2002 Duka Himpunan Kisah-Kisah Menyayat Hati (2)
Sambungan...Kisah 3 : Anak Kecil Yang Takut Api Neraka
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil itu menangis maka dia pun berkata: "Wahai anak kecil, kenapa kamu menangis?"
Maka berkata anak kecil itu. "Wahai pak cik, saya telah membaca ayat Al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam neraka."
Berkata orang tua itu. "Wahai anak, janganlah kamu takut sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam neraka."
Berkata anak kecil itu. "Wahai pak cik, pak cik adalah orang yang berakal, tidakkah pak cik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali mereka akan meletakkan ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka meletakkan kayu besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."
Berkata orang tua itu, sambil menangis: "Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"
****************************************************************************
Sebelum ana mengakhiri kalam, ana nak kupas serba sedikit ttg sifat 'ZUHUD'.
Ingat lagi x post sebelum ini, ada kisah yg bertajuk 'Dermawan yang Zuhud' ?
Baiklah..
Erti zuhud:
Menjadikan dunia sebagai keperluan hidup yang sederhana kerana menghampirkan diri kepada ALLAH.
Dalil:
Firman Allah:
"Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan perdagangan dari mengingati ALLAH dan mendirikan sembahyang serta mengeluarkan zakat. Mereka takut pada suatu hari di mana hati dan penglihatan akan bergoncang" (Surah An-Nur, ayat 77)
عن أبي العباس سهل بن سعد الساعدي رضى الله عنه قال : جاء رجل اٍلى النّبيّ صلّى الله عليْه وسلّم فقال : يا رسول
الله! دلّنيْ على عمل اٍذا عملته أحبّنى الله وأحبّنى النّاس. فقال: ازْهدْ فى الدّنيا يحبّك الله وازْهدْ فيْما عنْد النّاس يحبّك النّاس
( حديث حسن, رواه ابن ماجّه وغيره)
Ertinya: Dari Abi al-'Abbas Sahil bin Sa'ad as-Saa'adi ra. katanya: Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: Ya Rasulullah! Tunjukkanlah kepadaku satu amalan yang apabila aku kerjakan, aku dikasihi oleh Allah dan manusia. Maka Rasulullah bersabda: Hendaklah zuhud pada dunia nescaya engkau dikasihi Allah dan engkau zuhud pada apa yang ada di sisi manusia nescaya engkau dikasihi oleh manusia.
Koleksi buku2 boleh dijadikan rujukan dan tauladan,insyaALLAH.
0 comments: