Melawat Nilam Puri.. ^_^
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^
2 Julai 2011 - 3 Julai 2011
Pada tarikh 2 Julai 2011 ini, ana dan beberapa sahabat APIDS sedang berada di Akademi Pengajian Islam UM Nilam Puri (APIUMNP), Kelantan!!! ^_^ Teruja..melawat tempat belajar a.k.a madrasah tarbiyyah kami pada sesi 2010/2011 yang lalu.. InsyaALLAH, kami akan berada di Nilam Puri sehingga hari Ahad. Malamnya, kami akan bertolak pulang..
9 Julai 2011
Alhamdulillah, hari ini ana berkesempatan untuk menceritakan kembali lawatan kami pada 2 Julai - 3 Julai 2011 yang lepas. Ada beberapa perkara/objektif kami pergi ke sana:
1) Menghadiri Hari Terbuka UM (HTUM)
2) Berkenalan-kenalan, dan seterusnya menjalinkan ukhwah dengan junior-junior APIDS '93
3) Melawat lecturer a.k.a ustaz ustazah
4) Jumpa sahabat-sahabat lama.. (rindu mereka lillah insyaALLAH ^_^)
dan ada juga yang sempat berjalan-jalan atau membeli-belah di Kelantan, hehe.. @_@
Untuk pengetahuan, pelajar APIDS yang dapat ikut serta ke Nilam Puri adalah seramai 26 0rang, iaitu 20 orang muslimat dan 6 orang muslimin. Kami menaiki bas Mahligai dua tingkat, pergi dan balik, dan yang bestnya, tingkat atas bas seolah-olah dipenuhi dengan kami je (",)
Program bersama-sama adik-adik APIDS, diberi nama AHLAN; singkatan kepada "A Harmonious Linkage of a novice". Program bermula pada waktu petang 2 Julai, yakni riadhah. Dan diteruskan pada malamnya di dewan kuliah 2.
- Solat maghrib berjemaah
- Tazkirah berantai (oleh muslimin)
- Solat Isyak berjemaah
- Tayangan video (Pengenalan organisasi APIDS '92)
- Game 1 - Orang beracun
- Game 2 - How many
- Berkumpul mengikut lajnah, berbincang-bincang
- Tayangan video (Program-program yang dijalankan oleh APIDS '92)
- Sesi mengambil gambar
- Bersurai
Tazkirah berantai
Orang beracun
Pada keesokan harinya pula (3 Julai), kami melawat murobbi-murobbi.. Alhamdulillah sangat-sangat seronok! ^_^ Banyak dapat pengisian..semangat..
Kita ini ibarat 'menanam', tidak semestinya kita akan dapat makan apa yang kita tanam - Ustaz Hazrul
Ustazah Seripah (yang pakai tudung hitam)
Ustaz tanya, "Kat sana (UM KL) ada belajar Al-Quran tak?" Betapa ustaz sangat mengambil berat akan pembelajaran Al-Quran..
"Kami kat sini, menyimpan harapan yang sangat besar terhadap kamu. Jadi, bersungguh-sungguhlah dalam belajar,, dan jangan lupa dakwah!" - Ustaz Mahyudin
Allahua'lam. Peringatan untuk diri ini jua,
Ilal iqa' insyaALLAH. Wabillahi taufiq wal hidayah.
~CINTA ALLAH & RASUL-NYA~
0 comments: