MHS tu apa?
Bersihkan hatimu..dengan mendekatkan diri pada ALLAH.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pertama sekali nak cakap,rindu blog! hehe..
Dakwah melalui blog juga perlu istiqamah kan? ^_^ insyaALLAH ana akan cuba publish entry sekurang-kurangnya sekali seminggu,dan tidak lupa untuk melawat sahabat-sahabat blog tinta dai'e sekurang-kurangnya sekali sebulan,insyaALLAH.
Alhamdulillah,kami pelajar APIDS di PASUM(Pusat Asasi Sains UM) baru sahaja selesai menjalani Minggu Haluansiswa a.k.a MHS selama 6 hari. MHS ini bahasa mudahnya adalah minggu orientasi. Pembelajaran kami di PASUM ini merupakan tahun kedua pengajian kami, memandangkan kami 2 tahun asasi. Tahun ini kami berumur 19 tahun,dan pelajar-pelajar PASUM bagi sesi 2011/2012 yang terdiri daripada Asasi Sains Hayat,Asasi Sains Fizikal dan Asasi Sains Alam Bina pula berumur 18 tahun.. Ehee,kami adalah senior mereka..^_~
Sebenarnya,ana nak berkongsi serba sedikit pengalaman,cerita yang ana dapat daripada MHS ini.. Apa yang baik,kita ambil jadi teladan,manakala yang kurang baik,kita jadikan sempadan..
MHS bermula pada 29/5-hari Ahad. Baju uniform kami adalah t-shirt merah lengan pendek. Jadinya,yang perempuan,kenalah pakai t-shirt lengan panjang di dalam t-shirt merah tersebut. Kenapa begitu? Kerana sarung lengan(hand socks) hanya menutup warna kulit tetapi bentuk tangan tetap boleh diketahui bukan muhrim.. Selain itu,kami juga mendapat tupperware dan tumbler..bagi mengurangkan penggunaan polysterin,dan sebagai langkah menjaga alam sekitar.. UM CARES..
Lagu tema kami adalah Kau Dan Aku nyanyian Aizat(rindu nasyid sebagai lagu tema ^_~). Selain itu,belajar lagu Universiti Malaya dan lagu Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah@kolej 12. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat,kami diwajibkan tinggal di kolej kediaman Raja Dr. Nazrin Shah atau lebih mudah dikenal sebagai kolej 12. Ye lah,kami masih asasi kan..^^ kenderaan pun tidak boleh dibawa,melainkan basikal. Alhamdulillah,dekat je kolej 12 dengan PASUM,tempat kami belajar..
Walau di mana kita berada,diri dan iman kita sendiri sebenarnyalah yang memandu diri kita, dalam menghadapi suasana persekitaran.. Suasana yang baik,kita ambil jadi teladan, suasana yang kurang baik,janganlah kita ikut.. Tetapkan pendirianmu wahai mujahid islam! Di mana bumi dipijak,di situ islam dijunjung! (",)
Ada 50 sel(kumpulan). Setiap kumpulan dibimbing oleh seorang atau dua orang pp-pembantu pelajar. Setiap hari,program bermula seawal 6 pagi dan berakhir lebih kurang jam 12 atau 1 malam. Mereka hendak mengajar kami akan hakikat kehidupan di PASUM,yang jadual belajarnya sangat pack seperti matriks. Selain itu,mengajar kita untuk mengurus masa dengan baik,dan yang paling penting,solat tetap diutamakan walau dah lambat atau dalam keadaan macam mana sekali pun..tak boleh qada' apatah lagi tinggal solat! Na'uzubillahi min zalik.
Selain itu,seorang pp ana ada berpesan.."Kat PASUM ni,belajar rajin2..tidak perlulah couple, main permainan video banyak sangat, atau buat perkara-perkara lain yang tidak berfaedah..". Lagi-lagi UM ni dekat dengan Mid Valley dan kemudahan-kemudahan yang lain.. Kesimpulannya,tidak kisahlah kita belajar di mana,atau suasana macam mana sekalipun,diri dan iman kita lah yang menentukan..yang akan terzahir melalui amalan kita..bagaimana kita tetap bertahan dengan ajaran islam dalam setiap aspek hidup kita..ALLAH..
Antara slot-slot yang disajikan,ada slot motivasi oleh..cuba teka siapa? Ana suka sangat dengan penulisan ustaz ini..ana teruja sangat..sebab tak sangka yang ana dapat mendengar ceramahnya secara live,bermaksud dengar ceramah dari mulutnya sendiri,di hadapan mata ana. Selama ini ana sangat meminati buku-bukunya.. Nak tahu siapa? Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.. Kenal? ^_^
Akhirnya,MHS melabuhkan tirainya pada..hmm,bergantung kepada peserta,sama ada MHS berakhir pada malam 3/6-jumaat atau subuh 4/6-sabtu.. Pada malam 3/6,setelah berakhir acara persembahan sebagai penutup MHS,kami diberi pilihan sama ada nak join explorace(mengikut sel) atau tidak.. Bagi yang menyertai explorace tersebut,ada pengalaman dan kenangan yang dapat dicatat,dan diambil pengajarannya..
Ahaa,satu lagi.. JAGA PANDANGAN MATA.
Nak dengar cerita lagi? Sahabat-sahabat boleh tengok blog ini.. MHS .. PASUM ..
Baiklah,ana pun nak melabuhkan tirai kalam ana untuk entri kali ini. Moga kita semua istiqamah dan teguh dalam mentaati-NYA dan menjauhi larangan-NYA,amin.. ^_^
Ana minta maaf ye,dan terima kasih;
ilal liqa',wabillahi taufiq wal hidayah,
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
~CINTA ALLAH & RASUL-NYA~
hati-hati..
ReplyDelete>shairazi sharizan
ReplyDeleteterima kasih,atas nasihatnya.
insyaALLAH lillah.
pesanan yg sama buat akh dan sahabat2,apabila menjejak apium kl nanti,
insyaALLAH,apium kl ok.
Owh adek2 apids dh MHS upenye kt umkl tuh. Moga korg tetp sma spt mna korg d apium dlu . . Jga diri bbaek . Moga berjaya wlu d mna korg brada & dlm apa jua bidg korg ceburi . .
ReplyDelete>Siti Arfah bt Zaini Azlan
ReplyDeleteehee,dah.. ^_^
insyaALLAH,bertaqwa walau di mana kita berada^^,
alhamdulillah dan terima kasih atas nasihat,doa dan keprihatinannya..sgt2 hargai..amin (",)
salam sayang~ (n_n)