingga ke syurga insyaALLAH! =) Ingatlah sahabat di dalam doa kita..

Hari sebelum azie pindah,yakni hari Rabu,kami pelajar APIDS,ada buat jamuan kecil-kecilan untuknya.. Suprise! ^_~ Dia tak tahu yang kami nak buat jamuan perpisahan ini. Azie,ingat ye memori kita bersama,memori majmuah 9,dan paling penting,moga ilmu-ilmu yang kita semua perolehi lebih-lebih lagi ilmu agama,kita amalkan dan istiqamah di dalam kehidupan kita..dalam menuju kehidupan akhirat yang hakiki,mengabdikan diri kepada ALLAH (n_n)

Ana ada sedikit kata-kata untuk azie khususnya,dan kepada muslimah-muslimah yang dikasihi kerana ALLAH sekalian.. Dengarkanlah.. (",)

Ya ALLAH,izinkan sahabatku ini menjadi sekuntum bunga,yang dihiasi dengan kelopak akhlak mulia,harum wanginya dengan ilmu agama,cantiknya kerana iman dan taqwa,namun keindahan zahirnya disimpan rapi biar menjadi rahsia kekal abadi. Bukan perhatian mata ajnabi,yang menjadi punca fitnah hati dari lelaki berjiwa sepi. Wajahnya bukan mengundang dosa,timbulkan duri yang memagari diri agar terpelihara dari noda duniawi yang menghilangkan harum sejati untuk Kau calonkan dirinya sebagai bidadari syurga. Amin.

2 comments:

  1. beruntungnya Azie kerana mempunyai sahabat seperti adik..sahabat sejati yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya..

    pasti semua ingin mendapat sahabat seperti adik..akak juga

    ReplyDelete
  2. >kak anitaare
    Salam sayang fillah kak~ ^_^
    Sahabat yang solehah,yang membawa sahabatnya mengingati ALLAH,adalah impian semua..dan anugerah yang tiada terhingga. Semua orang boleh menjadi sahabat yang solehah.

    Saya dan akak adalah saudara fil islam,bersatu atas aqidah yang satu,akak juga adalah sahabat fillah saya! ^_^ kita berukhuwah kerana ALLAH ye..moga berkekalan hingga ke syurga,amin (",)

    ReplyDelete