Tersentak!
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^
Ini kisah di suatu petang.. bersama keluarga di rumah.
Pada petang itu, ibu ana mengajak ana makan waffle yang ayah ana beli pada hari sebelumnya. Jadi, ana nak panaskan waffle dalam microwave.. (dah sejuk sebab simpan dalam peti ais),
Microwave di rumah ana ada masalah sedikit yakni, kalau kita nak panaskan lauk, microwave itu tidak akan berhenti..(timer microwave rosak) jadi, kami perlu tutup suis plug bila agak-agak lauk tu dah panas..
Dan waffle ni pula, tidak boleh dipanaskan lama-lama, nanti waffle tu jadi keras! (tak boleh nak digigit langsung, pengalaman ana..memang kami sekeluarga gelak masa tu)
Masa ana panaskan waffle tu..agak-agak nak tutup suis plug, tiba-tiba microwave tu berhenti!
Ana gembira sangat masa tu..lalu terus berkata kepada emak,
"Mak, microwave ni berhenti sendiri la!" ^^,
Ayah ana ada ketika itu,
"Mana boleh berhenti sendiri, DENGAN IZIN ALLAH," kata ayah.
Apabila mendengar sahaja kata-kata ayah itu, memang ana sangat-sangat tersentak!
Tersentak kerana memang benar kata-kata ayah itu..
Ana terdiam tidak berkata apa-apa..
Benar,seperti yang kita imani, segala-galanya berlaku dengan izin ALLAH.. Masa tu apa yang ana rasa, ana tahu yang segala perkara yang berlaku adalah dengan izin ALLAH, tetapi ana tidak mengamalkan apa yang ana tahu itu pada lisan dan amal.. Allah..
Muhasabah diri..mudah-mudahan coretan kisah ini membuka mata hati dan akal.. dalam mendekatkan diri kepada ALLAH dengan mematuhi syariat-NYA dan mengikuti sunnah Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, dan berakhlak dengan akhlak islamiyah kepada sesama manusia.. Hablum minallah wa hamblum minannas (jaga hubungan dengan ALLAH dan hubungan dengan manusia).
Wallahua'lam, wabillahi taufiq wal hidayah,
فِي اَمَانِ الله
-Dicatat pada: 27.5.2011-
assalamualaikum...subhanallah..
ReplyDeletenampak bnda simple jer tapi tue la yg kita sering lupa. kekuasaan dan keagungan Allah..
smoga perkongsian yg sikit nie mndpt gnjaran yg besar oleh Allah kelak..amin:)
>Mr AnOnymOus
ReplyDeletewaalaikumussalam.
amin..atas doanya,
dan terima kasih kerana meninggalkan jejak dengan kata-kata yang ringkas tetapi membuka minda!
moga ALLAH kasih dan senantiasa di bawah pemeliharaan dan rahmat-NYA.